*Tulisan berwarna hijau (italic) hanyalah ulasan dan pandangan saya (norainiaron) sahaja

ARTIKEL DARIPADA DR. STEPHEN CARR LEON

Ketika Dr. Stephen Carr Leon menjalani housemanship di Israel, beliau telah menjalankan tesis PhDbertajuk 'Mengapa yahudi bijak?'. Majoriti cendikiawan di dunia ini terdiri daripada orang yahudi seperti engineering, muzik, sains dan yang paling hebat adalah perniagaan. 70% perniagaan di dunia ini dikuasai oleh yahudi.

Persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel apabila si ibu diketahui mengandung, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano. Si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama. Menurut mereka, apabila si ibu cuba menyelesaikan masalah matematik, cara itu dapat melatih otak si anak di dalam kandungannya.

Pemakanan ibu mengandung. Mereka yang mengandung gemar memakan kacang badam dan kurma bersama susu. Makanan tengahari pula roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Daging ikan baik untuk perkembangan otak manakala kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan pertumbuhan anak dalam kandungan. Sudah menjadi adat bagi ibu yang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Memakan kurma adalah sunnah Nabi. Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan-santun dan cerdas pemikirannya". Buah kurma kaya dengan zat besi dan kalsium. Berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah. Kurma adalah antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.


Makanan seharian. Orang yahudi gemar memakan ikan (hanya isi atau fillet). Daging tidak akan dimakan bersama dengan ikan. campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama, bagi mereka. Buah badam, salad dan kekacang adalah suatu kemestian. Mereka akan mengambil buah-buahan terlebih dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jika makanan karbohidrat diambil terlebih dahulu, ia akan menyebabkan rasa mengantuk, letih dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
Rasulullah mencegah kita memakan ikan bersama-sama dengan daging. Makan buah sebelum makan makanan berat akan memudahkan pencernaan.

Pemakanan kanak-kanak cukup dikawal. Makanan awal adalah buah-buahan bersama kacang badam dan diikuti dengan memakan pil minyak ikan

Merokok adalah dilarang. Menurut siatan saintis di university Israel, narkotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes. Bermakna perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembap).
Dr Yusuf Qardhawi memfatwakan rokok adalah haram kerana ia membahayakan, yang disebut dalam bukunya 'Halal dan Haram dalam Islam'. Menurutnya tidak boleh seseorang membuat bahaya dan membalas bahaya, sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah.


Bermain muzik. Kanak-kanak yahudi diajar dan dilatih bermain piano dan violin sejak diawal usia lagi. Bagi mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat menigkatkan IQ kanak-kanak dan akan menjadikan kanak-kanak itu bijak.
Ada baiknya jika kanak-kanak Islam dilatih menghafal Al-Quran disamping memahami dan mempraktikkan tajwid. Sama kan seperti memahami nota-nota muzik? Oh tidak sama, malah lebih bagus lagi!!!


Persekolahan anak-anak. Darjah 1 hingga 6, kanak-kanak akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan sains amat diutamakan. Sukan menjadi kewajipan bagi kanak-kanak itu. Antara sukan yang diberi keutamaan adalah memanah, menembak dan berlari. Memanah dan menembak dapat melatih otak untuk fokus pada sesuatu disamping persediaan untuk perkhidmatan negara. Apabila mereka berada di sekolah menengah, subjek sains diberi penekanan dan mereka digalakkan mencipta produk. Setiap projek mereka akan diteliti dengan serius walaupun nampak lucu dan mengarut. Projek ini akan dibawa ke institusi pengajian tinggi. Fakulti perniagaan juga diberi keutamaan di peringkat universiti.
Rasulullah bersabda, "Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah."(riwayat sahih Bukhari / Muslim)

Serius tentang perniagaan. Di universiti, penuntut tahun akhir dalam bidang perniagaan diwajibkan melakukan projek dan mempraktikkannya. Mereka hanya akan lulus jika kumpulan mereka berjaya mendapat keuntungan $US1 juta. Maka tidak hairanlah yahudi menguasai 1/2 perniagaan dunia.
Berniaga juga merupakan sunnah Rasulullah. Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam, "Sembilan per sepuluh rezeki datangnya daripada perniagaan". Rasulullah sendiri keluar berniaga sejak usianya 12 tahun.

Perniagaan yahudi. Berpusat di New York, dewan perniagaan yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan (sudah tentu untuk yahudi sahaja). Jika mereka mempunyai idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama untuk memastikan perniagaan itu menurut landasan yang betul. Graduan yahudi dari fakulti perubatan New York disarankan mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah.

Ibadat. Yahudi melakukan ibadat dengan cara menggoyang-goyangkan kepala kerana cara ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dalam kepala.
Diwajibkan ke atas umat Islam untuk menunaikan ibadah solat 5 kali sehari semalam. Di dalam solat, berbagai pergerakan dilakukan, bukan setakat menggerakkan kepala (sujud ke bumi), malah semua anggota badan digerakkan. Seimbang bukan?

So apa kesimpulan yang kita dapat? Perasan kah anda sebenarnya apa yang mereka lakukan tu banyak kesamaannya dengan apa yang Nabi Muhammad lakukan semasa hayatnya. Siapa pengikut Nabi Muhammad? Ya itulah jawapannya! Orang Islam lah pengikut Nabi Muhammad. Jadi sepatutnya orang Islam lebih bijak berbanding agama lain.

Jadi mari kita semua kembali kepada ajaran dan cara hidup Nabi kita Muhammad Sallallahualaihiwasallam. Mudah-mudahan orang Islam bakal menguasai dunia ini. Telah beribu tahun yang lalu Nabi ajarkan, cuma kita tidak ambil peduli. Mulai sekarang mari sama-sama kita pedulikan diri kita dengan Al-Quran dan As-Sunnah, insyaallah kebijaksanaan, kehebatan dan kecemerlangan dunia akhirat bakal kita miliki.

0 comments: