Assalamualaikum w.b.t.

Lama sungguh tak sign in kat blog. Banyaknya sawang dan habuk (haaaaachummmm). Lap-lap sikit. Orang buat blog, nak juga buat blog tapi orang lain punya blog penuh dengan entry terbaru, tapi blog saya berbulan-bulan baru la ada entry. Maaf kepada pembaca. Orang pun malas nak baca blog yang tak ber'update'.

Hampir 2 bulan saya di Obstetric and Gynaecology Department (perbidanan dan sakit puan). Tentunya bermacam-macam kes saya dah tengok. Entry kali ni saya nak kongsikan mengenai 'single parent'.

Siapa tahu apa maksud 'single parent'? Ada hadiah jajan ni. Siapa nak jawab sila angkat tangan hehehe.

'Single parent' ni  kalau ikut wikipedia.org  maksudnya -  parent who cares for one or more children without the physical assistance of the other biological parent in the home. Kalau kat O&G mereka yang dilabel sebagai 'single parent' adalah perempuan yang mengandung tapi tak kahwin. Itu terjemahan saya sendiri la.



Tak sampai pun 2 bulan saya kat O&G department, tak terkira banyaknya kes single parent ni. Rosaknya masyarakat kita sekarang. Daripada banyak-banyak kes tu, tak sampai 5 kes pun yang melibatkan non muslim. Selebihnya semuanya yang beragama Islam. Malunya saya sebagai seorang Islam bila berhadapan dengan kes macam tu.

Biasamya mereka datang dengan jawapan yang penuh dengan penipuan. Tapi disebabkan dah terlalu banyak kes macam tu, dah boleh agak mana satu jawapan yang betul dan jawapan tipu. Bagaimana?
1) Kebanyakan kes bila ditanya bila LMP (last menstrual period), pasti jawapan mereka 'unsure of date'. 
2) Bagi yang berkahwin setelah disahkan mengandung pula, mereka selalu tipu tarikh LMP. Mereka akan beritahu tarikh LMP lebih lewat dari yang sepatutnya. Kenapa? Supaya orang tak syak yang dia mengandung sebelum berkahwin. Tapi teknologi sekarang makin canggih. Selalunya kita akan dapat tahu yang tarikh tu tak benar sama sekali sebab bila buat scan, fetus (janin) dalam uterus(rahim) tu lebih besar dari yang sepatutnya. Ha tu la jangan menipu, orang tau juga akhirnya. 
3) Tapi ada juga yang scan detect fetus tu membesar sesuai dengan tarikh yang mereka beri, sebab pembesaran janin tak sama, lain orang lain lah. Waktu mereka datang ke hospital nak bersalin, bila di kira-kira, janin kurang matang. Masa tu medical workers kena dapatkan ventilator (alat bantu pernafasan) untuk bayi yang bakal lahir tu, sebab bayi pra matang paru-paru dia kurang matang dan memerlukan alat bantuan pernafasan. Sekali bila bayi tu lahir, bayi tu elok bernafas seperti bayi matang, takde pun ciri-ciri bayi pra matang. Nak cari ventilator tu bukan senang. Kalau ventilator kat hospital tu penuh, terpaksa call hospital lain untuk dapatkannya, dari utara sampai la ke selatan Malaysia.

Mereka akan sedaya upaya menipu untuk menutup kesalahan mereka.

Mari saya kongsikan satu situasi yang saya pernah alami sendiri bila berhadapan dengan 'single parent' ni.

*************************************************************************************
Satu hari seorang perempuan mengandung datang dengan complaint contraction pain (sakit mengeras). Kalau dilihat dari fizikalnya, dah cukup bulan untuk bersalin. Bila tengok buku merah (antenatal book), dia baru buat buku tu pada hari yang sama dia datang ke hospital kami. Sah-sah la buku tu memang tak lengkap. Tarikh apa pun tak tertulis lagi. Tertulis dengan dakwat merah di luar buku tu 'single parent'. Disebabkan buku tu tak lengkap, saya perlu dapatkan sendiri maklumat dari patient.



Saya : Bila last sekali datang period?
Patient : Bulan lepas

Terkejut saya dengan jawapan dia. Saya terfikir mungkin dia pernah ada kes pendarahan semasa dalam tempoh kehamilan. Kalau betul berlaku pendarahan, tentu dah dimasukkan ke hospital. Tapi mustahil buku merah dia masih kosong kalau dia pernah dimasukkan ke hospital sebelum ni. Dalam hati saya berkata "dia ni nak tipu aku". Saya terus bertanya.

Saya : Sebelum bulan lepas, bila ada datang period?
Patient : Tiap-tiap bulan datang period

Hah? Ini penipuan yang agak melampau. Tak pernah lagi orang menipu saya dengan jawapan sebegini. Dua kali saya tanya dengan baik tapi dia main-main dengan saya, maka saya pun bertanya dengan agak garang.

Saya : Tak payah la nak tipu saya. Bukan baru sehari saya berhadapan dengan orang mengandung. Mana ada orang mengandung period tiap-tiap bulan. Bila last sekali period?
Patient : Sebelum bulan puasa tahun lepas.

Akhirnya dia beri jawapan yang agak memuaskan hati saya walaupun saya tak dapat tarikh yang sebenar. Saya sambung pertanyaan saya.

Saya : Kenapa buat hubungan dengan lelaki sebelum kahwin?
Patient : Mana ada saya buat hubungan
Saya : Habis tu takkan tiba-tiba mengandung
Patient : Saya tak tahu
Saya : Mana boleh mengandung tiba-tiba. Awak kena rogol ke? (saje tanya soalan ni, nak tahu respon dia)
Patient : Ha'ah
Saya : Ada buat report polis?
Patient : Takde
Saya : Kenapa tak report polis kalau kena rogol?
Patient : (diam)
Saya : Selalunya kalau kes rogol, hospital akan buat report polis
Patient : Tak payah la, budak tu pun takde kat sini.

Tau pula takut bila cakap nak report polis. Tiada langsung rasa bersalah pada raut wajahnya. Semua soalan saya dijawab dengan bersahaja. Mungkin dia rasa dia akan selamat bila dia jawab dia kena rogol. Tapi muka mula resah gelisah bila kata nak report polis.
*************************************************************************************

Betapa rosaknya masyarakat kita sekarang lebih-lebih lagi muda-mudi. Maksiat di mana-mana. Lebih memalukan majoritinya adalah orang Islam. Mereka malu untuk melakukan kebaikan tetapi gembira melakukan maksiat. Berdua-duaan lelaki dan perempuan yg bukan mahram itu perkara biasa bagi mereka. Ia bukan perkara yang memalukan tetapi itu lah yang mereka banggakan. Kebiasaannya pasangan yang berdua-duaan ni kalau ditegur, mereka akan jawab "kami tak buat apa-apa pun". Memang diakui waktu tu tak buat apa-apa, tapi selepas tu macam-macam boleh berlaku. 

Firman Allah dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud :

“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)

Allah bukan sahaja melarang perbuatan zina tetapi Allah melarang perbuatan yang membawa kepada zina. Bukankah berdua-duaan itu salah satu perbuatan yang mendorong kepada perzinaan? Maka jelas dan terang perbuatan itu dilarang sama sekali dalam Islam.

Wahai muda-mudi di luar sana, sedarlah diri kita ini pinjaman dari Allah. Dunia ini cipataan Allah. Kita semua makhluk ciptaan Allah. Allah telah sediakan peraturan buat makhluknya yang tinggal di dunia cipataannya. Maka kenapa kita melanggar peraturannya dan perintahnya? Jadi kalau masih ada nak buat peraturan sendiri, maka carilah dunia cipataannya sendiri. Jika tidak mampu, maka ikutilah perintah Yang Maha Esa.