Semenjak dua menjak ni banyak menerima kehadiran orang baru. Beberapa bulan yg lalu, Muhammad Umar Al-Fateh lahir ke dunia ini. Bulan lepas pula, Muhammad Haziq mula melihat dunia.
Minggu lepas kami di Ukraine ni telah menerima seorang lagi orang baru di dunia ini. Tahniah kepada pasangan Balqis dan Amirul Firdaus di atas kelahiran anak sulung mereka pada 28 March 2010 pukul 9:33 pm di Maternity Home 7th Hospital. Bayi lelaki seberat 2.9kg bernafas buat pertama kalinya di muka bumi ini.
Lain situasinya. Balqis melahirkan bayi tanpa suami di sisi. Suaminya masih di Malaysia ketika itu. Mengikut jadual, suaminya akan sampai pada minggu hadapan. Tapi takdir Allah siapa tahu. Bayi itu terlebih dahulu melihat dunia ini sebelum kehadiran si ayah. Walau apa pun alhamdulillah semuanya telah selamat.
Si kecil diberi nama Ariq Fauzan. Kata kawan-kawan di sini, mirip benar muka si Balqis. Tak kisah la mirip siapa, yang pasti Ariq adalah anak kepada ibu dan ayahnya.
Ariq Fauzan selepas dilahirkan (sumber gambar dari facebook munirah mustapha)
Sehari selepas dilahirkan (ketika kami melawat Ariq dan ibunya)
Semoga Ariq Fauzan menjadi seorang anak yang soleh. Yang akan mendoakan kesejahteraan untuk kedua ibu bapanya dan seluruh umat Islam di dunia ini. Kehadiranmu Ariq ke dunia ini sebagai khalifah. Mudah-mudahan kau akan memikul tanggungjawab yang telah Allah tetapkan, insyaallah.
0 comments:
Post a Comment