Selepas selesai solat maghrib, chatting dengan my adik. Dia beritahu yang dia dan abang sulong (bersama isteri dan anak-anak perempuannya) baru pulang dari Al-Barakah. Menziarahi anak-anak yang sedang dalam kem tahsin tu. Mesti anak-anak gembira ada orang datang jenguk mereka. Alaaa...kan masing-masing dah biasa duduk asrama?
Acik sangat genbira dengan khabar berita dari sana. My adik bagi tau ada perubahan. Alhamdulillah!!! My adik kata Nizar dah pernah jadi imam solat hajat. Wah!!! Acik sangat teruja mendengarnya. Dekat rumah pun adik (Nizar) tak pernah jadi imam, tetiba jadi imam kat sana. Bagus-bagus!!! Teruskan usaha.
Safwan pula my adik kata dia tolong bacakan Quran masa Ustaz Kazim ubatkan orang sakit. Dulu masa belajar mengaji, si Safwan ni memang kuat mengelak. Tak sangka sungguh la Acik. Good job!!!
Ahmad dengan Adib apa cerita?
My adik kata minggu ni mereka dikehendaki menghafal juzuk 30. Semua dapat habiskan hafalan ke? Acik harap jawapannya YA. Mudah-mudahan Allah permudahkan. Minggu depan pula menghafal hadith 40. Wah!!! Teruja Acik dengar. Acik pun tak hafal hadith 40 tu. Selamat menghafal ye anak-anak sekalian. Acik doakan kalian semua dipermudahkan urusan. Ameen.....
Tapi my adik kata Nizar still tak berapa nak happy. Mungkin kerana terpaksa barangkali. Adik(Nizar), ibu & ayah nak tengok adik jadi budak baik, penyejuk hati ibu & ayah. Mereka bukan hantar untuk saja-saja. Semuanya ada sebab. Untuk diri adik(Nizar) juga. Adik (Nizar) seorang je anak lelaki harapan ibu & ayah.
Tapi anak-anak kata yang bestnya tidur dalam aircond. Amboi bukan main lagi, siap ada aircond. Dari sekolah rendah sampai la ke tua ni, tak pernah lagi Acik merasa pergi program yang tidur ber aircond. Bersyukurlah anak-anak ku sayang. Betapa banyaknya nikmat Allah yang kita terima.
Seperti yang kita maklum, Kartika kini berada di Al-Barakah. Kata anak-anak, "kami panggil dia Kak Ika je". Seronok mereka bercerita tentang Kartika. Mereka tanya dengan Kartika macam-macam. Kartika pula cerita pengalaman masa lampau dia tu kat anak-anak. Mudah-mudahan jadi pengajaran untuk kita semua. Ambil yang baik jadikan panduan, dan yang tak baik tu jadikan sempadan. Hikmah yang kita tidak tahu mengapa Allah temukan anak-anak dengan Kartika. Klik sini kalau nak tahu perkembangan Kartika di Al-Barakah.
Kartika Sari Dewi Sukarno
Acik akan sentiasa mengikuti perkembangan anak-anak Acik di Al-Barakah walaupun jarak memisahkan kita. Dunia maju, apa guna teknologi kalau tidak digunakan sebaiknya. Ye tak? Teruskan menuntut ilmu Allah yang terlalu luas tak terhitung. Teruskan usaha wahai anak-anak Acik yang Acik sayang. Ilmu yang dipelajari tidak sempurna jika hanya dipelajari. Kesempurnaan ilmu itu tercapai apabila ia dipraktikkan dalam kehidupan kita. Gunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.
2 comments:
Assalamualaikum.. aku nak posting, tp x sempat sbb balik dah malam.. pagi nak balik ke bangi..hmm.. xpe, ko da post tq..
anak2 punya pasal, mmg aku post...biar diorg baca...biar diorg tahu yg kita semua gembira dengan perubahan mereka...
Post a Comment