Alhamdulillah, akhirnya HOW berakhir jua. Apa itu HOW? Houseman Officer Workshop, itu yang dimaksudkan dengan HOW. Workshop ini adalah untuk pelajar Malaysia yang sedang menuntut di CSMU (Crimea State Medical University). Oleh kerana kami tinggal beberapa batch sahaja lagi, jadi HOW ini dibuka kepada semua Malaysian yang sedang study di CSMU ni.

 Logo HOW

Boleh dikatakan setahun juga la proses workshop ni. Dari proses mencari orang, meng'group'kan hingga la ke presentation terakhir. HOW ni adalah workshop untuk 6 department yang bakal kami posting bila jadi HO (houseman officer) nanti. Obstetric & Gynaecology(O&G), Medical, Surgery, Paediatrics, Accident & Emergency(A&E) dan Orthopedics. Theme WORK & SHARE, TOGETHER WE LEARN


Terima kasih banyak kepada mereka yang memberi buah fikiran untuk mengadakan workshop ni. Ramai orang kuat disebalik workshop ni. 'Boss besar' untuk workshop ni; Cristopher Han Jiang Sheng, Ng Kean Seng dan Goh Kiam Seong. Ramai lagi yang terlibat. Thank you so much to all of you.

Banyak faktor menyebabkan workshop ni terpaksa dijalankan. Salah satunya adalah disebabkan sistem pembelajaran dan pekerjaan dalam bidang perubatan di Malaysia dan di Ukraine ada kelainan. Disebabkan kami akan bekerja di Malaysia, jadi kami kena tahu bagaimana cara di Malaysia. Tentu sekali banyak yang kami kena pelajari. Faktor lain mungkin kerana student CSMU selalu dipandang serong oleh sesetengah pihak. Tak semua orang tahu tentang cerita di sebalik CSMU ni.

Bagaimana proses workshop ni? Student yang berminat join workshop ni akan dibahagikan mengikut department yang mereka cenderung. Bila tiba summer (musim panas), kami akan bercuti selama 2 bulan. Sepanjang cuti summer tu kami kena buat 'elective posting' (practical) di hospital. Kebanyakan student memilih untuk melakukan di Malaysia. Jadi masa elective posting tu la kami akan cari maklumat. Semua berkaitan HO. Apa yang HO perlu lakukan, bagaimana melakukannya dan sebagainya. Maklumat diambil dari mana-mana panduan di Malaysia dan kakitangan hospital. Pulang semula ke Ukraine, segala maklumat dikumpulkan dan disusun. Dan akhir sekali pembentangan.

 First meeting, O&G group

Saya menyertai group O&G. Lim See Choo leader untuk O&G. Thank you very much See Choo, banyak saya belajar dari proses discussion O&G untuk presentations. Thank you juga pada rakan-rakan seangkatan dalam group O&G atas kerjasama. 

Thank you juga pada semua committe HOW dan semua department yang lain. Dan juga thank you kepada semua presenters sebab berjaya menyampaikan info yang diperlukan. Info-info yang dikongsikan sangat berguna dan sangat membantu. Mudah-mudahan info-info tu akan membantu dan memudahkan kita semua menjalani kehidupan sebagai seorang HO.

***Sedih dengan students yang tak mahu menyertai workshop ni, lebih-lebih lagi student malay (sebab saya rasa ramai juga malays yang tak turun). Tak kisah la kalau kamu semua memang arif selok belok sistem di Malaysia. Tapi ramai yang cuma berlagak pandai. Kalau tak nak menyertai discussion sekalipun, at least datang la mendengar presentations. Entah la, tak tau nak cakap apa untuk golongan-golongan ni. Macam mana la orang Melayu nak maju dan yang penting orang Islam.

0 comments: