Hari ni entry saya cuma nak cerita pasal makanan yang saya makan semalam bersama dengan kawan-kawan saya. Semua makanan dibeli, bukan dimasak sendiri.

Semalam berpeluang keluar dengan classmate pergi pasar. Sebelum mencari barang-barang yang perlu dicari di pasar, kami singgah di tempat makan. Pagi tu masing-masing tak sempat sarapan, terus ke class. Dari class terus ke pasar, tu yang masing-masing kelaparan. Semalam saya pesan satu makanan yan gdiberi nama ZHARKOI.

ZHARKOI -dalam tu ada kentang goreng dan daging

Tak lama selepas saya sampai ke bilik, Syamimi dan Awin pun baru balik dari luar. Mereka ke restoran SUSHI. Rupa-rupanya mereka 'saboi'kan (saboi = bawa balik sesuatu) untuk saya. Saya sebenarnya tak pandai makan sushi. Sebab kebanyakan sushi isinya tak masak, saya tak boleh nak telan. Kecuali kalau isi sushi tu masak, saya boleh makan. Alahamdulillah sushi yang mereka 'saboi'kan tu masak isinya. Saya pun cuba la. Ye saya boleh makan sushi tu, alhamdulillah.

SUSHI - kalau tak silap makanan laut isi dalamnya tu. Merah tu adalah halia yang telah dipotong nipis

Jadi semalam memang tak masak dah. Pendek kata semalam makan makanan oversea (bukan makanan Malaysia...hehehe). Satu makanan Ukraine, satu lagi makanan Jepun.

2 comments:

Unknown said...

salam ain.
dua-duanya nampak menarik. kakchik suka kalau ain kongsikan jenis2 makanan halal yang ada kat ukraine tu, boleh tambah ilmu.
sushi tu, masa kak e(kawan blogger) dtg ke rumah tahun lepas dia da bawakan bahan2 untuk buat sushi, khas utk kakchik tapi sampai ke hari ni tak buat2 sebab org lain takmo cuba makan. nak makan sorang2 mana selera, hehe.

NORAIN said...

salam kakchik.
sekarang kat sini dah banyak restoran/cafe halal kakchik.
kalo dulu punya la susah nak cari restoran halal.
alhamdulillah orang turkey, orang arab dan orang tatar(orang islam ukraine) dah ramai yang buka kedai makan.
tapi masalahnya harga makanan siap memang mahal, jadi tak boleh la beli selalu, sekali sekala takpe la.

nanti kalau ada lagi makanan2 lain, ain kongsikan ye.