Minggu lepas telah diadakan sambutan sisterhood gathering 2010 untuk muslimat CSMU. Sebagai tanda terima kasih, cik pengarah (Mastura) nak buat jamuan untuk AJK sambutan. Cik Mastura minta tolong saya buatkan kek. Saya pun setuju la sebab memang tengah teringin nak makan kek.

Tapi cream kek hari ni sedikit mengecewakan. Cream agak cair, jadi bunga-bunga decoration tak berapa nak terbentuk. Sedih. Nampaknya saya kena praktis lagi. Bukan cream je, tapi kek pun sama, tak berapa nak naik. Terpaksa buat kek kedua versi lain.

 Decoration yang kurang memuaskan.
Traditional vanilla sponge cake. Saya ambil resepi dari kak Ena Lovely Kitchen. Siapa nak resepi kek tu, sudi-sudi la bertandang ke blog kak Ena ye



 Herot-berot deco tu. Bunga kecil ada, bunga besar ada. Hmm entah la.
Kek butter resepi dari Samihah. Terima kasih ye Samihah.


Cream kek ni guna susu dan gula je, tak gunakan butter. Macam-macam versi la orang buat cream untuk kek. Saya lebih suka guna susu sebab kurang muak dan kurang lemak berbanding butter. Tapi kalau nak hasil yang lebih cantik, butter memang menjadi pilihan.
Berbalik kepada cerita makan-makan tadi. Makan-makan hari ni, cik Mastura yang masak. Dia masak nasi butter dan ayam masak madu. Sedap sungguh la. Terima kasih Mastura. Makan secara berjemaah dalam dulang, agar dapat merapatkan lagi silaturrahim antara kami semua, insyaallah.


 Makan dalam talam berjamaah. Nasi butter + ayam madu + ikan moiva + sayur ulaman.

AJK

AJK

AJK
Ini la sebahagian AJK sambutan sisterhood gathering 2010. Ada dua tiga orang yang tak dapat menghadirkan diri.

0 comments: