Pagi ini seperti biasa, kami ke kelas di 7th hospital. Masa dalam kelas tu tiba-tiba Sakeenah bersuara "ada berita tergempar ni...Ustaz 'Ala meninggal". Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Walaupun itu yang memang dijangkakan, tetapi tak salah rasanya kami mengharap sesuatu yang diluar jangkaan. Tapi Allah Maha Tahu, Allah lebih sayangkan dia. Kami redha dengan ketentuan Ilahi.

Dia guru kami, dia pembimbing kami, dia juga sahabat kami. Dia sentiasa dengan senyuman. Senyuman yang menenagkan jiwa mereka yang melihatnya.

Tenang lah engkau disana. Kami akan sentiasa mendoakan mu. Namamu kan terpahat di hati kami hingga ke akhir hayat kami. Akan kami sedaya upaya meneruskan perjuangan mu.

Semoga engkau bersama-sama golongan mereka yang Allah janjikan syurga di akhirat kelak.Ameen....

Bagi mereka yang telah bekerja, boleh gunakan langkah-langkah ini untuk memperbaiki kewangan. Bagi yang belum bekerja, langkah-langkah ini insyaallah dapat membantu dalam kewangan anda di masa akan datang.





PENDAPATAN (Income);
Sumber kewangan adalah PENDAPATAN. Sumber PENDAPATAN adalah daripada pekerjaan seharian kita. Daripada kerja kita itu, barulah kita memperoleh gaji atau PENDAPATAN. Hanya orang yang mempunyai PENDAPATAN perlu untuk menguruskan wang mereka. Jika seseorang itu tidak ada PENDAPATAN, bagaimanakah dia ingin mengurus kewangan?

SIMPANAN (Saving);
Ia menjadi teras kepada pengurusan kewangan. Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan SIMPANANnya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain. SIMPANAN menjadi faktor utama untuk peringkat-peringkat pengurusan kewangan seterusnya.

PERBELANJAAN (Expenses);
Ia merujuk kepada perbelanjaan harian seperti rumah, makan, minum, kenderaan, dan sebagainya. Selalunya ia menjadi perkara utama selepas setiap orang menerima gaji, iaitu;
PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN

Tetapi, yang sepatutnya ialah;
PENDAPAAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN

Seharusnya kita perlu MENYIMPAN terlebih dahulu sebelum BERBELANJA.

PERLINDUNGAN (Protection);
Dalam kita bekerja untuk memperoleh PENDAPATAN, dan membuat SIMPANAN, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi PERLINDUNGAN, iaitu untuk memberi perlindungan kepada PENDAPATAN dan SIMPANAN kita apabila berlaku musibah. Dengan adanya PERLINDUNGAN, kita dapat mengekalkan kedua-dua PENDAPATAN dan SIMPANAN. Instrumennya ialah takaful dan insurans.

PELABURAN (Investment);
Inflasi akan menurunkan nilai SIMPANAN kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat PELABURAN sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi. Lebih jauh lagi, fungsi PELABURAN adalah untuk meningkatkan PENDAPATAN dan SIMPANAN. Apabila bercakap tentang PELABURAN, ia akan berkait rapat dengan risiko.

PENYUCIAN (Purification);
Dalam mencari harta dan wang, Islam mewajibkan zakat untuk memastikan setiap wang dan harta yang kita miliki bersih dan suci. Ada sebahagian harta yang kita cari adalah hak dan milik orang lain yang kurang berkemampuan. Jadi, di sinilah fungsi PENYUCIAN bagi membersihkan harta benda kita. Malah, di dalam undang-undang negara pun ada mewajibkan cukai ke atas rakyat jelata. Selain itu, sedekah dan amal jariah juga di bawah langkah PENYUCIAN.

PEMBAHAGIAN (Distribution);
Harta benda yang kita cari dan simpan, tidak akan dibawa ke kubur. Selepas kematian kita, ia menjadi milik orang lain pula. Jadi di sinilah fungsi wasiat, dan faraid untuk memastikan PEMBAHAGIAN harta kita berjalan lancar. Ia kadang-kadang dilupakan oleh kebanyakan orang kerana menganggap faraid sudah ada. Ya, betul faraid itu hak, tetapi perlu ada elemen penyediaan wasiat supaya proses PEMBAHAGIAN mengikut faraid berjalan lancar.



Sumber: http://afyan.com/ver1/?p=1121
Lama dah nak buat entry pasal telekung. Tapi asyik tak sempat je. Telekung sangat la terkenal dikalangan wanita-wanita Islam especially di Malaysia. Sebut je solat, mesti kena ada telekung. Itu bagi orang Malaysia. Sebenarnya takde telekung pun boleh solat asalkan menutup aurat. Bila saya belajar di Ukraine ni, telekung bukan lah satu pakaian yang wajib ada bila nak solat.


Zaman sekarang ni macam-macam jenis telekung la. Bersulam, berlapis, berkait, beretali, bergetah dan macam-macam lagi la. Kalau dulu telekung 99% warna putih, cuma bunga-bunga telekung je yang ada macam-macam warna. Tapi zaman sekarang, sebut je nak telekung warna apa, semuanya ada. Kadang-kadang jadi pening pula tengok telekung yang berwarna ni. Tak tahu la kenapa.


macam-macam warna telekung zaman sekarang ni

Kali ni saya nak mengulas mengenai kebersihan telekung. Pernah tak tengok telekung penuh dengan 'tahi lalat'? Rasanya semua orang pun pernah jumpa. Kalau bukan pada telekung sendiri, nampak kat telekung orang lain. Ye tak?

Telekung bertahi lalat ni sebenarnya disebabkan disidai berlipat atau memang dilipat dalam keadaan lembap atau basah. Maka untuk mengelakkannya, jangan lipat telekung yang lembap. Selalunya lembap tu disebabkan air wudu'. Sidai la telekung tu dalam keadaan lipatan yang nipis dan tidak bertindih-tindih. Ataupun sidai telekung tu dengan 'hanger'.

Kalau tahi lalat sikit-sikit tu boleh dimaafkan. Tapi ada yang tahi lalat kat telekung dah jadi macam bunga-bunga dan corak untuk telekung dia. Cuba bayangkan, ada tak orang nak pakai baju penuh dengan tahi lalat ke majlis-majlis atau keluar berjalan-jalan? Tentu semua pun jawab 'tak'. Sebab apa? Malu la kan nanti orang tengok. Tapi kenapa mengadap Allah kita tak malu? Adakah sebab kita tak nampak Allah? Tapi Allah tetap nampak kita. Kan lagi bagus kita menyembah Allah dengan pakaian yang cantik seperti mana kita nak berpakaian cantik ketika keluar rumah. Malah kena berganda-ganda cantik lagi ketika menghadap Maha Pencipta.



Siapa pernah solat di sebelah orang yang telekungnya ada 'perfume' tersendiri? Tak kisah la di mana sekali pun kita solat, saya rasa kebanyakan daripada kita pernah merasainya. Keadaan ni perit dan sangat perit, memeritkan hidung orang yang solat di sebelahnya. Agaknya apa sebab telekung mereka ni ada 'perfume' tersendiri? Kuat berpeluh? Jarang basuh telekung? Letak telekung bersepah-sepah? Kalau di masjid, mungkin sebab orang yang menggunakan telekung tu bermacam-macam, tapi kalau telekung persendirian pun ada 'perfume' juga, apa cerita?

Walau apa pun jawapannya, seharusnya kita alert la dengan keadaan ni. Pada saya, telekung yang ada 'perfume' sendiri ni lagi teruk dari telekung yang bertahi lalat. At least telekung yang bertahi lalat ni tak semuanya berbau (memang ada yang berbau juga), dia tak ganggu orang lain. Cuma pandangan tu kurang cantik. Tapi kalau orang yang telekungnya ber'perfume' ni, menyebabkan solat orang yang berhampiran terganggu. Tipu la kalau ada orang kata dia tak kisah solat sebelah orang yang telekungnya berbau 'hangit'.

Saya pernah solat sebelah orang yang telekungnya memang hangit la baunya. Sepanjang solat saya memang tak keruan dengan haruman 'perfume' tu. Tak tahu la nak cakap macam mana. Dia tak terbau ke yang telekung dia tu mengeluarkan 'perfume' tersendiri?



Kalau jenis yang badan kuat berpeluh, kerap-kerap la basuh telekung tu. Bagi mereka yang takde bau badan, tapi telekung berbau juga, memang jarang basuh telekung la tu jawabnya. Kalau sehari kita boleh tukar baju dua tiga kali, kenapa susah sangat nak basuh telekung? Paling tidak pun, sebulan sekali. Lagi kerap lagi bagus, seminggu sekali ke 2 minggu sekali ke. Zaman sekarang masing-masing dah ada mesin basuh rasanya. Kalau basuh dengan tangan pun apa salahnya. Bukannya sampai 10 kilogram pun telekung tu.

Sebab musabab ni juga la, kalau saya bermusafir, saya lebih senang bawa telekung sendiri. Biasanya telekung kat masjid memang ada 'perfume' tersendiri. Ada masjid yang jarang sekali nak basuh telekung-telekung wakaf tu. Tapi ada juga masjid yang selalu basuh telekung-telekung cuma si pengguna telekung pula tak pandai nak jaga. Lepas pakai, longgok je. Ataupun dia lipat juga, cuma macam saya katakan tadi la, lembap. Maka keluarlah haruman tersendiri dari telekung tu.


ni la situasi biasa di mana-mana masjid dan surau. tempat sidai ada, cuma yang menyidai tu macam takde tangan


kan cantik dan kemas disidai macam ni.

Saya ucapkan tahniah kepada beberapa masjid dan surau yang menyediakan hanger untuk menggantung telekung selepas digunakan. Paling tidak, bila disangkut pada hanger, kuranglah penghasilan tahi lalat dan 'perfume' tersendiri tu. Tapi kadang-kadang yang menggunakan pula tak reti bahasa. Hanger depan mata, tetap nak dilonggok juga. Ada beberapa masjid dan surau yang saya kunjungi menyediakan hanger. Salah satunya surau OT (operation theatre) Hospital Selayang. Telekung di'hanger'kan dan digantung pada tempat yang disediakan. Syabas saya ucapkan.


telekung disangkutkan pada hanger dan hanger digantung pada tempat yang disediakan.
November yang lalu, 3 minggu kami cuti, outbreak H1N1 di Ukraine. Ada yang keluar pergi trip. Ada yang balik Malaysia. Paling tak seronok adalah orang yang tak kemana-mana. Duduk di asrama bertemankan bantal, tilam dan laptop. Faham-faham sendiri la ye. Heheheh....

Bila cuti lama sangat tanpa aktiviti, terasa kosong hidup. Masa tu baru terasa betapa seronoknya 'sekolah' (bukan sekolah rendah atau menengah, maksudnya ada class). Nak buat aktiviti pun, siapa yang nak datang, tinggal berapa sangat orang kat asrama.

Bila dah boring-boring, maka ada saja la idea yang terlintas di kotak fikiran ni. Masa tu teringin nak mencuba masak itu dan ini. Hasilnya........

Karipap Sardin
First time buat karipap seorang diri tanpa bantuan orang lain. Seronok bila karipap menjadi dengan elok. Selalunya kalau buat karipap mesti berteman especially Awin la, sebab dia sangat terror bab membuat karipap ni.

 

 

Kenapa karipap sardin? Sebab masa tu tiba-tiba terasa teringin sangat nak makan karipap. Ingatkan nak buat karipap inti daging tapi masa tu malas nak tunggu daging lembut sebab daging dalam peti ais beku. Paling mudah dan cepat adalah sardin. Maka jadilah karipap sardin.

Puding Kukus Buah Peach
Jumpa resepi puding kukus dekat hazila.blogspot. Nampak macam menarik. Telek punya telek resepi, semua ada dan cara nak buat pun macam senang je. Dah lama jumpa resepi ni tapi tak buat-buat. Masa cuti tu tiba-tiba teringat balik pasal puding kukus ni, apa lagi terus cuba buat. Resepi asal guna buah laici, tapi sebab kat Ukraine ni susah nak jumpa laici, saya tukar dengan peach.



First time buat, puding ni jadi dengan cantik dan rasanya boleh tahan la. Layan juga. Selalunya kalau saya ambil resepi dari internet ni, jarang menjadi pada cubaan kali pertama. Tapi puding ni menjadi pada kali pertama percubaan. Yes!!!

Mantee
Ini adalah makanan orang tatar. Kalau dekat restoran, boleh tahan mahal juga harganya. Diluarnya tepung dan didalamnya daging cincang. Sedap dimakan dengan 'smetana dan ajika'. Smetana tu susu masam yang pekat. Ajika tu campuran tomato dan cili besar yang dihancurkan.




Menurut apa yang orang tatar ceritakan, selalunya mantee ni dihidangkan khas buat tetamu yang pertama kali datang ziarah ke rumah mereka.
Subhanallah subhanallah subhanallah...

Wahai penduduk bumi milik Allah sekalian, tidak cukupkah bukti-bukti yang Allah tunjukkan. Tiada kata yang mampu dilafazkan. Terlalu banyak bukti bahawasanya Islam itu memang agama yang benar. Islam is the way of life.



TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH
Setelah 3 minggu, akhirnya habis juga cycle surgery di Semashka Hospital. Orang lain semua berebut-rebut nak jadi surgeon, tapi bukan saya. Sejak pertama kali menjejak ke department surgery, memang tak jatuh hati langsung dengan surgery. Entah la, kenapa ye?



ni tenga baca buku ke mengelamun?



dekat ward surgery, tengah tunggu patient. Yang baju merah tu kenapa tak pakai 'syapka'?

Suka tak suka, minat tak minat, kena juga belajar. Nak tak nak, ia tetap salah satu department yang perlu untuk diri ini dihadirkan ketika HO (housemanship) nanti. Chayok Norain!!! Semoga Allah permudahkan urusan insan kerdil ini.



 Mempraktikkan cara mengikat knot dalam surgery. Zhenshena method



Zanaledze method

Apa pun thank you to Dr. Tatyana Lunina as our tutor. Sorry for everything ma'am. Selalu tak sependapat dengan dia dan selamba je buat joke dengan dia. Harap dia tak ambil hati, "Kami sekadar menghidupan suasana je ma'am". "You are the driver or I am the driver?", soalan biasa Lunina bila kami cuba memberi cadangan dikala tak setuju dengan arahan dia sepanjang cycle kami. Dia baik tak garang, tapi susah nak dibawa berbincang.



kami nak ambil gambar Dr Lunina tapi dia tak bagi sebab dia kata muka dia tak cantik buat masa ni. Nanti kalau muka dia dah ok, baru boleh ambil gambar dengan dia. Alahai jerawat sebiji dua tu kan penyeri muka ma'am.

Di akhir class kami membuatkan dia berjujuran airmata kesedihan. Sebab apa? Sebab soalan kami la. Soalan apa? Kami tanya pasal abang dia Mr. Lunin (surgeon) yang tak berapa sihat. Sekadar bertanya khabar ex-tutor kami tu. Tapi tak sangka la pula sehingga dia kesedihan sedemikian rupa. Mungkin dia sedih tengok keadaan abang dia yang dulu sihat, dapat bekerja dengan baik, tapi kini tidak seperti dahulu. Semoga Mr. Lunin cepat sembuh dari kesakitan yang dialami dan dapat berkongsi ilmu-ilmunya itu dengan kami yang kecetekan ilmu.

Thank you juga pada Mr. Izosimov yang mengajar kami ketika Dr. Lunina takde dan sudi pinjamkan class dia pada kami.
Semalam ada sessi fotografi untuk majalah 'synapse' 09/10. Bukan main la masing-masing berpakaian cantik-cantik. Actually class kami nak pakai baju 2 orang sama warna (means 1 warna yang sama, 2 orang pakai). Tapi disebabkan ada perkara yang kami tak tahu apa akan jadi masa sessi fotografi tu, jadi cancel.

Last nya kami pakat pakai warna biru je. Pasangan yang dah kahwin pula kata nak pakai warna hijau.

Sekali sampai tempat fotografi, bercampur-campur pula warna. Biru, biru keunguan, biru kehijauan, hijau. Hahaha. Tak kisah la apa pun, dah sudah pun. Tunggu je la majalah siap nanti. Harap-harap gambar ok.




dari sisi tepi. gambar sebenar tunggu je la majalah keluar nanti. ada je simpan gambar dari depan, tapi saja tak nak tunjuk.

Paling tak tahan, saya dah macam budak-budak pula rasanya. Penat Vicky suruh saya senyum. Thanks Vicky. Hmmm  susahnya la si Norain ni nak senyum. Rasanya dah macam senyum tapi tak cukup lebar kot. Hehehe.
Artikel ini saya terima melalui email saya. Tapi saya dah pendekkan. Artikel asal agak panjang dan diterjemah dalam bahasa Indonesia. Setakat mana kebenarannya, Allahu a'lam. Tapi tak salah rasanya kalau kita cuba sebagai ikhtiar.

Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh sel kanser yang ajaib, 10 000 kali lebih kuat dari kemoterapi. Tetapi kenapa kita semua tidak tahu?

Pohonnya rendah. Di Brazil dikenali "Graviola", di Sepanyol dikenali "Guanabana", bahasa Inggerisnya "soursop" dan bahasa Melayunya "durian belanda".



Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isinya berwarna putih, rasanya masam-masam manis. Cara memakannya dengan membuka kulitnya, hanya isinya sahaja yang dimakan.



Buah ini berfungsi sebagai anti-tumor / anti-kanser yang sangat kuat dan telah terbukti secara perubatan, buah ini dapat menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, ia juga berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-fungi, dapat melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kadar depressi, menurunkan kadar stress dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Orang-orang Amerika percaya bahawa Health Sciences Institute adalah institut yang membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang mereka perolehi adalah "Jauh di pedalaman hutan Amazon, tumbuh sejenis pohon ajaib yang dapat mengubah cara berfikir kita, doktor dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Berdasarkan kajian yang mereka lakukan, pohon ajaib dan buahnya ini dapat :
  • Menyerang sel kanser dengan efektif tanpa rasa mual, penurunan berat badan dan keguguran rambut seperti yang berlaku kepada mereka yang menjalankan kemoterapi
  • Melindungi sistem immune (pertahanan) tubuh dan mencegah daripada jangkitan-jangkitan yang merbahaya
  • Pesakit akan merasa lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan dan penyembuhan
  • Peningkatan tenaga dan penampilan luaran yang semakin baik
Sumber berita ini diterima dari syarikat ubat terbesar di Amerika. Buah Graviola ini telah diuji di lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an. Hasil ujian tersebut, ekstrak buah ini adalah :
  • Memilih target dan membunuh sel jahat secara efektif dari 12 jenis kanser yang berbeza diantaranya kanser usus besar, payudara, prostat, paru-paru dan pankreas.
  • Kekuatannya 10 000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan kemoterapi yang biasa digunakan
  • Tidak seperti kemoterapi, ekstrak buah ini hanya membunuh sel-sel jahat dan tidak membahayakan atau membunuh sel-sel sihat
Tetapi kenapa kita tidak tahu?
Semuanya berkaitan dengan ekonomi, keuntungan dan banyak lagi. Jawapan yang mereka beri mudah, "kesihatan dan kehidupan kita semuanya dikendalikan oleh orang yang memiliki kekayaan dan kekuasaan".

Akan tetapi seorang ilmuwan dari kumpulan pengkaji tidak mahu melakukan kekejaman terhadap manusia. Dia mengorbankan kariernya, lalu menghubungi pengusaha yang mampu mengumpul bahan-bahan dari hutan Amazaon untuk pembuatan ubat. Health Sciences Institute telah melakukan kajian tersebut. Terbukti Graviola sebgai pohon pembunuh kanser yang efektif.

The National Cancer Institute telah melakukan kajian yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun, dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Tetapi hasil kajian tidak dipublisitikan.



The Journal of Natural Products menyatakan kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan menyebut salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10 000 kali lebih kuat berbanding Adriamycin dan kemoterapi.

Kajian di Purdue University membuktikan bahawa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara efektif terutama sel kanser prostat, pankreas dan paru-paru.

Cerita lengkap mengenai Graviola boleh didapati dalam Beyond Chemotherapy : New Cancer Killers, Safe as Mother's milk, sebagai free special bonus terbitan Health Sciences Institute.
Artikel dari usrahwave.com

Persandingan mungkin suatu yang biasa kita dengar dan lihat. Namun, sedarkah kita tentang apa pandangan syarak terhadapnya? Mungkin ramai yang bersetuju pada teorinya...tetapi bila ketika praktikalnya, ramai yang kecundang..termasuklah Ustaz dan Ustazah (yang mengaji agama). Bila ditanya persoalan tu oleh seorang sahabat, saya rasa seperti diketuk kepala..tersedar banyaknya hukum kita ambil mudah..setiap perbuatn kita tidak teliti soal hukum..apabila diselidiki, artikel ini mungkin dapat membantu dan membuka perbincangan..mudah-mudahan kita tidak terjebak ke landasan ciptaan syaitan yang inginkan menyesatkan manusia... 


gambar sekadar hiasan


1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.


2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".
Mari kita bersama-sama membaca doa akhir tahun pada 30 Zulhijjah 1430H (17 Disember 2009) di akhir waktu asar dan doa awal tahun pada 1 Muharram 1431H (17 Disember 2009) selepas masuk waktu maghrib

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
Doa Akhir Tahun:



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.




Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian
Semakin bertambah bebanan, semakin kurang pula keupayaan
Hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan
Penuh ketenangan menempuh ujian
Tuluslah dengan Tuhan, teluslah sesama insan
Berhijrah lah kita ke daerah yang penuh kebaikan

SALAM MAAL HIJRAH 1431
Don’t smoke: Smoking is harmful in general but especially after meals it becomes more harmful. Tobaccos leaves contain high content of acid which results into slower digestion because it converts protein of our food into complex and harder nutrition elements.




Don’t eat fruits immediately: It’s advised that fruits should be taken at least after one hour of meal or one hour before the meal. Eating fruits may cause stomach to be bloated with air which has impact on digestion.





Don’t drink tea: Tea leaves have similar impact as tobaccos leaves because they also contain acids which is harmful if consumed immediately after meals because it will make proteins harder to digest.





Don’t loosen your bets: When we eat and feel stomach tight, generally we loosen or belt for getting comfortable but it may harm intestine by allowing it to be twisted and coiled.





Don’t bath: While taking bathe after meals blood circulation will be increased in hands, legs and every where except stomach; decreased blood circulation around stomach will weaken the digestion process.





Don’t drink water: Don’t drink water at least half an hour before and after meals. Drinking water makes breaking of nutrition elements harder.





Don’t walk: Avoid walking immediately after meal because it restricts absorption of nutrition from food. Go for a walk after one hour of taking meal.





Don’t sleep immediately: Go to bed at least after 2 hours of taking meal in order to avoid gastric disorder and stomach infections.





Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.