Insyallah ini adalah tahun terakhir kami di bumi Ukraine ni. Tinggal cume beberapa bulan saja lagi, kami akan meninggalkan bumi Ukraine ini. Setiap tahun kami mengadakan Sisterhood Gathering untuk pelajar-pelajar muslimat Malaysia di CSMU. Salah satu tujuannya adalah untuk meraikan mereka yang berada di tahun akhir. Tapi tujuan yang paling utama adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pelajar muslimat di CSMU ini. Semoga usaha kecil ini mendatangkan manfaat kepada kami semua.


Semalam 17 April 2010 telah diadakan sambutan Sisterhood Gathering 2010 dan ini merupakan sambutan terakhir buat kami semua. Sebab lepas ni dah tak ramai pelajar melayu, tinggal 1 batch je lagi. Seusai solat asar, kami bersiap sedia untuk ke majlis tersebut yang dijalankan di Restoran Aisyah. Bas yang disediakan menunggu kami di hadapan AC (arab cafe). 3 buah bas disediakan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit.

 Bersiap sedia untuk bertolak ke Restoran Aisyah

Beza sambutan sisterhood gathering pada tahun ini, kami menjemput muslimat yang bukan dari Malaysia. Kami menjemput orang-orang Islam tatar dan beberapa orang muslimat yang bukan pelajar Malaysia. Selalunya sambutan ni kami samada di hostel atau universiti sahaja. Tapi disebabkan tahun ni pelajar-pelajar semakin kurang, jadi kami buat sambutan di Restoran Aisyah.

 Baru sampai. Masih huru-hara

Sisterhood Gathering tahun ini bertemakan "Journey de la femma" dan warna hitam, putih dan ungu. Sambutan dianjurkan oleh ISIM, KUU, dan GAMTET. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Berbagai aktiviti dijalankan. Persembahan, games, slide show, muhasabah, solat maghrib berjamaah dan tentu sekali makan. Hehehe. Macam-macam makanan. Brownies, bubur jagung, donut, air lemon dan makanan utama adalah nasi ayam.

 Nametag untuk setiap pelajar

 Welcome brownies. Sampai je terus dapat brownies. Sedap sangat brownies ni.

 Bubur jagung dan donut sebagai makanan pembuka. Donut tak sempat nak snap. Gambar bubur ni pun ambil dari facebook Sofie Nur

 Islam tatar bersama pengarah sambutan.
Kiri : Professor Gafarova (berbaju merah) dan Khalile tizye
Kanan: Liniza (tudung ungu) dan Dr Fatime

 Zainab dari Nigeria (bertudung hitam) dan Solehah bertudung kelabu (Islam tatar)

 Gulsum dari Turki ( bertudung purple).
Islam tatar: Muziyen (bertudung merah - di belakang) bersama anaknya Abdurrahman, Meriem (bertudung hitam) dan Alime (betudung merah - di hadapan)

 Islam tatar, Sabina (bertudung putih) bersama anaknya Karina

 Aishe, Islam tatar

 Pengarah program kita, Cik Mastura sedang memberikan ucapan pembukaan

 Persembahan dari 5th year

 Persembahan 6th year

*Actually ada beberapa lagi persembahan yang saya tak masukkan gambarnya. Sebab saya rasa persembahan yang lain tu terlalu peribadi untuk dijadikan hebahan umum. Lain la kalau yang tengok semuanya perempuan.

 Majlis sedang berjalan

 Nasi ayam. Tu pun dia terselit donut, makanan ringan di awal majlis

Umar Al-Fateh pun datang juga. Penatnya dia sampai tertidur.
Kiri sekali tu adalah ketua chef kita, Cik Badriah. Sedap sungguh nasi ayam dia :)

Group usrah kami. Mana saya? Hmmm

Classmates saya. Puan Sakeenah mana?

Kek coklat yang sangat sedap.

6th year bersama tetamu

5th year bersama tetamu

Malam tu ada acara tukar-tukar hadiah. Hadiah saya, Fathihah jadi penerimanya. Maaf Fathihah kalau hadiah tu tak memenuhi citarasa. Saya pula terima hadiah dari Farah. Terima kasih Farah.

Farah bagi mug Greenwich. Jauh datangnya hadiah ni.


Tahniah diucapkan kepada pengarah majlis Cik Mastura dan semua AJK yang betungkus lumus menjayakan sambutan kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga kerana menjadikan malam sambutan amat bermakna untuk kami semua dan pasti kami akan merindui majlis seperti ini lagi. Mudah-mudahan ukhwah yang terjalin antara kita akan berkekalan hingga akhir hayat.Salah dan silap harap dimaafkan.

0 comments: