Solat di kelas? Solat di koridor? Solat di tanah lapang? Solat di bawah tangga? Solat di dalam setor?
Semua itu sudah biasa bagi pelajar muslim CSMU yang masih mahu melaksanakan perintah Penciptanya. Bukan niat berlagak, tapi itu lah realitinya. Hidup di negara kafir. Tiada surau dan masjid bukan alasan untuk tidak melakukan ibadah solat 5 waktu sehari semalam. Islam tidak pernah menghukumkan bahawa solat itu mesti di masjid, surau atau rumah. Di mana kamu berada, di situ lah kamu solat.
Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam:
"Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya".(Riwayat Al-Baihaqi dari Ibnu Umar)
Hari ni sesuatu terjadi. Saya tidak tahu samada mahu marah atau bersabar. Kelas saya sedang berada dalam cycle surgery di Semashka Hospital bersama Madam Lunina. Tiba waktu untuk solat zohor. Saya sebagai makmum bersama Nadhilah, Hayati sebagai imam. Di rakaat pertama makcik 'labarant' (laboratorist) masuk. Dia seperti tidak nampak apa kami sedang lakukan. Berulang kali melangkah sejadah imam. Saya memang hilang khusyuk. Bayangkan la, sedang kita solat orang lalu lalang di hadapan. Tapi nasib baik la dia tak pijak sejadah. Di rakaat kedua, tiba-tiba dia bercakap dengan saya yang sedang solat, minta agar saya beri laluan untuknya. Saya tetap kaku. Tiba-tiba di tolaknya saya sehingga Nadhilah pun tertolak sama. Tapi saya memang dah batal la jawabnya, entah berapa kali kaki bergerak. Nadhilah cuma terkena sedikit tempias tolakan dari saya. Dia teruskan solatnya. Saya terpaksa takbir semula.
Rupa-rupanya dia cuma nak ambil teh, nak buat air. Panas sungguh hati saya. Tak boleh kah tunggu sekejap?
Terlalu jahilkah si labarant tua itu? Musykil-musykil! Sudah 6 tahun saya di bumi Ukraine. Ini kali pertama saya diperlakukan sedemikian. Pengalaman saya selama ni, walaupun orang-orang kafir itu tak tahu apa kami sedang lakukan, tapi mereka tak akan ganggu malah menghormati. Selalunya mereka akan biarkan sehingga kami habis. Kalau ada pun yang tidak suka, mereka beritahu setelah kami selesai.
Ya Allah sabarkan aku. Ikutkan hati nak je saya marah si labarant tua tu. Tapi mungkin dia tidak tahu atau pun dia buat-buat tak tahu. Sakitnya hati. Nak dicakapkan perkara sebenar, dia ni 'blur' sikit. Ye la orang yang dah sangat tua tapi masih bekerja.
Kalau anda la berada dalam situasi saya, apa anda lakukan?
0 comments:
Post a Comment