Berita sedih buat kami. Jumaat baru ni, Sakeenah bagi tau kami yang Ustaz 'Ala dekat ICU di 6th hospital, Simferopol. Terkejut mendengar berita tu. Menurut berita yang kami terima, sampai ke saat ini, dia dh melalui 4-5 kali operation. Asalnya dulu sebab intestinal obstruction.

Ustaz 'Ala (panggilan kami kepada Sheikh 'Alauddin) berasal dari Palestin. Dia sekarang tengah buat postgraduate, master dalam cardiology (pakar jantung).


Ustaz 'Alauddin berbaju coklat cair

Ustaz 'Ala ni seorang hafiz Quran. Suara dia baca Quran, subhanallah memang sedap. Pernah sekali saya solat berimamkan dia, sampai terlupa nak baca Fatihah. Kalau tengok muka dia, memang sejuk hati, sangat la suci bersih mukanya. Akhlaknya tak payah cakap, sangat baik dan sentiasa berlembut dalam apa keadaan sekali pun. Siapa pun yang pernah kenal dia, mesti akan rasa senang berkawan atau berguru dengan dia.

Kami kenal dia sejak mula-mula menjejakkan kaki di Ukraine ni. Dia ni senang cerita macam guru agama kami kat sini la. Duduk di negara kafir tak semestinya tak boleh nak menuntut ilmu agama. Islam ada di mana-mana, cuma nak dengan taknak je.

Kami belajar macam-macam dengan dia. Dari menghafal Quran, Feqah, Akhlak, Sirah dan banyak lagi la. Waktu tu dia masih lagi student macam kami. Tapi dia tak kisah luangkan hujung minggu dia ajar kami ilmu Allah. Ustaz 'Ala juga pernah jadi penyampai kuliyyah maghrib kami setiap Jumaat. Terlalu banyak ilmunya yang dia kongsikan dengan kami semua yang cetek ilmu ni.

Tahun lepas dengar cerita yang dia buat operation, intestinal obstruction. Lepas pada tu tak dengar pula cerita yang dia menjalani operation lagi.

Apa yang menyedihkan, khabar yang kami terima mengatakan prognosis unfavourable. Lebih kurang macam takde harapan dah. Walau macam mana pun, kami tetap mendoakan Ustaz 'Ala akan sihat seperti sedia kala. Doktor kata unfavourable, tapi Allah lebih tahu.

"Ya Allah, Kau sembuhkan Ustaz 'Ala. Kurniakan kembali kesihatannya. Agar dia dapat teus berbakti kepada agama Mu yang mulia ini."

0 comments: