Alhamdulillah hari ni berakhir juga general assessment test tu. Lega rasanya. Tapi buat sementara waktu je la. Sebab lepas ni ada banyak lagi test yang menanti di hadapan.
Petang tadi buat kerja santai. Dah lama teringin nak cuba buat. Hari ni selepas habis test, terasa nak memanjakan diri. Bahan dah ada. Apa lagi mulakan la projek. Projek apa?
Projek membuat bunga ros menggunakan buttercream icing. Saya suka tengok kek yang dihias cantik. Teringin nak mencuba sendiri dengan tangan yang Allah pinjamkan ni. Sebenarnya takut nak cuba sebab takut tak jadi. Tapi kalau tak dicuba, macam mana nak tahu jadi ke tidak. Ok! Saya cuba juga akhirnya.
Percubaan demi percubaan. Acuan demi acuan.
Hasilnya, walaupun banyak kekurangan tapi kira ok la untuk kali pertama percubaan. Lepas ni kena cuba lagi. Perbaiki yang kurang. Chayok Ain! Hehehe
Taraaaaaaa. Ni hasilnya. Bengkang-bengkok, senget-benget. Tapi alhamdulillah ada rupa ros dan dedaunan. Hehehe. Kusam je warnanya. Sebab cuma nak mencuba, so buat satu warna je la. Belajar mengacu dulu.
Jangan tertipu. Takde kek pun kat bawah tu. itu cuma mangkuk yang dilapikkan dengan aluminium. Kira ok la daripada tak nak mencuba.
4 comments:
Dah jadi dah tu, nanti kalau dah siap buat dengan kek sekali, jangan lupa kirim kat k.Aini ya!:P
banyak lg yg perlu diperbaiki kak aini...ramai lg org yg lebih pandai...insyaallah kalo ade rezki, bleh je ain buatkn utk kak aini...heheh
kak aini jauh hebatdr sy, pandai masak mcam2...
wah.. nmpk sedap. ingtkan kek coklat sekali mangkuk daa.. hee
hahah...malas nak buat kek nya huda oi...tp nk juga try deco...mangkuk la jd mangsa...
Post a Comment