Rasanya dah 2 minggu Nur Kasih (NK) melabuhkan tirai. Satu cerita yang bagi saya agak bagus dan menarik. Sebuah cerita berunsur keagamaan.
Bermacam-macam ragam manusia dipamerkan dalam cerita tu. Cuma ada beberapa babak yang saya kurang bersetuju.
Pertamanya pelat Aidil bercakap arab kurang memuaskan. Siap ada yang tersalah arabnya.
Keduanya saya kurang bersetuju Mak Ani sebagai seorang isteri kepada Imam, kadang kala penutupan auratnya tidak sempurna. Begitukah seharusnya isteri kepada seorang Imam?
Ketiganya ketika Aidil meminta untuk memilih salah satu antara Nur Amina dan Katrina, sedangkan kedua-duanya adalah isteri Adam.
Keempatnya ketika Adam bertayammum. Terang-terang cara dia bertayammum tu salah.
Tadi pula baru saja selesai menonton Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Juga sebuah cerita yang ada kaitan dengan agama.
Apa yang saya tahu KCB ini dilakonkan setelah pelakonnya dipilih melalui satu rancangan khas. Bertujuan supaya para pelakonnya dapat menghayati watak yang diberi dengan sebenar-benarnya.
Bukan mahu membandingkan, cuma sebagai pengajaran untuk pembikin drama / filem. Drama / filem Malaysia selalu tidak meneliti watak dengan sedalamnya, seperti kurang penghayatannya. Banyak perkara yang tidak dititikberatkan, seperti komen saya diatas tu. Tapi pelakon-pelakonnya memang dapat membawakan watak-watak mereka dengan jayanya.
Tengok la bagaimana filem KCB dihasilkan? Sehingga dibuat 1 rancangan khas untuk memilih pelakon agar si pelakonnya dapat melakonkan watak yang diberi dengan sepenuh hati. Saya kagum dengan cara mereka berbahasa arab, cukup fasih.
Berharap drama / filem yang lain (terutamanya Malaysia) dapat menitikberatkan perkara-perkara yang mungkin bagi pembikin filem adalah remeh. Lebih-lebih lagi bab keagamaan, perlu diteliti dengan sebaiknya. Tetapi saya nak bagi kredit juga pada Kabir Bhatia atas jalan cerita yang bagus ni, cuma perlu diperbaiki mana yang kurang sempurna penyampaiannya.
2 comments:
btol...sgt stuju dgn bicara di atas..
korg ada pandangan pasal KCB...may be ada yg kurg cantik dipandang mata...saya tengok sekali je, so may beterlepas pandang...tp nurkasih tu tiap2 minggu, so byk la bleh komen...
bkn mengagungkan filem negara orang, cuma pandangan sahaja
Post a Comment