Saya adalah seorang yang sangat tak gemar epal. Epal memang tersenarai antara buah yang akhir sekali dalam pilihan senarai buah-buahan. Tak bagus sungguh la. Epal ni sangat banyak kebaikannya. Sepatutnya setiap hari kena makan epal. 'An apple a day keep the doctor away'. Semua orang tahu kan kata-kata tu? Tapi memang betul pun, semua doktor (lecturers) saya cakap bagus makan epal tiap-tiap hari.
Satu hari saya ziarah ke rumah Dr Fatima. Diatas meja hidangan ada buah-buahan, termasuk la epal. Saya macam biasa buat-buat tak nampak je kat epal tu.Hehehe. Tapi selepas habis makan, tetiba teringin nak rasa epal atas meja tu sebab epal tu lain sikit bentuknya, lonjong sikit. Masyaallah, sedapnya epal ni? terus tanya Fatima apa nama epal tu? Fatima kata nama dia KANDILSINAP.
haaaaa ni la dia kandilsinap. nampak macam epal biasa kan? cuba tengok betul-betul, lain sikit kan?
Lepas je hari tu, kalau pergi rinak (pasar)je mesti cari epal tu. Tapi tak pernah jumpa, balik mesti kecewa. Tapi tak sangka hari ni jumpa pula kandilsinap tu depan Semashka Hospital. Betapa la seronoknya. Apa lagi, borong terus kandilsinap tu. Ingatkan nak beli sekilo je, tapi bila timbang lebih pula. Tapi takpe la, sebab memang suka sangat epal tu, susah pula tu nak cari.
Harap-harap lepas ni senang la nak jumpa kandilsinap ni kat rinak. Balik Malaysia nanti mesti rindukan kandilsinap ni. Mana nak dapat kandilsinap kat Malaysia. Kat Ukraine pun susah nak cari, ni kan pula kat Malaysia.
0 comments:
Post a Comment