Showing posts with label kepintaran. Show all posts
Showing posts with label kepintaran. Show all posts
Beberapa hari lepas adik saya sibuk suruh saya carikan teks pidato untuk dia. Allahuakbar, adik saya ni memnag salah orang la. Kakak dia ni bukannya kaki pidato, malah tak pernah walau sekali pun memijakkan kaki di atas pentas pidato. Kakakmu ini tidaklah sehebat kamu.

Tak tahu la di mana dia cuba mencari jalan penyelesaiannya. Tapi tiba-tiba dia bagi saya satu link dari youtube. Saya buka. Nak tahu apa yang menarik dengan video tu. Bila buka, tengok-tengok orang Australia berpidato dalam Bahasa Melayu. Saya memang tak pernah tahu ada pertandingan pidato antarabangsa ni. Ketinggalan zaman sungguh la saya ni. Tapi takpe, sekarang saya dah tahu. Saya cuba dengar video tu sampai habis. Hmmm boleh tahan juga dia berbahasa melayu. Nak dengar?

Ayleen O'hanlon (Nur) dari Australia
 
Lepas habis tu, saya tengok ada related video, orang Russia pula berpidato. Saya teruja walaupun belum melihat video tu. Mana tak terujanya, kami di Ukraine ni berbahasa Russia dengan orang luar, cuma dalam class je berbahasa inggeris. Tapi walaupun dah 6 tahun saya di Ukraine ni, bahasa russia saya tidaklah sehebat mana, terlalu banyak kekurangan dan cacat celanya. Jadi bila ada orang Russia boleh berbahasa melayu, tentu la teringin sangat nak dengar apa bunyinya. Nyata mereka memang bagus. Mari dengar.

Alexandra Samohvalova (Karmila) dari Russia
 
Ini lagi seorang pemidato orang Russia. Apa yang saya tahu dia ni pemenang tempat pertama. Actually saya agak kagum la dengan mereka yang siap boleh berpidato, jadi johan pula tu.
 
 Olga Vasilevskaya dari Russia
 
Kalau orang asing boleh berbahasa melayu dengan baik, malu la kalau orang melayu tak boleh berbahasa melayu dengan baik. Marilah sama-sama kita martabatkan bahasa ibunda kita Bahasa Melayu. Saya pun masih banyak kekurangan dalam memahami Bahasa Melayu.
Dari sekolah lagi saya memang suka bermain dengan nombor. Kalau kerja rumah matematik, cepat je nak siapkan berbanding kerja rumah yang lain. Kenapa? Entah la, tapi memang suka. Masuk sekolah menengah pun begitu. Cuma satu, walaupun subjek fizik banyak menggunakan nombor tapi saya tak suka fizik. Selalunya orang yang suka matematik, dia akan suka fizik juga (bukan semua orang, tapi kebanyakannya begitu). Tapi bukan untuk saya.

Entry kali ini saya nak kongsikan sesuatu berkaitan dengan nombor. Bagaimana nombor 1 itu dinamakan satu, nombor 2 dinamakan dua hinggalah kepada 0? Siapa tahu? Cuba la teka.
Ok, jom kita tengok jawapannya kenapa dan bagaimana?

 
  
 

 Haaaaa ini la jawapannya. Menggunakan SUDUT yang terdapat pada nombor tersebut.
Nombor 1 mempunyai satu sudut. Nombor 2 mempunyai dua sudut. begitu la seterusnya hingga nombor 9.

  
Dan akhir sekali 0. Tiada apa-apa sudut. Tu sebab la namanya kosong



Bagi mereka yang telah bekerja, boleh gunakan langkah-langkah ini untuk memperbaiki kewangan. Bagi yang belum bekerja, langkah-langkah ini insyaallah dapat membantu dalam kewangan anda di masa akan datang.





PENDAPATAN (Income);
Sumber kewangan adalah PENDAPATAN. Sumber PENDAPATAN adalah daripada pekerjaan seharian kita. Daripada kerja kita itu, barulah kita memperoleh gaji atau PENDAPATAN. Hanya orang yang mempunyai PENDAPATAN perlu untuk menguruskan wang mereka. Jika seseorang itu tidak ada PENDAPATAN, bagaimanakah dia ingin mengurus kewangan?

SIMPANAN (Saving);
Ia menjadi teras kepada pengurusan kewangan. Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan SIMPANANnya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain. SIMPANAN menjadi faktor utama untuk peringkat-peringkat pengurusan kewangan seterusnya.

PERBELANJAAN (Expenses);
Ia merujuk kepada perbelanjaan harian seperti rumah, makan, minum, kenderaan, dan sebagainya. Selalunya ia menjadi perkara utama selepas setiap orang menerima gaji, iaitu;
PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN

Tetapi, yang sepatutnya ialah;
PENDAPAAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN

Seharusnya kita perlu MENYIMPAN terlebih dahulu sebelum BERBELANJA.

PERLINDUNGAN (Protection);
Dalam kita bekerja untuk memperoleh PENDAPATAN, dan membuat SIMPANAN, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi PERLINDUNGAN, iaitu untuk memberi perlindungan kepada PENDAPATAN dan SIMPANAN kita apabila berlaku musibah. Dengan adanya PERLINDUNGAN, kita dapat mengekalkan kedua-dua PENDAPATAN dan SIMPANAN. Instrumennya ialah takaful dan insurans.

PELABURAN (Investment);
Inflasi akan menurunkan nilai SIMPANAN kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat PELABURAN sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi. Lebih jauh lagi, fungsi PELABURAN adalah untuk meningkatkan PENDAPATAN dan SIMPANAN. Apabila bercakap tentang PELABURAN, ia akan berkait rapat dengan risiko.

PENYUCIAN (Purification);
Dalam mencari harta dan wang, Islam mewajibkan zakat untuk memastikan setiap wang dan harta yang kita miliki bersih dan suci. Ada sebahagian harta yang kita cari adalah hak dan milik orang lain yang kurang berkemampuan. Jadi, di sinilah fungsi PENYUCIAN bagi membersihkan harta benda kita. Malah, di dalam undang-undang negara pun ada mewajibkan cukai ke atas rakyat jelata. Selain itu, sedekah dan amal jariah juga di bawah langkah PENYUCIAN.

PEMBAHAGIAN (Distribution);
Harta benda yang kita cari dan simpan, tidak akan dibawa ke kubur. Selepas kematian kita, ia menjadi milik orang lain pula. Jadi di sinilah fungsi wasiat, dan faraid untuk memastikan PEMBAHAGIAN harta kita berjalan lancar. Ia kadang-kadang dilupakan oleh kebanyakan orang kerana menganggap faraid sudah ada. Ya, betul faraid itu hak, tetapi perlu ada elemen penyediaan wasiat supaya proses PEMBAHAGIAN mengikut faraid berjalan lancar.



Sumber: http://afyan.com/ver1/?p=1121
*Tulisan berwarna hijau (italic) hanyalah ulasan dan pandangan saya (norainiaron) sahaja

ARTIKEL DARIPADA DR. STEPHEN CARR LEON

Ketika Dr. Stephen Carr Leon menjalani housemanship di Israel, beliau telah menjalankan tesis PhDbertajuk 'Mengapa yahudi bijak?'. Majoriti cendikiawan di dunia ini terdiri daripada orang yahudi seperti engineering, muzik, sains dan yang paling hebat adalah perniagaan. 70% perniagaan di dunia ini dikuasai oleh yahudi.

Persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel apabila si ibu diketahui mengandung, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano. Si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama. Menurut mereka, apabila si ibu cuba menyelesaikan masalah matematik, cara itu dapat melatih otak si anak di dalam kandungannya.

Pemakanan ibu mengandung. Mereka yang mengandung gemar memakan kacang badam dan kurma bersama susu. Makanan tengahari pula roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Daging ikan baik untuk perkembangan otak manakala kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan pertumbuhan anak dalam kandungan. Sudah menjadi adat bagi ibu yang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Memakan kurma adalah sunnah Nabi. Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan-santun dan cerdas pemikirannya". Buah kurma kaya dengan zat besi dan kalsium. Berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah. Kurma adalah antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.


Makanan seharian. Orang yahudi gemar memakan ikan (hanya isi atau fillet). Daging tidak akan dimakan bersama dengan ikan. campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama, bagi mereka. Buah badam, salad dan kekacang adalah suatu kemestian. Mereka akan mengambil buah-buahan terlebih dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jika makanan karbohidrat diambil terlebih dahulu, ia akan menyebabkan rasa mengantuk, letih dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
Rasulullah mencegah kita memakan ikan bersama-sama dengan daging. Makan buah sebelum makan makanan berat akan memudahkan pencernaan.

Pemakanan kanak-kanak cukup dikawal. Makanan awal adalah buah-buahan bersama kacang badam dan diikuti dengan memakan pil minyak ikan

Merokok adalah dilarang. Menurut siatan saintis di university Israel, narkotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes. Bermakna perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembap).
Dr Yusuf Qardhawi memfatwakan rokok adalah haram kerana ia membahayakan, yang disebut dalam bukunya 'Halal dan Haram dalam Islam'. Menurutnya tidak boleh seseorang membuat bahaya dan membalas bahaya, sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah.


Bermain muzik. Kanak-kanak yahudi diajar dan dilatih bermain piano dan violin sejak diawal usia lagi. Bagi mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat menigkatkan IQ kanak-kanak dan akan menjadikan kanak-kanak itu bijak.
Ada baiknya jika kanak-kanak Islam dilatih menghafal Al-Quran disamping memahami dan mempraktikkan tajwid. Sama kan seperti memahami nota-nota muzik? Oh tidak sama, malah lebih bagus lagi!!!


Persekolahan anak-anak. Darjah 1 hingga 6, kanak-kanak akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan sains amat diutamakan. Sukan menjadi kewajipan bagi kanak-kanak itu. Antara sukan yang diberi keutamaan adalah memanah, menembak dan berlari. Memanah dan menembak dapat melatih otak untuk fokus pada sesuatu disamping persediaan untuk perkhidmatan negara. Apabila mereka berada di sekolah menengah, subjek sains diberi penekanan dan mereka digalakkan mencipta produk. Setiap projek mereka akan diteliti dengan serius walaupun nampak lucu dan mengarut. Projek ini akan dibawa ke institusi pengajian tinggi. Fakulti perniagaan juga diberi keutamaan di peringkat universiti.
Rasulullah bersabda, "Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah."(riwayat sahih Bukhari / Muslim)

Serius tentang perniagaan. Di universiti, penuntut tahun akhir dalam bidang perniagaan diwajibkan melakukan projek dan mempraktikkannya. Mereka hanya akan lulus jika kumpulan mereka berjaya mendapat keuntungan $US1 juta. Maka tidak hairanlah yahudi menguasai 1/2 perniagaan dunia.
Berniaga juga merupakan sunnah Rasulullah. Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam, "Sembilan per sepuluh rezeki datangnya daripada perniagaan". Rasulullah sendiri keluar berniaga sejak usianya 12 tahun.

Perniagaan yahudi. Berpusat di New York, dewan perniagaan yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan (sudah tentu untuk yahudi sahaja). Jika mereka mempunyai idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama untuk memastikan perniagaan itu menurut landasan yang betul. Graduan yahudi dari fakulti perubatan New York disarankan mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah.

Ibadat. Yahudi melakukan ibadat dengan cara menggoyang-goyangkan kepala kerana cara ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dalam kepala.
Diwajibkan ke atas umat Islam untuk menunaikan ibadah solat 5 kali sehari semalam. Di dalam solat, berbagai pergerakan dilakukan, bukan setakat menggerakkan kepala (sujud ke bumi), malah semua anggota badan digerakkan. Seimbang bukan?

So apa kesimpulan yang kita dapat? Perasan kah anda sebenarnya apa yang mereka lakukan tu banyak kesamaannya dengan apa yang Nabi Muhammad lakukan semasa hayatnya. Siapa pengikut Nabi Muhammad? Ya itulah jawapannya! Orang Islam lah pengikut Nabi Muhammad. Jadi sepatutnya orang Islam lebih bijak berbanding agama lain.

Jadi mari kita semua kembali kepada ajaran dan cara hidup Nabi kita Muhammad Sallallahualaihiwasallam. Mudah-mudahan orang Islam bakal menguasai dunia ini. Telah beribu tahun yang lalu Nabi ajarkan, cuma kita tidak ambil peduli. Mulai sekarang mari sama-sama kita pedulikan diri kita dengan Al-Quran dan As-Sunnah, insyaallah kebijaksanaan, kehebatan dan kecemerlangan dunia akhirat bakal kita miliki.