Pejam celik sudah 6 tahun saya berada di bumi Ukraine. Tempat saya menimba ilmu. Ukriane merupakan negara 4 musim. Kalau bercakap pasal negara 4 musim, pasti semua orang akan bertanya musim salji untuk soalan pertama. Musim salji adalah satu pengalaman yang indah tapi sejuk yang amat. Ggggrrrrr.
Tapi setelah saya merasai sendiri keempat-empat musim itu, saya lebih sukakan musim bunga berbanding musim-musim yang lain. Musim bunga tidak sesejuk musim salji, tak juga sepanas musim panas. Kuasa Allah mengubahnya. Apa lagi yang menarik pada musim bunga? Tentu sekali banyak bunga, tu sebab namanya musim bunga. Bunga di mana-mana. Pemandangan sangat cantik di musim ini. Walaupun ada tempat lain yang jauh lebih cantik dari tempat saya. Saya amat bersyukur Allah beri saya peluang merasai keempat-empat musim ni.
Pokok-pokok akan mengeluarkan bunga sebelum mengeluarkan daun. Tapi bukan semua pokok, ada juga yang terus keluar daun. Musim bunga pertama saya amat kagum dengan rumput-rumput, semuanya berbunga-bunga. Masyaallah indahnya cipataan Mu Ya Allah. Kepada yang tak pernah tengok, mari saya kongsikan gambar rumput berbunga tu.
Itu cuma rumput semak di tepi jalan. Kalau rumput yang dijaga, jauh lebih cantik. Tapi tahun ni saya rasa rumput-rumput tu kurang menghasilkan bunga. Kalau tahun-tahun sebelum ni lagi lebat bunga-bunganya. Nanti kalau ada masa saya kongsikan gambar-gambar lain. Gambar ni saya snap dalam perjalanan pulang dari class semalam.
2 comments:
Salam sis Ain
Subhanallah,maha suci Allah...
terima kasih atas perkongsian gambar bungaan ini.rumput di tepi jalan pun sudah sebegini indah...apatah lagi andai dijaga
salam sis...
kalau ada skill ambil gambar, tentu lebih cantik gambar ni..ni main ambil sesuka hati je gambar...
Post a Comment