9 Februari 2010 bersamaan 25 Safar 1431H yang lalu kami telah menerima kehadiran orang baru ke bumi Ukraine ini. Kedatangannya ke Ukraine ini tanpa invitation letter, tanpa visa, tanpa passport dan tanpa segala-galanya. Hebat kan? Kerana dia dihantar oleh Penciptanya yang Maha Hebat, Allah s.w.t.

Dia lah Muhammad Umar Al-Fateh. Tahniah sebesar-besar tahniah buat pasangan Hakimi dan Farhana dengan kehadiran cahaya mata penyejuk kalbu. Hari ini Muhammad Umar Al-Fateh berusia 6 hari. Beberapa jam yang lalu si kecil diberi nama dan ditahnikkan di masjid 5th hostel CSMU oleh Sheikh 'Ala Al-Gharbawi. Esok pula insyaallah akan diaqiqahkan.

Muhammad Umar Al-Fateh.
Sucinya wajahmu tanpa dosa

Kata umi dan abah Muhammad Umar Al-Fateh :
"Ya Allah,sesungguhnya kami memberi nama anak ini dengan nama MUHAMMAD UMAR ALFATEH..maka jadikanlah dia untuk kami seorang hamba Allah yg taat, dengan hak orang yg mpunyai nama yg mulia ini yakni Nabi Muhammad..dan semoga Allah jadikan anak ini seorang mujahid seperti Muhammad Al-Fateh dan Umar Al-Khattab"

Begitu besar harapan umi dan abah mu sayang. Mudah-mudahan kau jadi anak yang soleh. Moga menjadi seorang penegak dan pejuang agama Islam yang syumul. Membesarlah kau dengan sihat dan penuh ilmu di dada.

Umi Muhammad Umar Al-Fateh (kiri sekali), Muhammad Umar Al-Fateh dan aunties 638 yang excited first time jumpa kamu sayang

0 comments: