Setelah 6 tahun berada di bumi Ukraine, sudah ramai rupanya kami berkenalan dengan orang-orang tatar Islam Ukraine. Sehinggakan terasa mereka itu seperti keluarga. Cantiknya aturan Allah. Saya tak pernah terfikir yang satu hari saya dapat bertemu dan bersahabat dengan Muslim berlainan bangsa.

Orang-orang Islam di Ukraine menyambut 'Aidiladha lebih meriah daripada 'Aidilfitri. Itulah yang sepatutnya. Tapi kalau di Malaysia, raya haji tak terasa seperti raya. Sedangkan Allah peruntukan 4 hari raya haji (diharamkan berpuasa pada hari raya haji dan 3 hari tasyrik) berbanding hanya 1 hari raya puasa. Tapi sekarang macam dah terbalik pula.

Jadi mereka masyarakat Islam yang kami kenali masing-masing mahu menjemput untuk berhari raya di rumah mereka. Ikutkan hati memang nak datang semua rumah tapi waktu dan tempat tidak berapa mengizinkan. Yang mana sempat je la kami ziarah.

Hari Ahad (raya haji ke-3) kami berhari raya ke rumah Fatma bitaka (bitaka=nenek) di Chufut Kale. Bermacam makanan dihidangkan. Bermula dengan air kopi, makanan ringan, makanan berat dan akhir sekali teh dengan makanan ringan sekali lagi. Adat mereka memang begitu. Minum ada 2 kali, kali pertama air kopi dan kali kedua teh.

Makanan ringan yang menarik perhatian kami adalah 'khurabi'. Bitaka sangat expert dalam membuat khurabi. Kalau bandingkan khurabi yang beli di kedai dengan khurabi yang bitaka buat, jauh beza kesedapan khurabi bitaka. Makanan berat pula kami diberi makan 'shorba'. Daging yang dimasak bersama 'fasol'(sejenis kacang) dan sayur-sayuran. Lela tah (tah=kak, tatah=kakak) yang masak shorba. Lela tah ni menantu bitaka.



yang biskut putih-putih tu la khurabi. khurabi bitaka yang kat tengah tu. yang merah dalam mangkuk kecil tu vareniye, lebih kurang macam jem cuma cair sikit. yang lagi satu tu lupa namanya, tapi rangup dan manis.

 
kiri sekali tu la shorba. makan dengan salad kobis lobak, baklazhan(terung rebus) dan kleb(roti)


tuan-tuan rumah. kanan sekali tu anak ke-3(bongsu) Lela tah, Abdulmajid

 
tukang makan masakan bitaka dan Lela tah.hehehe

 
 tengok apa tu cik mas? heeee

Pada hari Selasa (14 Zulhijjah) pula kami menziarahi keluarga Ismail agha (agha=abang) dan Radziah tah. Kami bertolak ke rumah mereka selepas asar (lebih kurang pukul 3.40 petang). Sampai di rumah mereka sudah maghrib. Kami terus bersolat maghrib. Selepas itu barulah kami dijamu dengan makanan. Seperti yang saya katakan tadi, makanan ringan, makanan berat dan akhir sekali teh. Mereka tak hidang air kopi sebab mereka nak suruh cepat makan makanan ringan, takut sejuk. Bagusnya mereka ni, mereka akan hidangkan makanan panas (makanan berat) pada tetamu.



berbagai biskut, vareniye dan pirok (yang tinggal sikit tu,hihihi)

 
plov!!! plov dan ajika memang sedap yang amat



tuan rumah. Meriem dan Muziyen tu anak Radziah tah. Abdurahman tu cucu Radziah tah(anak muziyen). Abdurahman siap berpakaian lengkap baju melayu. dah macam anak orang Malaysia. hihihi

 
tetamu Radziah tah.

Makanan ringan seperti biasa, jenis-jenis biskut. Makanan berat kali ni ada shorba dan plov. Hmmm sedapnya!

Pukul 9 malam baru kami bertolak pulang dari rumah mereka. Penat memang penat tapi seronok bila dapatkan menjalinkan ukhwah sesama Islam, lebih-lebih lagi berlainan bangsa. Ukhwah fillah abadan abada.

Insyaallah kalau berkesempatan, nanti saya buat entry khas memperkenalkan keluarga-keluarga mereka ni.

0 comments: