Assalamualaikum w.b.t.

Semenjak masuk kerja ni, entry asyik cerita pasal kerja je. Apa nak buat, memang dah kehidupan ku begitu.
Entry sebelum ni saya cerita saya kena hantar patient pergi Hospital Besar Ipoh kan? Actually saya kena hantar patient lain sebenarnya. Tapi disebabkan ada 2 orang patient yang nak dihantar ke Ipoh, jadi ubah plan. Dr Akil hantar patient yang sepatutnya saya hantar tu dan saya hantar patient yang seorang lagi.

Cuak juga la first time kena hantar patient. GCS (glasgow coma scale) patient plak cuma 10/15. Sedaya upaya cuba menenangkan diri sendiri. Berdoa agar patient takde apa-apa dalam perjalanan.

Bila tengok balik kes patient tu, teringat saya kat arwah ayah saya. Kes patient ni sama macam kes arwah ayah saya sebelum dia meninggal 20 tahun dulu. Complaint of generalised weakness-sudden onset, unable to ambulate, unable to talk, lost of appetite. Memang sama la komplen-komplen patient tu dengan arwah ayah dulu sebelum masuk hospital. Cuma diagnosis lain sikit je. Arwah ayah dulu diagnosed as intracerebral bleeding (bleeding inside the brain). Pakcik tu pula diagnosed as subdural hemorrhage.

 Ayah, you are the only my luvly dad and I am the only your Norain.

Sepanjang perjalanan ke Ipoh, saya pandang je pakcik tu. Terasa macam arwah ayah saya yang terbaring depan saya tu. Sayu, sedih. Rasa nak menitis airmata. Tak putus-putus saya berdoa agar selamat sampai ke Ipoh. Semoga Allah beri kesembuhan buat pakcik tu. Terfikir kenapa Allah takdirkan kes pertama yang saya hantar dalam hidup saya sama sebiji macam kes arwah ayah. Tentu ada sesuatu yang Allah nak beritahu pada saya.

Ayah, anakmu ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup mu di barzakh sana, jua di akhirat kelak.
Assalamualaikum w.b.t

Dah lebih sebulan saya mula bekerja. Alhamdulillah boleh survive setakat ni. Tapi ada banyak benda saya kena belajar lagi. Kawan-kawan banyak membantu, especially kawan-kawan yang graduated from local university. Terima kasih semua.

Isnin lepas 22/11/10 adalah hari pertama saya oncall active. Selama ni diorang bagi oncall passive dulu sebab baru masuk kerja. Takutnya tak tahu nak kata la. Maklum la first time oncall. Malam sebelum oncall tu, saya siap pergi wad review sikit-sikit pasal patients kat wad. Punya la takut, 2 malam berturut-turut sebelum oncall tu saya mimpi oncall kat wad  je. Aduhai penangan oncall, memang menyeramkan.
Oleh kerana ni first time saya oncall, diorang letakkan seorang 'babysitter' untuk saya, senior HO. Jadi apa-apa hal, saya boleh rujuk kat dia. Yeoh K.H was my babysitter on that day. Memang Yeoh sangat banyak bantu saya.

On that day, ada 7 new admission kat wad saya. Fuhhh banyaknya. Jarang wad yang saya oncall tu ada admission banyak macam tu. Kalau wad lain mungkin la biasa. Apa lagi diorang kata saya 'jonah' la. Sampai staffnurse pun cakap saya jonah.

Luckily MO oncall saya hari tu, Dr Firman. Dia tak banyak kerenah. Tapi mungkin saya yang banyak menyusahkan dia. Sorry Dr Firman, saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.

Bila habis oncall esok harinya, saya terfikir sesuatu. "Actually siapa yang oncall? Saya ke Yeoh?". Sebab saya rasa Yeoh lagi banyak tahu pasal patient berbanding saya. Tapi bila saya tanya dengan Yeoh, jawapan dia tak mengecewakan saya tapi memotivasikan saya. Thank you so much Yeoh. Saya akan berusaha dengan lebih baik lagi.

Yeoh sangat banyak ajar dan tolong saya. Dia sangat pandai dan dia sudi nak ajar kami yang masih baru ni. Thanks Yeoh sebab tak jemu melayan kerenah kami budak-budak baru ni. Bukan Yeoh seorang je yang banyak ajar kami, tapi ada lagi. Kalau saya sebut nama, terasa pula nama yang saya tak sebut. 

Tapi memang terkilan juga dengan sesetengah manusia yang cuma tahu nak marah tapi nak ajar tu jauh sekali. Mungkin dia terasa dirinya terlalu hebat. Saya akui kami budak-budak baru memang akan ada buat salah. Tapi jangan la sekadar cakap 'salah tu' tanpa memberitahu apa kesalahan yang kami buat. Macam mana la kami nak membetulkan kesalahan kami kalau kami tak tahu dimana salah kami. Apakah berdosa kalau dia beritahu di mana salah kami dan ajarkan kami yang betul? Mungkin satu keadaan kita di atas tapi untuk satu keadaan lain, tak mustahil kita berada jauh dibawah.

Ah tinggalkan la cerita yang tak enak tu. Yang penting teruskan belajar. Kita belajar dengan orang yang sudi nak ajar kita, tak payah terhegeh-hegeh menagih ilmu dari orang yang tak sudi, buang masa.

25/11/10 pula saya oncall untuk kali kedua. Masih juga blur tapi better than the first time rasanya. Better sikit je. New admission tak banyak kali ni tapi kerenah patient pula yang macam-macam. Tu yang buat kerja jadi lambat.

On that day saya kena assist 2 operations. Major operation pula tu. Dua-dua pun 'exploratory laparotomy'. 2nd operation tu tengah malam, emergency operation. Memang sangat penat la. Tapi apa nak buat, itu la kerja.
Hari Jumaat tu kira saya post call la. Memang tak sabar nak balik, nak tidur. Malam tu siap-siap gosok baju untuk esok hari, then tidur. Baru 2 jam tidur tiba-tiba ada orang ketuk pintu bilik asrama. Kawan saya suruh hantar patient ke Ipoh pula. Owh tidak! Pening juga la kepala saya. Discuss punya discuss, saya memang kena ikut juga hantar patient malam tu ke Ipoh. Pukul 5 pagi baru sampai hospital. Cuba nak tidur dalam ambulan tapi tak boleh tidur sebab ambulan tu macam nak racing je. Huhuhu. Sampai bilik sempat tidur sejam. Memang mengantuk, tapi tanggungjawab mesti ditunaikan. Paksa juga diri untuk bangun.

Hari Sabtu tu pula oncall passive. Tak tahu nak kata apa. Belasah je la. Nasib baik oncall passive je.Sabtu malam tu la baru dapat tidur dengan aman. Doktor lain dah biasa dah pengalaman macam tu saya rasa, even lebih dahsyat dari tu. Tapi untuk saya, ini pertama kali saya berhadapan dengan situasi macam ni, memang rasa payah sikit. Insyaallah lama-lama biasa la tu nanti.
Assalamualaikum w.b.t

Sebelum tu, biar saya sapu dulu habuk dan sawang kat blog saya ni hehehe. Rindu betul kat kawan-kawan blogger.

Lama, terlalu lama saya tak buka blog saya ni. Apakan daya, memang sudah dijangka perkara ni bakal berlaku. Bila saya mula je menapak ke hospital, saya terpaksa menerima semua ni.

Untuk mereka yang masih belum tahu, saya sekarang bekerja di Hospital Teluk Intan, Perak. Jaraknya lebih kurang sejam dari kampung halaman saya. Hampir sebulan sudah saya bekerja di sana.

Kerja kerja kerja

Sungguh benar seperti yang mereka katakan. Melangkah saja ke alam pekerjaan (especially doktor), hidup pasti berubah. Mahu tidak mahu, terpaksa juga tempuhinya. 18 Oktober 2010 mendaftar di Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Sesudah itu, terus mendaftar di Hospital Teluk Intan.

Saya ditempatkan di wad pembedahan (surgical) untuk posting pertama saya. 2 minggu tagging. Baru saya tahu apa rasanya tagging. Terlalu dan sangat memenatkan walaupun bukan semua kerja kita buat. Ye lah baru masuk kerja, tentu banyak benda yang perlu dipelajari. Teori dan praktikal pastinya berbeza. Setiap hati masuk kerja sebelum pukul 7 pagi dan pulang selepas pukul 10 malam. Nonstop for 2 weeks. Kaki terasa sangat sakit, lenguh, melecet. Semua ada.

Saya akui saya bukanlah seorang yang sangat bijak seperti mereka yang lain. Ada banyak lagi benda yang saya perlu pelajari. Tambahan pula bila belajar di tempat lain, kerja pula di tempat lain. Tapi itu bukan alasan untuk saya kalau saya mahu maju ke depan. Saya perlu berusaha dan usaha dan usaha, sebaik mungkin. Selebihnya Allah yang mengetahui.

Macam-macam perangai manusia saya jumpa sebulan ni. Perangai pesakit memang bermacam-macam. Perangai kawan-kawan kerja pun bermacam-macam. Bunyi macam ada kekecewaan pada diri saya.

Ya! Memang benar. Tapi saya belajar sesuatu dari apa yang berlaku. Jangan kita mengharap semua orang dapat lakukan seperti apa yang kita lakukan. Allah jadikan manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jangan merasa diri terlalu hebat. Mungkin dari 1 segi kita hebat, tapi dari segi yang lain kita jauh mundur dari orang lain. Cepat dan lambat proses untuk mendapatkan sesuatu memang tidak sama bagi setiap orang. Tapi apa yang penting adalah USAHA! Kalau seseorang itu sudah berusaha, tapi dia lambat untuk menguasainya, itu bukan salah dia. Itu kerja Allah. Berbeza dengan mereka yang tidak berusaha dan lambat untuk menguasai sesuatu.

Moralnya, jangan kita berlagak hebat. Ilmu yang kita ada, kongsi bersama. Jangan mengharap semua orang jadi seperti kita. Kemampuan manusia berlainan.

Banyak perkara yang saya nak kongsi bersama, tapi masa tak mengizinkan. Mungkin lain kali.

Ya Allah hamba Mu ini hamba yang lemah. Hamba Mu ini sentiasa memohon petunjuk dari Mu  Ya Allah. Bantulah dan beri petunjuk Mu dalam setiap apa yang aku lakukan. Tenangkan hatiku dalam setiap perkara Ya Allah.