Lama dah nak buat entry pasal telekung. Tapi asyik tak sempat je. Telekung sangat la terkenal dikalangan wanita-wanita Islam especially di Malaysia. Sebut je solat, mesti kena ada telekung. Itu bagi orang Malaysia. Sebenarnya takde telekung pun boleh solat asalkan menutup aurat. Bila saya belajar di Ukraine ni, telekung bukan lah satu pakaian yang wajib ada bila nak solat.
Zaman sekarang ni macam-macam jenis telekung la. Bersulam, berlapis, berkait, beretali, bergetah dan macam-macam lagi la. Kalau dulu telekung 99% warna putih, cuma bunga-bunga telekung je yang ada macam-macam warna. Tapi zaman sekarang, sebut je nak telekung warna apa, semuanya ada. Kadang-kadang jadi pening pula tengok telekung yang berwarna ni. Tak tahu la kenapa.
macam-macam warna telekung zaman sekarang ni
Kali ni saya nak mengulas mengenai kebersihan telekung. Pernah tak tengok telekung penuh dengan 'tahi lalat'? Rasanya semua orang pun pernah jumpa. Kalau bukan pada telekung sendiri, nampak kat telekung orang lain. Ye tak?
Telekung bertahi lalat ni sebenarnya disebabkan disidai berlipat atau memang dilipat dalam keadaan lembap atau basah. Maka untuk mengelakkannya, jangan lipat telekung yang lembap. Selalunya lembap tu disebabkan air wudu'. Sidai la telekung tu dalam keadaan lipatan yang nipis dan tidak bertindih-tindih. Ataupun sidai telekung tu dengan 'hanger'.
Kalau tahi lalat sikit-sikit tu boleh dimaafkan. Tapi ada yang tahi lalat kat telekung dah jadi macam bunga-bunga dan corak untuk telekung dia. Cuba bayangkan, ada tak orang nak pakai baju penuh dengan tahi lalat ke majlis-majlis atau keluar berjalan-jalan? Tentu semua pun jawab 'tak'. Sebab apa? Malu la kan nanti orang tengok. Tapi kenapa mengadap Allah kita tak malu? Adakah sebab kita tak nampak Allah? Tapi Allah tetap nampak kita. Kan lagi bagus kita menyembah Allah dengan pakaian yang cantik seperti mana kita nak berpakaian cantik ketika keluar rumah. Malah kena berganda-ganda cantik lagi ketika menghadap Maha Pencipta.
Siapa pernah solat di sebelah orang yang telekungnya ada 'perfume' tersendiri? Tak kisah la di mana sekali pun kita solat, saya rasa kebanyakan daripada kita pernah merasainya. Keadaan ni perit dan sangat perit, memeritkan hidung orang yang solat di sebelahnya. Agaknya apa sebab telekung mereka ni ada 'perfume' tersendiri? Kuat berpeluh? Jarang basuh telekung? Letak telekung bersepah-sepah? Kalau di masjid, mungkin sebab orang yang menggunakan telekung tu bermacam-macam, tapi kalau telekung persendirian pun ada 'perfume' juga, apa cerita?
Walau apa pun jawapannya, seharusnya kita alert la dengan keadaan ni. Pada saya, telekung yang ada 'perfume' sendiri ni lagi teruk dari telekung yang bertahi lalat. At least telekung yang bertahi lalat ni tak semuanya berbau (memang ada yang berbau juga), dia tak ganggu orang lain. Cuma pandangan tu kurang cantik. Tapi kalau orang yang telekungnya ber'perfume' ni, menyebabkan solat orang yang berhampiran terganggu. Tipu la kalau ada orang kata dia tak kisah solat sebelah orang yang telekungnya berbau 'hangit'.
Saya pernah solat sebelah orang yang telekungnya memang hangit la baunya. Sepanjang solat saya memang tak keruan dengan haruman 'perfume' tu. Tak tahu la nak cakap macam mana. Dia tak terbau ke yang telekung dia tu mengeluarkan 'perfume' tersendiri?
Kalau jenis yang badan kuat berpeluh, kerap-kerap la basuh telekung tu. Bagi mereka yang takde bau badan, tapi telekung berbau juga, memang jarang basuh telekung la tu jawabnya. Kalau sehari kita boleh tukar baju dua tiga kali, kenapa susah sangat nak basuh telekung? Paling tidak pun, sebulan sekali. Lagi kerap lagi bagus, seminggu sekali ke 2 minggu sekali ke. Zaman sekarang masing-masing dah ada mesin basuh rasanya. Kalau basuh dengan tangan pun apa salahnya. Bukannya sampai 10 kilogram pun telekung tu.
Sebab musabab ni juga la, kalau saya bermusafir, saya lebih senang bawa telekung sendiri. Biasanya telekung kat masjid memang ada 'perfume' tersendiri. Ada masjid yang jarang sekali nak basuh telekung-telekung wakaf tu. Tapi ada juga masjid yang selalu basuh telekung-telekung cuma si pengguna telekung pula tak pandai nak jaga. Lepas pakai, longgok je. Ataupun dia lipat juga, cuma macam saya katakan tadi la, lembap. Maka keluarlah haruman tersendiri dari telekung tu.
ni la situasi biasa di mana-mana masjid dan surau. tempat sidai ada, cuma yang menyidai tu macam takde tangan
kan cantik dan kemas disidai macam ni.
Saya ucapkan tahniah kepada beberapa masjid dan surau yang menyediakan hanger untuk menggantung telekung selepas digunakan. Paling tidak, bila disangkut pada hanger, kuranglah penghasilan tahi lalat dan 'perfume' tersendiri tu. Tapi kadang-kadang yang menggunakan pula tak reti bahasa. Hanger depan mata, tetap nak dilonggok juga. Ada beberapa masjid dan surau yang saya kunjungi menyediakan hanger. Salah satunya surau OT (operation theatre) Hospital Selayang. Telekung di'hanger'kan dan digantung pada tempat yang disediakan. Syabas saya ucapkan.
telekung disangkutkan pada hanger dan hanger digantung pada tempat yang disediakan.
2 comments:
awak pinjam gambar boleh? nanti saya credit kat awak.
cik/puan chempaka sari, bukan gambar saya pun...saya pun ambil dari yahoo/google je :)
Post a Comment