November yang lalu, 3 minggu kami cuti, outbreak H1N1 di Ukraine. Ada yang keluar pergi trip. Ada yang balik Malaysia. Paling tak seronok adalah orang yang tak kemana-mana. Duduk di asrama bertemankan bantal, tilam dan laptop. Faham-faham sendiri la ye. Heheheh....
Bila cuti lama sangat tanpa aktiviti, terasa kosong hidup. Masa tu baru terasa betapa seronoknya 'sekolah' (bukan sekolah rendah atau menengah, maksudnya ada class). Nak buat aktiviti pun, siapa yang nak datang, tinggal berapa sangat orang kat asrama.
Bila dah boring-boring, maka ada saja la idea yang terlintas di kotak fikiran ni. Masa tu teringin nak mencuba masak itu dan ini. Hasilnya........
Karipap Sardin
First time buat karipap seorang diri tanpa bantuan orang lain. Seronok bila karipap menjadi dengan elok. Selalunya kalau buat karipap mesti berteman especially Awin la, sebab dia sangat terror bab membuat karipap ni.
Kenapa karipap sardin? Sebab masa tu tiba-tiba terasa teringin sangat nak makan karipap. Ingatkan nak buat karipap inti daging tapi masa tu malas nak tunggu daging lembut sebab daging dalam peti ais beku. Paling mudah dan cepat adalah sardin. Maka jadilah karipap sardin.
Puding Kukus Buah Peach
Jumpa resepi puding kukus dekat hazila.blogspot. Nampak macam menarik. Telek punya telek resepi, semua ada dan cara nak buat pun macam senang je. Dah lama jumpa resepi ni tapi tak buat-buat. Masa cuti tu tiba-tiba teringat balik pasal puding kukus ni, apa lagi terus cuba buat. Resepi asal guna buah laici, tapi sebab kat Ukraine ni susah nak jumpa laici, saya tukar dengan peach.
First time buat, puding ni jadi dengan cantik dan rasanya boleh tahan la. Layan juga. Selalunya kalau saya ambil resepi dari internet ni, jarang menjadi pada cubaan kali pertama. Tapi puding ni menjadi pada kali pertama percubaan. Yes!!!
Mantee
Ini adalah makanan orang tatar. Kalau dekat restoran, boleh tahan mahal juga harganya. Diluarnya tepung dan didalamnya daging cincang. Sedap dimakan dengan 'smetana dan ajika'. Smetana tu susu masam yang pekat. Ajika tu campuran tomato dan cili besar yang dihancurkan.
Menurut apa yang orang tatar ceritakan, selalunya mantee ni dihidangkan khas buat tetamu yang pertama kali datang ziarah ke rumah mereka.
2 comments:
peh! makanan je!
nnt balik bulan 7 tahun depan, bleh le ain masak and anto makanan kepada kami ek? ek?
hehhehe
tp kan along, bila blk msia, tanpa disedari 'malas' menguasai diri...kat msia xpernah nak masak2 camni along...sbb kedai jual makanan berlambak...beli lg cepat...buruk btul perangai kan???kat sini nak xnak kena buat juga...sbb xde org jual...hukhukhuk
Post a Comment