Hari ni dah 16 zulhijjah 1430H. Baru beberapa hari lepas menyambut raya haji. Tahun ni seperti tahun-tahun lalu juga, tiada cuti raya haji. Dekanat cuma peruntukan 3 hari cuti tambahan untuk student Malaysia. Apakah 3 hari tu? 1 hari untuk melayu, 1 hari untuk cina dan 1 hari untuk india. Jadi kami kena pilih salah satu cuti samada pada raya puasa atau raya haji. Jawapannya anda sendiri tentu dah tahu. Jadi raya haji jarang sekali dapat cuti.

Jadi sambutan raya haji kami buat pada hari raya haji ke-3, Ahad. Hari Sabtu tu ibadah korban dijalankan di Radnikova. Entry sebelum ni dah ceritakan semua yang berlaku di sana. Sambutan pun memang ringkas.

Sedikit pengisian rohani dan kemudiannya makan. Tapi tahun ni ada istimewa sikit dari tahun-tahun yang lalu. Pengisian disampaikan oleh tetamu jemputan khas dari Malaysia, Encik Azmin Ishak. Sebenarnya dia ada kerja outstation di Kiev. Jadi peluang ni kami gunakan untuk menyambut 'Aidiladha bersama-sama Encik Azmin. Banyak isi-isi menarik yang dia sampaikan. Berkenaan sejarah, sikap, agama dan macam-macam lagi.


Encik Azmin sedang memberi sedikit pengisian rohani. Barakallahufeek

Saya cukup tertarik dengan salah satu isinya. Islam adalah agama yang paling cepat berkembang dan bertumbuh di dunia ini berbanding agama lain. Walaupun berbagai penghinaan, tohmahan, fitnah dan sebagaianya terhadap Islam, namun Islam tetap di tempat pertama. Bangganya saya sebagai seorang muslim. Islam terlalu unik, tiada tandingan. Kerana Islam adalah agama sebenar dari Yang Maha Esa, bukan agama ciptaan manusia dan bukan agama yang ditokok tambah. Islam tetap sama, dulu kini dan selamanya. TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!

Sesudah itu, kami makan jamuan raya haji. Daging lembu masak kari dan sayur salad timun dan tomato. Menjadi kebiasaan kami sejak dulu lagi (semenjak di tahun pertama), bila ada sambutan, kami akan makan dalam dulang berjemaah. Mungkin tidak di tempat lain tapi di tempat kami begitulah. Pada saya cara ni bagus, dapat merapatkan lagi silaturrahim antara kami sesama sahabat seperjuangan. Teringat saya kata-kata Cikgu Amir Azmi semasa saya di SAMBEST, "Masa makan ni la kita dapat mengeratkan lagi hubungan antara kita. Boleh bersembang dan berbincang dengan cara santai. Jadi amalkan la makan beramai-ramai, lebih-lebih lagi dengan ahli keluarga." Saya sokong kata-kata cikgu tu.



proses menghidang. bergotong royong amalan mulia. hehehe


nasi putih dengan kari daging lembu korban

 
sayur salad timun dan tomato

Walaupun sambutan terlalu simple, tapi ia tetap meninggalkan kenangan tersendiri buat kami di bumi Ukraine ni. Terima kasih kepada semua, yang menyediakan makanan, yang memberi pengisian, yang menghidang, yang membasuh dulang-dulang dan semua lah. Moga ukhwah kita kan berkekalan hingga ke akhir hayat, insyaallah.

 
kenangan kita takkan berulang lagi.

0 comments: