Apa agaknya anak-anak Acik yang berempat tu tengah buat di Al-Barakah tu? Apa perasaan kamu semua berada di sana? Mungkin ada yang tension (habis cuti sekolah aku), mungkin ada yang seronok (banyak benda aku dapat belajar nanti) dan mungkin juga ada yang tiada perasaan(program apa ni?lantak la).

Alhamdulillah Ahad lepas, 29 Nov, 4 orang anak-anak saudara Acik telah berjaya didaftarkan dan dimasukkan ke Pusat Pendidikan Al-Barakah, Ipoh untuk program cuti sekolah, KEM TAHSIN. Keempat-empatnya lelaki. Acik kan memang ramai anak lelaki. Hehe.

Terima kasih banyak kepada my adik sebab tolong hantarkan anak-anak saudara ke Al-Barakah. Minta tolong ambil mereka bila dah habis program nanti ye. Terima kasih sekali lagi. 'Spasiba balshoi' kata orang Rusia / Ukraine. Orang tatar kata 'saghol'.

Di mana dapat tahu pasal kem tahsin ni?
Satu hari tu saya cari ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah Ustaz Kazim di internet. Tiba-tiba terjumpa dengan website Al-Barakah. Iklan kem tahsin tu tertera di muka hadapan website. Saya baca mengenai kem tahsin tu, agak menarik. Teringat my adik pernah cakap kakak dan abang ipar saya nak hantar anak dia ke sekolah tahfiz sepanjang cuti sekolah, supaya terisi masa lapang si anak.Saya rasa kem tahsin ni sangat sesuai sebab merangkumi pelbagai aspek. Akhlak, Ibadah, Quran dan sebagainya. Saya terus suarakan pada adik saya. Adik saya memberi respon positif. Adik suarakan pada kakak dan abang ipar dan pada abang-abang yang lain juga. Alhamdulillah dengan kehendak Allah mereka bersetuju. Betapa saya gembira yang tak terhingga bila cadangan seorang adik diterima baik oleh kakak dan abang-abang.

Nizar, Ahmad, Adib dan Safwan dihantar ke Ipoh oleh my adik dengan kakak dan abang ipar saya. Tapi mereka sampai lambat sikit pada hari pendaftaran. Majlis telah bermula pada ketika mereka menjejakkan kaki ke Al-Barakah. Boleh tahan ramai peserta, kata my adik.


anak-anak bujang Acik di Al-Barakah...macam-macam reaksi muka...

Acik tak tahu apa perasaan kamu semua bila berada di sana. Kalau suka, Acik tumpang gembira. Tapi jika sebaliknya, Acik berharap kamu cuba untuk menghadirkan hari kemu bersama jasad kamu di Al-Barakah. Bukan mahu memaksa, tapi demi kebaikan kamu semua sayang. Mungkin sekarang kamu semua tak nampak di mana pentingnya ilmu-ilmu itu. Tapi percayalah suatu hari nanti pasti kamu akan bersyukur dengan semua ini. Acik cakap macam ni sebab Acik sendiri dah rasa dan laluinya. Tak semua perkara yang kita tak suka itu tak baik untuk kita dan tak semua benda yang kita suka itu baik untuk kita. Allah itu Maha Mengetahui segala apa yang dirancangkan Nya untuk kita semua.



Apa agaknya yang sedang mereka lakukan tu? berbaju merah, biru, hitam dan hijau.

Acik berharap anak-anak Acik dapat ikhlaskan hati mengikuti program itu. Hadirkan hati kamu semua bersama jasad kamu. Pada Acik program ini terlalu banyak berguna dan bermanfaat untuk menjalani kehidupan di dunia, apatah lagi untuk bekalan di akhirat yang kekal abadi. Bawa pulang ilmu sebanyak mungkin. Nanti kamu semua pula ajarkan pada kami dan mungkin juga dengan kawan-kawan yang tak berpeluang mengikuti program ini.

Anak-anak yang Acik sayang, ingat tak dengan satu hadith Nabi Sallallahualaihiwasallam yang berbunyi :

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له

Ertinya "Apabila mati anak Adam, terputus semua amalannya kecuali 3 perkara; sedekah jariah, ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya dan anaknya yang soleh yang mendoakannya."
(hadith sahih-riwayat muslim dan lain-lainnya)

Acik sentiasa mendoakan anak-anak Acik akan jadi anak yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat, insyaallah.

Tahniah dan terima kasih kepada pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah, Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz kerana menganjurkan program ilmiah begini. Semoga program ini berjalan dengan lancar.


my adik bersama Pengetua Al-Barakah, Ustaz Kazim

Banyak yang saya pelajari dari ceramah dan kuliah beliau. Syukran laka. Semoga Allah tambahkan lagi ilmu beliau dan dapat terus menyumbang ilmu beliau yang tak terkira banyaknya kepada masyarakat.

0 comments: