Hari ni hari yang agak rileks untuk saya. Sebab mula-mula ingatkan ada class, tapi disebabkan ada masalah, class burn.

Hari ni saya nak kongsi 2 gambar berkaitan tubuh badan kita. Rasanya semua orang tahu yang salah satu sistem dalam tubuh badan kita adalah sistem saraf. Pusat utama sistem saraf kita adalah otak. Sistem saraf ni juga bercabang-cabang. Jadi tak pelik la kalau ada tempat-tempat pada badan kita yang berkait rapat dengan organ-organ dalam badan kita walaupun kedudukan jauh.

Contohnya tapak kaki. Pada tapak kaki sahaja ada banyak point yang berkaitan dengan organ dalam badan kita. Menurut buku teks acupressure, urutan di tapak kaki dapat melegakan rasa kurang selesa dan rasa sakit pada bahagian tertentu badan. Refleksologi pun selalu guna bahagian kaki.

                                                                 Tapak kaki kanan              Tapak kaki kiri

Begitu juga dengan tapak tangan.

 Tapak tangan kanan. Kalau tapak tangan kiri, tukarkan liver & gallbladder dengan jantung (heart)

Jadi kalau terasa sakit-sakit badan tu, boleh la urut-urut tapak kaki dan tapak tangan ikut kawasan yang ditetapkan. Insyaallah dengan kuasa Allah dapat mengurangkan ketidakselesaan itu. Kalau tak hilang terus pun, mungkin dapat kurangkan sikit-sikit.

Kalau tak faham, boleh tengok sini:

*brain - otak
*colon - usus besar
*ear - telinga
*eye - mata
*gallbladder - pundi hempedu
*intestine - usus kecil
*kidney - buah pinggang
*liver - hati
*lung - paru-paru
*ovary - kilang telur perempuan
*pancreas - pankreas
*penis - kemaluan lelaki
*pituitary gland - 
*prostate - kelenjar prostate
*shoulder - bahu
*sinus - bahagian dalam hidung
*stomach - perut
*testis - buah zakar
*thyroid & parathyroid -  kelenjar tiroid (pada leher)
*urinary bladder - pundi kencing
*uterus - rahim

4 comments:

Unknown said...

em...tul ke nih...good info lah

NORAIN said...

wallahua'lam...boleh cuba...tp semuanya atas kehendak Allah jua..

Umm 'Umar said...

kak ain, aizat minta izin copy and paste artikel ni dalam blog aizat ye. aizat kredit kan sumber dan ada olah-olah sikit. syukran.

NORAIN said...

copy la aizat...akak pun dapat dari email...ilmu berguna kita kongsi sama2 :)