Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts
Assalamualaikum w.b.t.

2 atau 3 hari lagi berakhir la bulan syawal untuk tahun ni. Biskut-biskut raya pun dah beransur habis. Memang dah banyak yang habis pun. Dah 6 tahun tak buat cookies untuk raya. Alhamdulillah tahun ni sempat buat cookies sendiri.

Entry kali ni just nak share gambar cookies yang kami buat untuk raya yang baru lepas. Sebenarnya dah lama nak post gambar-gambar ni tapi asyik tak ingat je.

Ni je la yang sempat kami buat sendiri untuk tahun ni.

 Mini popia yang belum digoreng. Ada 2 bentuk

 Siap untuk dimakan. Nasib baik sempat sampai raya hehehe

 Almond london yang baru keluar dari bilik aircond, sejukkan coklat. Banyak potongan badam, puas hati.

 Actually ni biskut batang mancis sebenarnya. Tapi disebabkan malas nak membentuk, kami terap je guna acuan. Maka jadilah bentuk ini.

Biskut feberet lagi-lagi budak-budak, cornflakes madu. Hari raya ke-2 dah habis licin huhu
Assalamualaikum w.b.t

Sudah seminggu lebih saya berada di Malaysia. Setiap hari berangan nak masak itu nak masak ini. Tapi sudahnya masak gitu-gitu je.

Hari ni saya sempat keluar pergi pasar. Jalan-jalan kat pasar, tak tahu nak beli apa untuk dimasak. Tiba-tiba nampak udang. Rasa teringin nak masak lemak cili api udang. Ye saya sangat suka makanan laut, tapi kadang-kadang allergic.

Jadi saya beli udang setengah kilo, ikan merah dan sayur anak sawi (tak tahu apa nama sebenar sayur ni =P). Hari ni saya isytiharkan saya berjaya buat lauk makan tengahari yang lengkap. Hari-hari sebelum ni, beli lauk siap. Tak pun separuh beli separuh masak sendiri.

Udang masak lemak cili api, ikan merah goreng dan anak sawi masak tumis dengan sos tiram.

 Udang masak lemak cili api

Cara orang masak lemak tak sama. Ada orang dia tumis dulu bahan-bahan, ada orang terus masukkan sekali dengan udang. Saya masak jenis masukkan terus tanpa ditumis. Mak kata lagi sedap kalau tak ditumis. Pada saya memang betul mak cakap sebab saya pernah bandingkan masak lemak yang ditumis dan yang tak ditumis. Tapi lain orang lain cara.

Elok je saya siap masak, anak saudara saya pun balik dari sekolah. Hidang dan makan sama-sama.

 Anak sawi masak sos tiram. Terlebih kuah la.

Ikan merah goreng kunyit. Kenapa la ikan yang seekor tu? Habis terkopak kulitnya.

Terasa sangat perbezaan masak kat rumah dengan kat Ukraine dulu. Bila kat rumah ni, nak masak semua bahan boleh dicari sekeliling rumah. Kelapa, serai, daun kunyit, cili api etc. Kalau dulu santan pun santan segera, bahan lain pula dibekukan untuk tahan lama. Kurang umphhh berbanding yang segar.
27 Jun 2010
Simferopol

Assalamualaikum w.b.t.

Setiap hari mahu meng'update' blog tapi asyik tak berkesempatan. Minggu ni saja jadual memang penuh, tak duduk kat bilik. Kesana kemari ziarah menziarah. Selagi tak balik Malaysia, selagi tu la ada orang jemput datang rumah. Terasa sangat dihargai.

 Frame kat rumah mereka. Bunga dan daun dalam frame tu adalah kulit. Mesti mahal kan?

Dr. Fatima ni anak bongsu kepada pasangan makcik Khalila dan pakcik Uzair. 2 orang lagi anak pasangan ni lelaki, Dr. Subhi dan yang seorang lagi saya lupa nama dia. Dr. Fatima specialist dalam bidang ENT (ear nose throat). Dr Subhi pula seorang Paediatrics surgeon. Dr. Subhi ni banyak membantu sahabat-sahabat kami yang melahirkan anak di sini. Urusan dokumen hingga la urusan clinical juga.

Sehari sebelum penerbangan pertama pulang ke Malaysia, sempat lagi menziarahi keluarga Dr. Fatima. Perkenalan dengan Fatima ni baru setahun ni je, tapi orang Islam sini memang begitu. Kalau boleh mereka selalu mahu kita datang ziarah.

Ini ziarah kali kedua ke rumah Fatima dan besar kemungkinan yang terakhir sebelum kami pulang ke Malaysia. Pergi rumah orang Islam kat sini memang tak sah kalau tak bercerita tentang makanan yang mereka hidangkan. Semiskin mana pun, mereka akan cuba lakukan yang terbaik untk tetamu. Tu sebab la kalau pergi rumah mereka tak boleh sekejap. Mereka pula memang akan hidangkan makanan yang panas, yang baru siap dimasak. Semestinya sedap.

 Kabachok (timun air goreng)

 Terung goreng

 Sup daging dan kacang pea

 Kubete (inti daging tu)

 Pecheni


 Adat mereka buat air tak bergula. Gula disediakan berasingan. Ni salah satu jenis gula yang disediakan. Ada macam-macam jenis lagi. Mereka kata ni typical dari Uzbekistan


Insyaallah jika Allah panjangkan umur dan dimurahkan rezeki, kami ingin sekali kembali ke Ukraine menziarahi kalian semua. Mudah-mudahan impian tu tercapai suatu hari nanti.

Gambar ketika ziarah kali pertama. Ziarah kali ni tak ambil gambar dengan tuan rumah.
Fatima (berbaju hijau), makcik Khalila dan pakcik Uzair.
Assalamualaikum w.b.t.

Pagi tadi sebenarnya nak keluar ke rinak, nak ambil baju yang ditempah tapi tak jadi sebab tukang jahit tu kata belum siap. Bila duduk dalam bilik je, pasti perut pun lapar. Ada ikan skumbriya (makerel) dalam peti beku, terus kuarkan ikan untuk defros. Teringat masih ada budu dalam peti. Apa lagi? Oh ya udang pun ada sikit dan sayurnya ada 'kabachki'.
Teringat pada satu masakan sayur yang kami baru kenal. Bayangkan 6 tahun duduk di Ukraine ni, setelah tinggal 3 minggu nak berangkat ke Malaysia baru kami kenal makanan ni, sabar je la. Tak tahu apa nama makanan ni. Tapi kalau tanya dengan orang di sini, mereka hanya sebut 'kabachok' sempena nama sayur tu 'kabachki'.

Sayur ni pula saya tak pernah jumpa di Malaysia tapi kawan saya kata ada. Ada sesiapa tahu kalau di Malaysia orang panggil apa sayur ni?

 Kabachki.

Resepi ni boleh tahan sedap juga la rasanya. Siap ada orang Ukraine yang kata rasa macam ikan. Wah, ini sudah bagus. Kabachki boleh gantikan ikan. Ikan berganda-ganda mahal dari kabachki. Tapi yang tak berapa berkenan makanan ni agak berminyak.

 Kabachok

Kalau ada sesiapa nak cuba buat boleh la tengok resepi kat bawah ni. Kat mana nak dapat kabachki ni kat Malaysia ye? Saya duduk kat kampung, so saya tak pernah jumpa la. Mungkin kat pasaraya agaknya wujud sayur ni.


Bahan-bahan:

-1 biji kabachki
-1 biji tomato
-1 biji telur
-1 sudu besar tepung gandum
-secubit garam
-minyak
-mayonis
-bawang putih
-daun ukrup (optional)

 Daun ukrup.
Kat Malaysia ada ke daun ni? Kalau ada apa nama dia?

Cara-cara:

-potong kabachki slice bulat, potong nipis 2mm tebal (kalau nak gulung, potong panjang-panjang)
-pukul telur + tepung gandum + garam dengan garfu
-panaskan minyak
-celup kabachki yang telah dipotong ke dalam telur
-goreng sehingga kekuningan

-masukkan mayonis ke dalam mangkuk
-masukkan bawang putih yang telah di tumbuk lumat (cincang pun boleh, ikut suka)
-masukkan hirisan daun ukrup
-kacau semua sekali

-letakkan hirisan tomato atas kabaachki tadi
-sapukan sedikit mayonis tadi
-hiaskan

Kalau sesiapa perasan, entry perjalanan saya akhir-akhir ni ke rumah saudara seislam kami di sini, kebanyakannya menyediakan makanan ni. Sebab sekarang tengah musim panas, kabachki tengah banyak dan murah. Rata-rata mereka akan jamu tetamu dengan hidangan ni.

Fikir punya fikir, saya buat menu simple je hari ni. Ye la duduk seorang je, takde kawan nak makan. Ikan saya goreng kunyit. Udang pula saya goreng celup tepung RFC. Cicah budu untuk melengkapkan menu  hari ni.

Menu tengahari tadi.
Ikan goreng, udang tepung, budu dan kabachok.

Tengah saya masak, Farhana kata dia nak datang dengan Umar. Eh bagus sangat la tu, boleh temankan saya makan. Seronok sikit makan ada kawan. Memang langkah kanan la mereka ni. Umar hanya jadi pemerhati masa kami makan. Umar makan ikut susu ummi je la ye sayang. Hehe.
Assalamualaikum w.b.t

Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera dan mudah-mudahan kita semua dalam peliharaan Allah. Lamanya tak ada entry. Apa nak buat, musim exam.

Tak habis-habis cerita pasal makanan. Sebab apa tau? Sebab tuan punya blog ni memang suka makan. Hehehe.Bukan apa, waktu exam macam ni takde aktiviti. Mengadap buku, makan, mandi, solat, tidur. Itu je la yang diulang-ulang. Membebel pulak dah.

Ok hari ni ain nak kongsikan sesuatu. Kira nak promote juga la ni. Mungkin ramai dah yang tahu. RFC. Pernah dengar? Radix Fried Chicken. Orang yang pernah makan di restoran RFC kata sedap. Saya tak pernah lagi pergi sebab kat kampung saya belum ada restoran RFC. Tapi saya bawa tepung goreng RFC tu ke Ukraine. Kira ini baru pertama kali goreng ayam guna tepung RFC. Sebelum ni guna tepung KFC biasa tu je.

 Bahan-bahan telah disiapkan.

Cara nak goreng pun sama je macam goreng ayam guna tepung lain. Ayam dibasuh bersih dan ditoskan. Celup dalam telur dan lepas tu gaul dalam tepung RFC, goreng. Senang kan?

Alhamdulillah rasanya tidak mengecewakan. Sebenarnya sebelum ni lupa letak kat mana tepung tu. Maka baru hari ni dapat cuba. Sama je rasanya macam guna tepung KFC biasa tu.

 Taraaaaaa dah siap. Radix Fried Chicken di bumi Ukraine. 
Nampaknya HPA dah sampai Ukraine, hehehe

Untuk mereka yang tak tahu, RFC ni adalah tepung goreng ayam yang dikeluarkan oleh HPA (Herba Penawar Al-Wahida). Syarikat ni milik penuh orang Islam. Insyaallah terjamin kehalalannya. Saya memang dah jadi ahli HPA, hampir setahun. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik gambar banner HPA disebelah kanan blog ni, anda akan terus ke laman rasmi HPA. Bukan makanan je, ada macam-macam barang keperluan harian lagi kat HPA ni. Kebanyakan barang-barang HPA berunsurkan herba. Sesiapa nak mendaftar sangat dialu-alukan. Mari sama-sama kita sokong produk orang Islam. Kalau bukan kita siapa lagi kan?
Assalamualaikum w.b.t.

Semalam konon taknak masak sebab roomates takde. Rasa nak beli je makanan siap. Tapi tiba-tiba terfikir kerabu ayam kat blog kak Hana. Kalau nama kerabu, dalam kepala saya 'campak semua bahan dan gaul'. Confirm jadi, hehehe.

Bahan pun memang ada. Apa lagi, terus rebus ayam, potong-potong segala jenis sayuran yang sepatutnya. Masukkan je semua dalam mangkuk, gaul. Untuk saya yang tak makan pedas sangat ni, resepi kerabu ni pedas. Tapi untuk orang lain biasa je rasanya. Siapa yang teringin nak cuba, boleh tengok resepi kat blog kak Hana.

 I love it

Memang resepi yang sangat sesuai di musim exam ni. Mudah dan cepat, yang penting sedap. Betul tak kak Hana? First time jumpa resepi ni dan first time cuba. Not bad. Sedap. Saya suka la. Sebenarnya saya ni memang peminat kerabu. Bagi la kerabu apa pun, mesti saya ngap dengan hati yang gembira. Satu je kerabu yang saya tak boleh terima, kerabu perut. Huhuhu
Assalamualaikum w.b.t.

Bila masuk je musim panas, maksudnya musim buah dan musim sayur juga. Ini satu perkara yang saya sangat suka tentang musim panas. Antara buah yang akan keluar dengan banyaknya adalah buah strawberi. Geram bila pergi pasar di mana-mana nampak strawberi. Ada macam-macam buah lagi, strawberi salah satunya.

Beberapa hari lepas saya beli strawberi, yang kecil ada yang besar ada. Kena pandai pilih, kalau tidak terbeli yang masam la jawabnya.

Strawberi besar saya celup dengan coklat, makan begitu saja la. Tapi selalunya yang besar ni masam sikit berbanding yang kecil.

 Strawberi celup coklat

Strawberi kecil pula saya buat jem. Dah lama sebenarnya teringin nak buat jem strawberi. Memandangkan ni tahun akhir dan musim panas terakhir saya kat sini, saya buat juga jem tu. Kejap je pun buatnya. Makan dengan roti. Sedap. Puas hati dapat makan jem buatan sendiri.

Jem strawberi.
Baru angkat dari dapur, masih panas lagi

Makan dengan baton(roti)
Assalamualaikum w.b.t

Hari khamis yang lepas exam. Balik exam macam biasa la, sakit kepala semua. Orang sakit kepala sebelum exam tapi saya memang lepas exam sakit kepala tu datang selalunya. Hebat penangan exam kali ni, siap sakit-sakit badan. Exam guna otak tapi tak tahu la kenapa dengan badan-badan sekali sakit. Tapi apa pun syukur alhamdulillah semuanya lulus dengan baik.

Semalam, Jumaat saya tak boleh tahan. Walaupun 18 Jun nanti ada lagi exam, saya terpaksa melepaskan geram. Saya teringin sangat nak makan kek, rasa dah lama tak makan kek. Elok pula beberapa hari lepas ternampak moist choc cake kat blog kak E-na. Saya tak boleh tahan. Walaupun kak Hana cakap kat saya "nanti lepas exam belasah la resepi-resepi ye". Sorry la kak Hana, terpaksa melawan cakap akak sebab teringin sangat. Jangan rotan saya ye cikgu, hehe.

 Satu adunan dapat 2 kek sebab acuan kecil.

Tengok la tu berlubang-lubang

Maka dengan tak semena-mena, terbuatlah steamed moist choc cake ni. Saya tengok resepi kek ni lebih kurang sama dengan steam choc cake yang saya selalu buat. Bezanya kuantiti bahan-bahan dan cara penyediaannya je. Siapa teringin nak cuba, boleh la bertandang ke blog kak E-na. Kek kak E-na sangat cantik. Terima kasih kak E-na kongsikan resepi kek tu.

Tak reti nak men'deco'. Letak sesuka hati je

Sedap, boleh tahan. Tapi pelik sikit. Saya tengok kak E-na buat, kek tu takde pula berlubang-lubang, smooth je. Tapi kek saya tu dalam dia berlubang-lubang pula, dah macam kek gula hangus. Kenapa ye?

Tak kisah la, janji sedap dan yang penting boleh dimakan. Time saya exam ni banyak pula resepi-resepi yang menarik perhatian saya kat blog masak-masak mereka. Geram je tengok.
Assalamualaikum w.b.t

Lama sungguh rasanya meninggalkan blog sunyi sepi tanpa entry. Bila tiba musim exam, begini la jadinya. Keutamaan diberikan kepada exam yang bakal dihadapi. Alhamdulillah 3 Jun yang lepas, saya sudah lulus 3 peperiksaan; Paediatrics, Hygiene(Preventive Medicine) dan Social Medicine. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah dengan kejayaan ini. Exam kami secara lisan, jadi habis exam terus dapat tahu lulus atau tidak. Terima kasih kepada Mak, adik dan seluruh ahli keluarga yang mendoakan. Tak lupa sahabat handai yang mendoakan dan kepada teman di alam maya yang sudi mengirim doa untuk saya, terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah memberikan nikmat berkali ganda kepada anda semua.

Beberapa minggu yang lalu (mungkin dah berbulan juga rasanya, lupa dah), setiap kali berkunjung ke blog tentang makanan, pasti ada saja murtabak maggi di blog mereka. Satu pagi terfikir, nak sarapan apa pagi ni? Di musim-musim exam ni, tentu sekali mencari resepi yang mudah. Tiba-tiba terfikir murtabak maggi bloggers makanan tu. Saya terus capai maggi, meneruskan operasi.

 Sarapan yang mudah dan cepat. Kenyang juga la makan murtabak maggi.

Kalau ada sesiapa yang nak mencuba resepi murtabak maggi ni, sila la ke blog kak Hana. Di sana ada resepinya. Ada juga di blog lain, tapi blog kak Hana yang saya ingat ketika ini, resepinya lebih kurang sama saja di mana-mana blog.
Assalamualaikum w.b.t.

Pernah dengar tak PLOV? Bukan binatang dan bukan juga tumbuhan. Hehehe. Plov adalah sejenis makanan yang berasal dari Uzbekistan. Saya kenal makanan ni pun selepas menjejakkan kaki ke Ukraine ni.

Semalam terfikir-fikir nak masak apa untuk hari ni. Teringat ada daging dalam peti beku. Memandangkan memang dah lama tak buat plov, maka teringin nak buat. Selalu tu asyik beli je. Jadi menu hari ni adalah plov. Exam-exam pun sempat masak itu ini? Habis kalau tak masak, nak makan apa?


Resepi ni saya dah olah ikut kehendak saya sendiri. Resepi asal ada tapi lupa letak mana. Nanti kalau ada masa saya cari balik resepi asal tu.

Bahan-bahan:
-1 kg beras plov / basmati
-1 kg daging kambing / lembu
-4 ulas bawang besar (nak letak lebih pun boleh) - potong slice
-4 batang lobak (nak letak lebih pun boleh) - potong panjang-panjang
-rempah plov (kalau takde rempah plov, letak jintan manis & jintan putih je)
-200ml minyak (saya kurangkan)
-air (sukatan ikut jenis beras)
-garam

-2 labu bawang putih
-3 tangkai cili besar

(optional)
-kismis
-kacang kuda (telah direbus)

Cara-cara:

-panaskan minyak
-masukkan daging, masak daging hingga empuk
-masukkan bawang besar (dipotong slice), masak hingga layu
-masukkan lobak, masak separuh empuk
-masukkan beras, air, rempah plov dan garam secukup rasa
-tutup periuk. Sesekali kacau nasi tapi jangan sampai ke bawah, kacau bahagian nasi sahaja, biarkan daging berada di bawah.
-bentukkan nasi yang telah 3/4 masak menjadi seperti gunung. Cucuk dengan hujung sudu (atau yang seumpamanya) untuk menghasilkan lubang-lubang ke dasar periuk. Tutup periuk. Kecilkan api.
-bila nasi hampir masak (lebih kurang 5 minit sebelum matikan api), letakkan 2 labu bawang putih, cili besar, kismis dan kacang kuda. Tutup periuk.

 Bentukkan nasi seperti gunung. Dagingnya mana? Dibawah sekali tertimbus dek nasi

Sayur selalunya hanyalah salad. Salad ikut kehendak masing-masing. Boleh buat salad kobis, timun, capsicum dan lain-lain.

Boleh dikatakan ini makanan yang glamour kat Ukraine ni. Kebanyakan kedai makan selalunya akan ada menyediakan plov. Tinggal lagi halal dengan tidak la. Puas hati bila dapat masak sendiri. Cuma kadang-kadang masa tka mengizinkan.
Assalamualaikum w.b.t.

Kami masih ada 2 hari lagi exam. Jarak antara exam tu agak lama juga. Walaupun musim exam, bukan bermakna 24 jam nak mengadap buku. Boleh muntah rasanya kalau 24 jam mengadap buku.

Salah satu terapi berkesan untuk memanjakan diri di musim exam adalah dengan memasak. Tak kira la masak apa pun. Hari ni Awin (roomate) buat cupcake.  Saya dan Syamimi (roomate) pun apa lagi, menyibuk sekali la. Actually Awin nak buatkan cupcake untuk ahli usrah dia.

Hasilnya........

Cupcake yang berjaya dihasilkan

Cupcake untuk usrah Awin

Awin dan adik beradiknya

Saya dan hero saya, adik saya

Seronok pula buat beramai-ramai. Bak kata wonderpets "apa yang penting? KERJASAMA" hehehe. Walaupun ini first time buat dan cupcake tu pun simple je, tapi ia hasil usaha sendiri. Next time boleh cuba lagi ye Awin.
Assalamualaikum w.b.t.

Memandangkan kami dah start cuti study week, kami mengambil keputusan untuk menangguhkan usrah kami setakat ini. Insyaallah mudah-mudahan menuntut ilmu agama itu akan diteruskan walau di mana jua kita berada. Kami mengambil keputusan untuk mengadakan makan-makan bersama ahli usrah yang lain di Restoran Marakan. Alhamdulillah berjaya dilaksanakan.

Lebih kurang pukul 6.45 petang bertolak ke Marakan, 9 orang semuanya. Nak masak memasak perlukan masa yang lama, tu sebab makan di luar saja. Sesekali takpe, kalau selalu boleh bankrup.

 Restoran Marakan

Sampai saja terus kami pesan makanan. Sementara tunggu makanan sampai, kami makan dulu kek yang kami bawa tu. Sambil menunggu makanan, kami bertukar-tukar hadiah (saja suka-suka). Alhamdulillah tak lama tunggu makanan siap.

 Baru selesai order makanan

 Masih menunggu makanan

 Sedap ke?

Makanan pun boleh la tahan sedap. Dah lama tak makan kat Marakan ni, dah berubah rupa bentuk dan rekaan. Semakin cantik dan nampak lebih mewah dari dulu.

 Tava kebab pa marakanski.
Daging cincang yang dibentukkan. Dimakan dengan kentang goreng berkuah kefir

Sarma.
Daging cincang + beras, dibungkus dengan daun anggur, direbus. Kalau nak cuba buat, lihat disini

Kotlete.

Mantee.
Daging cincang + bawang, dibungkus dengan tepung, lalu dikukus

 Sashlik kuritsa(ayam). Ada juga sashlik baranina(kambing).

 Lipioshki (sejenis roti, sedap dimakan bersama tava kebab)

Selesai makan bergambar dengan semua ahli usrah. Akhir sekali sedikit kata-kata dari naqibah.



Sahabat-sahabat sekalian yang dirahmati Allah. Sesungguhnya perjalanan kita masih jauh. Kejarlah ilmu selagi kita mampu. Sehari kita boleh duduk berjam-jam mendengar kuliah perubatan, takkan seminggu sejam dua tidak boleh untuk mewajibkan diri menuntut ilmu agama. Ilmu agama itu fardhu ain, sedangkan ilmu perubatan itu fardhu kifayah. Maka laksanakannya dengan sebaik mungkin. Ilmu yang kita pelajari selama ber'usrah' sama, gunakan lah. Jangan hanya ditinggalkan di dalam buku catatan semata-mata. Walau di mana kita berada, teruskan menuntut ilmu Allah di muka bumi ini kerana ilmu Allah itu tidak akan habis

Mungkin kita akan berjauhan selepas ini, tapi mudah-mudahan kita semua dekat di hati. Maaf dipohon andai ada tersalah bicara, tersalah kelakuan. Semoga ukhwah yang terbina adalah kerana Allah. Barakallahufeekum.
Assalamualaikum w.b.t.

Semalam adalah hari kek cream. Entah berapa biji kek saya buat. Ada banyak event, so buat sekali harung. Lepas tu boleh concentrate untuk study. Walaupun dah berkali-kali mencuba kek cream, tapi hasilnya masih banyak cacat cela. Practice make perfect. Tapi mana ada manusia perfect kan?

Semalam hari ulang tahun classmate, Nurhayati (10 Mei 2010). Berkebetulan saya nak buat kek untuk usrah terakhir kami, jadi saya buat sekali untuk dia. 13 Mei 2010 pula hari ulangtahun Sakeenah, classmate juga. So in-advanced buat untuk Sakeenah juga. Tu yang banyak sangat kek.

1 kek untuk Nurhayati, 1 kek untuk makan-makan usrah, 1 kek untuk Sakeenah (Mashkur is her husband) dan 1 kek lagi untuk kami bertiga (roomates)

Rupa paras pun sama je. Idea taknak keluar, buat je la apa yang boleh. Janji boleh dimakan. Masih perlu menuntut ilmu ke'kek'an ni. Siapa sudi jadi cikgu kek saya?

Apa pun saya nak ucap SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN kepada Nurhayati dan Sakeenah. Semoga kalian semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Assalamualaikum w.b.t.
Beberapa hari lepas melawat blog-blog orang. Terjumpa satu artikel pasal makanan. Hari ni saya nak kongsi kepada mereka yang belum pernah baca. Saya ambil artikel ni dari blog kak Hanieliza

Roti (khubz)


Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".







Jintan Manis (anisun)



Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.






Epal (tuffah)


Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.













Asparagus (hiyawn)



Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.






 






Pisang (mawz)



Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.










Barli (sya'ir)


Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.











Selasih (manis rayhan)


Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.











Mentega (zubdah)


Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.







Bunga kubis (qunnabit)


Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.















Chamomile (babunaj)


Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.














Lobak merah


Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.














Biji kopi (qahwah)


Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.














Biji hitam (habb al sauda)


Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

 




Ayam (dajaj)


Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.












Kulit kayu manis (darchini)


Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia. Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.





Timun (qitta')


Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.










Jintan putih (kammun)


Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.









Tamar kering (tamr)


Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.




 






Terung (badhijan)


Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.










Telur (baydah)


Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.













"Endive" (hindiba)


Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".











Fenugreek (Hulbah)


Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).