Hari ni entry saya cuma nak cerita pasal makanan yang saya makan semalam bersama dengan kawan-kawan saya. Semua makanan dibeli, bukan dimasak sendiri.

Semalam berpeluang keluar dengan classmate pergi pasar. Sebelum mencari barang-barang yang perlu dicari di pasar, kami singgah di tempat makan. Pagi tu masing-masing tak sempat sarapan, terus ke class. Dari class terus ke pasar, tu yang masing-masing kelaparan. Semalam saya pesan satu makanan yan gdiberi nama ZHARKOI.

ZHARKOI -dalam tu ada kentang goreng dan daging

Tak lama selepas saya sampai ke bilik, Syamimi dan Awin pun baru balik dari luar. Mereka ke restoran SUSHI. Rupa-rupanya mereka 'saboi'kan (saboi = bawa balik sesuatu) untuk saya. Saya sebenarnya tak pandai makan sushi. Sebab kebanyakan sushi isinya tak masak, saya tak boleh nak telan. Kecuali kalau isi sushi tu masak, saya boleh makan. Alahamdulillah sushi yang mereka 'saboi'kan tu masak isinya. Saya pun cuba la. Ye saya boleh makan sushi tu, alhamdulillah.

SUSHI - kalau tak silap makanan laut isi dalamnya tu. Merah tu adalah halia yang telah dipotong nipis

Jadi semalam memang tak masak dah. Pendek kata semalam makan makanan oversea (bukan makanan Malaysia...hehehe). Satu makanan Ukraine, satu lagi makanan Jepun.
Zaman sekarang masing-masing berkejar-kejar mencari pekerjaan yang terbaik. Persaingan semakin hari semakin bertambah. Tapi walau apa pun tujuan kita bekerja, pastikan tujuan utama adalah kerana ALLAH TAALA.

Sebagai bakal seorang doktor, banyak lagi yang perlu saya pelajari. Ilmu medical tu sudah tentu la banyak lagi yang perlu dipelajari. Tapi apa yang lebih perlu sebagai seorang doktor muslim adalah ilmu kerohanian. Bidang perubatan adalah salah satu medan dakwah yang cukup luas.

Seorang doktor muslim sepatutnya mempersiapkan diri dengan ilmu perubatan dan juga ilmu kerohanian yang mantap. Ini kerana doktor muslim tugasnya bukan setakat mengubati jasmani pesakit tapi merawat rohani pesakit juga.
 sumber : google

Sebagai seorang doktor muslim, bidang tugas kita jauh lebih luas berbanding orang lain. Peringatan ini untuk diri saya sendiri yang lemah dan serba kekurangan. Mudah-mudahan Allah berkati ilmu yang kita pelajari. Semoga kita semua menjadi seorang doktor yang hebat, bukan sahaja di mata pesakit kita, malah yang lebih penting adalah hebat di mata ALLAH. Insyaallah.

Kepada para doktor, bakal doktor dan sesiapa yang memasang cita-cita untuk menjadi doktor, saya kongsikan sedikit info ini untuk kita pelajari. Info yang dikongsikan oleh seorang saudara seislam saya.


Some simple steps to start Islamic Medical Teachings at Medical School
 
Paradigm Shift
 
Usually doctors were indoctrinated with a set of steps towards diagnosis. They tell you to:
    a. Patient ID
    b. History taking
    c. Physical Examination
    d. Investigation
    e. Diagnosis
    f.  Management
 
As Muslim doctors, lets shift it like this
    a. Taaruf
            -as Islam teaches, this should be a session to get in your patients heart.
    b. History Taking
    c. Ibadah History
    c. Physical Examination
    d. Investigation
    e. Diagnosis
    f.  Spiritual Diagnosis
   g.  Tazkirah
            -to a non-complient patient we tell them that treateing disease is part of   
             Iman
            -to a premarital pregnant mother, we tell them not to "dispose" the baby an 
             not to repeat their mistakes
            -etc
    h. Management
 
A Thousand Mile journey Starts With A Single Step....
Minggu lepas masa jalan-jalan ke blog kak Hana, nampak dia buat udang goreng oat goreng. Kak Hana kata dia buat untuk anak-anak dia. Tapi walaupun saya bukan bertitle kanak-kanak, tapi saya teringin sangat nak rasa, macam sedap je.


Hari ni saya buat juga akhirnya udang goreng oat tu. Boleh tahan sedap, layan jugak la. Masa makan tu terbayang wajah anak-anak saudara saya, mesti mereka pun sangat suka kalau dapat meratah udang goreng macam tu.


Kalau ada sesiapa yang nak tahu resepi udang goreng oat ni, sudilah berkunjung ke blog kak Hana. Saya bukan blogger masakan, saya cuma pencuba masakan. Hehehe. Jadi saya link kan saja ke blog yang sepatutnya. Terima kasih ye kak Hana sudi kongsikan resepi udang goreng oat tu.

Tapi tak boleh kot nak buat selalu sangat. Salah satu sebabnya, udang kat Ukraine ni sangat la mahal dan tak fresh. Seafood yang tak fresh boleh mem'provoke' allergic kepada mereka yang ada allergic seafood. Kalau di Malaysia lain cerita la. Antara sebab lain, agak berminyak. Maklum la digoreng kan.

Apa pun alhamdulillah hari ni Allah masih beri nyawa kepada saya, dapat saya merasa udang goreng oat tu. Sesungguhnya nikmat Mu tidak terkira banyaknya Ya Allah. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Kalah menang itu adat pertanidngan atau pemilihan. Yang menang jangan terlalu bermegah dengan kemenangan, banyak amanah yang perlu dipikul. Yang kalah jangan bersedih, teruskan usaha untuk masa hadapan. Pasti ada hikmah disebalik kemenangan atau kekalahan yang Allah berikan.

Cuma saya nak tegaskan. Kalau memilih pemimpin, pilihlah yang benar-benar jujur dan amanah. Jika kita salah memilih, pasti Allah akan persoalkan di akhirat kelak. Berfikirlah dengan akal fikiran yang waras. Jangan kita tersilap pilih buat selama-lamanya.

Kalah kita di mata manusia, belum tentu di mata Allah kita kalah. Menang kita di mata manusia, belum tentu di mata Allah kita menang. Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku.

Saya kongsikan beberapa hadith untuk kita amati. Kita semua adalah pemimpin tetapi dalam lapangan yang berbeza. Semoga Allah memandu kita ke arah jalan kebenaran Nya.

Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Dari Nabi saw. bahwa beliau bersabda: Ketahuilah! Masing-masing kamu adalah pemimpin, dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja yang memimpin rakyat adalah pemimpin, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin anggota keluarganya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang istri juga pemimpin bagi rumah tangga serta anak suaminya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang budak juga pemimpin atas harta tuannya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ingatlah! Masing-masing kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang dipimpinnya (sahih muslim).



Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw. beliau bersabda: Sesungguhnya seorang pemimpin itu merupakan perisai, rakyat akan berperang di belakang serta berlindung dengannya. Bila ia memerintah untuk takwa kepada Allah azza wa jalla serta bertindak adil, maka ia akan memperoleh pahala. Namun bila ia memerintah dengan selainnya, maka ia akan mendapatkan akibatnya (sahih muslim).




Minggu lepas telah diadakan sambutan sisterhood gathering 2010 untuk muslimat CSMU. Sebagai tanda terima kasih, cik pengarah (Mastura) nak buat jamuan untuk AJK sambutan. Cik Mastura minta tolong saya buatkan kek. Saya pun setuju la sebab memang tengah teringin nak makan kek.

Tapi cream kek hari ni sedikit mengecewakan. Cream agak cair, jadi bunga-bunga decoration tak berapa nak terbentuk. Sedih. Nampaknya saya kena praktis lagi. Bukan cream je, tapi kek pun sama, tak berapa nak naik. Terpaksa buat kek kedua versi lain.

 Decoration yang kurang memuaskan.
Traditional vanilla sponge cake. Saya ambil resepi dari kak Ena Lovely Kitchen. Siapa nak resepi kek tu, sudi-sudi la bertandang ke blog kak Ena ye



 Herot-berot deco tu. Bunga kecil ada, bunga besar ada. Hmm entah la.
Kek butter resepi dari Samihah. Terima kasih ye Samihah.


Cream kek ni guna susu dan gula je, tak gunakan butter. Macam-macam versi la orang buat cream untuk kek. Saya lebih suka guna susu sebab kurang muak dan kurang lemak berbanding butter. Tapi kalau nak hasil yang lebih cantik, butter memang menjadi pilihan.
Berbalik kepada cerita makan-makan tadi. Makan-makan hari ni, cik Mastura yang masak. Dia masak nasi butter dan ayam masak madu. Sedap sungguh la. Terima kasih Mastura. Makan secara berjemaah dalam dulang, agar dapat merapatkan lagi silaturrahim antara kami semua, insyaallah.


 Makan dalam talam berjamaah. Nasi butter + ayam madu + ikan moiva + sayur ulaman.

AJK

AJK

AJK
Ini la sebahagian AJK sambutan sisterhood gathering 2010. Ada dua tiga orang yang tak dapat menghadirkan diri.
Zaman sekarang ni banyak sungguh kajian tentang personality diri dilakukan. Mengikut bulan lahir, mengikut turutan adik beradik dan macam-macam lagi. Kali ni saya nak kongsi juga berkenaan personality diri ni, tapi mengikut jenis darah. Kajian ini dijalankan oleh sebuah institut di Jepun.

Kajian-kajian seperti ini bukan untuk dipercayai. Mungkin ada yang benar dan ada juga yang tidak benar. Apa yang boleh saya katakan, bila ada kajian begini, kita seharusnya lihat semula pada diri kita. Kalau ada kebaikan yang sama seperti dalam kajian tu, kita kekalkan malah kita tingkatkan. Tapi kalau ada keburukan yang sama seperti dalam kajian tu, kita tinggalkan dan jauhkan. Ni salah satu cara untuk muhasabah diri. Bukannya mempercayai tanpa memberi kesan positif pada diri kita.

Sebelum tu anda kena tahu la group darah. Samada group O, A, B atau AB. Semua orang sepatutnya kena tahu group darah masing-masing. Mana tahu ada kes kecemasan yang memerlukan trasfusion darah, mudah untuk para kakitangan perubatan melaksanakan tugas mereka. Tapi jangan risau, kat hospital mereka mesti buat ujian darah sebelum melakukan transfusion darah.


TYPE  O
You want to be  a leader, and when you see something you want, you keep striving until you achieve your goal. You are a trend-setter, loyal, passionate, and  self-confident. Your weaknesses include vanity and jealously and a  tendency to be too competitive. 

TYPE  A
You  like harmony, peace and organization. You work well with others, and are  sensitive, patient and affectionate. Among your weaknesses are  stubbornness and an inability to relax.

TYPE  B
You're a rugged  individualist, who's straightforward and likes to do things your own way.  Creative and flexible, you adapt easily to any situation. But your  insistence on being independent can sometimes go too far and become a  weakness.

TYPE  AB

Cool and  controlled, you're generally well liked and always put people at ease.  You're a natural entertainer who's tactful and fair. But you're  standoffish, blunt, and have difficulty making decisions.
Pejam celik sudah 6 tahun saya berada di bumi Ukraine. Tempat saya menimba ilmu. Ukriane merupakan negara 4 musim. Kalau bercakap pasal negara 4 musim, pasti semua orang akan bertanya musim salji untuk soalan pertama. Musim salji adalah satu pengalaman yang indah tapi sejuk yang amat. Ggggrrrrr.

Tapi setelah saya merasai sendiri keempat-empat musim itu, saya lebih sukakan musim bunga berbanding musim-musim yang lain. Musim bunga tidak sesejuk musim salji, tak juga sepanas musim panas. Kuasa Allah mengubahnya. Apa lagi yang menarik pada musim bunga? Tentu sekali banyak bunga, tu sebab namanya musim bunga. Bunga di mana-mana. Pemandangan sangat cantik di musim ini. Walaupun ada tempat lain yang jauh lebih cantik dari tempat saya. Saya amat bersyukur Allah beri saya peluang merasai keempat-empat musim ni.

Pokok-pokok akan mengeluarkan bunga sebelum mengeluarkan daun. Tapi bukan semua pokok, ada juga yang terus keluar daun. Musim bunga pertama saya amat kagum dengan rumput-rumput, semuanya berbunga-bunga. Masyaallah indahnya cipataan Mu Ya Allah. Kepada yang tak pernah tengok, mari saya kongsikan gambar rumput berbunga tu.





Itu cuma rumput semak di tepi jalan. Kalau rumput yang dijaga, jauh lebih cantik. Tapi tahun ni saya rasa rumput-rumput tu kurang menghasilkan bunga. Kalau tahun-tahun sebelum ni lagi lebat bunga-bunganya. Nanti kalau ada masa saya kongsikan gambar-gambar lain. Gambar ni saya snap dalam perjalanan pulang dari class semalam.
Dari semalam lagi terfikir nak masak apa untuk hari ni. Fikir punya fikir, teringat tomyam. Dah alma tak maakn tomyam. Tahun ni boleh kira berapa kali je buat tomyam. Tapi hari ni perut terasa taknak makan nasi. Jadi kita makan dengan mee (kat Ukraine takde mee, spagetti menggantikan mee).

Tapi bahan-bahan untuk tomyam pula takde. Balik class tadi, terus ke rinak (pasar) kecil dekat dengan university. Kononnya nak cari bunga kobis, tapi tak nampak langsung bunga kobis. Musim macam ni sayur-sayurna dan buah-buahan belum keluar. Maksudnya tomyam saya hari ni memang tomyam yang tak cukup serba serbi. Tapi nak juga buat tomyam.

Maka jadi la tomyam seperti kat bawah ni. Suram je. Sayuran dengan ayam je isinya. Hias sikit-sikit dengan daun bawang.

Tak nampak mee, tenggelam di bawah tu.

Saya suka tulisan ini. Kalau di amati, banyak maksud tersirat dan tersurat yang boleh kita ambil sebagai muhasabah untuk diri kita dan untuk kita fikirkan. Mudah-mudahan memberi manfaat untuk kita yang membacanya. Saya ambil tulisan ini dari blog saudara Redhuan. Terima kasih ye Redhuan. Mari sama-sama kita amati apa yang terkandung dalam tulisan ini.

KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

KETIKA MELAMAR 
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

KETIKA AKAD NIKAH 
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN 
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan do'a mereka.

KETIKA MALAM PERTAMA 
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

KETIKA SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA 
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG 
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK. 
Cintailah isteri atau suami anda 100%

KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK. 
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM 
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

KETIKA EKONOMI BERKEMBANG 
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

KETIKA ANDA ADALAH SUAMI 
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

KETIKA ANDA ADALAH ISTERI 
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

KETIKA MENDIDIK ANAK 
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

KETIKA ANAK BERMASALAH 
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

KETIKA ADA PIL. 
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS 
Gunakanlah formula 7 K 
1. Ketaqwaan 
2. Kasih sayang 
3. Kesetiaan 
4. Komunikasi dialogis 
5. Keterbukaan 
6. Kejujuran 
7. Kesabaran
Insyallah ini adalah tahun terakhir kami di bumi Ukraine ni. Tinggal cume beberapa bulan saja lagi, kami akan meninggalkan bumi Ukraine ini. Setiap tahun kami mengadakan Sisterhood Gathering untuk pelajar-pelajar muslimat Malaysia di CSMU. Salah satu tujuannya adalah untuk meraikan mereka yang berada di tahun akhir. Tapi tujuan yang paling utama adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pelajar muslimat di CSMU ini. Semoga usaha kecil ini mendatangkan manfaat kepada kami semua.


Semalam 17 April 2010 telah diadakan sambutan Sisterhood Gathering 2010 dan ini merupakan sambutan terakhir buat kami semua. Sebab lepas ni dah tak ramai pelajar melayu, tinggal 1 batch je lagi. Seusai solat asar, kami bersiap sedia untuk ke majlis tersebut yang dijalankan di Restoran Aisyah. Bas yang disediakan menunggu kami di hadapan AC (arab cafe). 3 buah bas disediakan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit.

 Bersiap sedia untuk bertolak ke Restoran Aisyah

Beza sambutan sisterhood gathering pada tahun ini, kami menjemput muslimat yang bukan dari Malaysia. Kami menjemput orang-orang Islam tatar dan beberapa orang muslimat yang bukan pelajar Malaysia. Selalunya sambutan ni kami samada di hostel atau universiti sahaja. Tapi disebabkan tahun ni pelajar-pelajar semakin kurang, jadi kami buat sambutan di Restoran Aisyah.

 Baru sampai. Masih huru-hara

Sisterhood Gathering tahun ini bertemakan "Journey de la femma" dan warna hitam, putih dan ungu. Sambutan dianjurkan oleh ISIM, KUU, dan GAMTET. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Berbagai aktiviti dijalankan. Persembahan, games, slide show, muhasabah, solat maghrib berjamaah dan tentu sekali makan. Hehehe. Macam-macam makanan. Brownies, bubur jagung, donut, air lemon dan makanan utama adalah nasi ayam.

 Nametag untuk setiap pelajar

 Welcome brownies. Sampai je terus dapat brownies. Sedap sangat brownies ni.

 Bubur jagung dan donut sebagai makanan pembuka. Donut tak sempat nak snap. Gambar bubur ni pun ambil dari facebook Sofie Nur

 Islam tatar bersama pengarah sambutan.
Kiri : Professor Gafarova (berbaju merah) dan Khalile tizye
Kanan: Liniza (tudung ungu) dan Dr Fatime

 Zainab dari Nigeria (bertudung hitam) dan Solehah bertudung kelabu (Islam tatar)

 Gulsum dari Turki ( bertudung purple).
Islam tatar: Muziyen (bertudung merah - di belakang) bersama anaknya Abdurrahman, Meriem (bertudung hitam) dan Alime (betudung merah - di hadapan)

 Islam tatar, Sabina (bertudung putih) bersama anaknya Karina

 Aishe, Islam tatar

 Pengarah program kita, Cik Mastura sedang memberikan ucapan pembukaan

 Persembahan dari 5th year

 Persembahan 6th year

*Actually ada beberapa lagi persembahan yang saya tak masukkan gambarnya. Sebab saya rasa persembahan yang lain tu terlalu peribadi untuk dijadikan hebahan umum. Lain la kalau yang tengok semuanya perempuan.

 Majlis sedang berjalan

 Nasi ayam. Tu pun dia terselit donut, makanan ringan di awal majlis

Umar Al-Fateh pun datang juga. Penatnya dia sampai tertidur.
Kiri sekali tu adalah ketua chef kita, Cik Badriah. Sedap sungguh nasi ayam dia :)

Group usrah kami. Mana saya? Hmmm

Classmates saya. Puan Sakeenah mana?

Kek coklat yang sangat sedap.

6th year bersama tetamu

5th year bersama tetamu

Malam tu ada acara tukar-tukar hadiah. Hadiah saya, Fathihah jadi penerimanya. Maaf Fathihah kalau hadiah tu tak memenuhi citarasa. Saya pula terima hadiah dari Farah. Terima kasih Farah.

Farah bagi mug Greenwich. Jauh datangnya hadiah ni.


Tahniah diucapkan kepada pengarah majlis Cik Mastura dan semua AJK yang betungkus lumus menjayakan sambutan kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga kerana menjadikan malam sambutan amat bermakna untuk kami semua dan pasti kami akan merindui majlis seperti ini lagi. Mudah-mudahan ukhwah yang terjalin antara kita akan berkekalan hingga akhir hayat.Salah dan silap harap dimaafkan.
Rasanya baru je lagi saya duduk berterabur dengan riben-riben, kotak-kotak dan bunga-bunga menolong menyiapkan hantaran pertunangan sepupu saya Arbain dengan pasangannya Salwa. Padahal itu sudah 2 tahun yang lalu. Tahun lepas saya tak dapat hadir sama dalam majlis perkahwinan mereka sebab saya di Ukraine masa tu. Kejapnya masa berlalu. 

Tup tup semalam dapat berita gembira, mereka dah dapat baby. Alhamdulillah. Baby boy. Maksudnya bertambah lagi la anak saudara saya. Anak sepupu pun kira anak saudara gak la kan? Hehehe. Cucu ke-7 makcik & pakcik saya. Tapi kalau belah Salwa tak tahu yang ke berapa sebab memang dah ramai sangat belah Salwa tu.

Pada 15 April 2010 lahir seorang baby boy seberat 3.9kg di Hospital Teluk Intan. Besar juga baby mereka. Mak baby kecil je. Tapi takpe, alhamdulillah semuanya selamat. MUHAMMAD ASRI nama diberi.

 Muhammad Asri bin Mohd Arbain.
Acik Ain tengok rupa dia macam rupa ayah dia. Tak kisah la rupa siapa pun, asalkan sihat walafiat.

Semoga Asri menjadi seorang anak yang soleh. Penawar hati penyejuk mata mak & ayah dan seluruh keluarga. Ya Allah jadikan Muhammad Asri seorang pejuang agama Mu Ya Allah. Yang sentiasa mentaati perintah Mu Ya Allah. Membesarlah kau dengan sihat sayang.

Tak sabar pula rasanya nak balik Malaysia. Nak jumpa baby-baby comel. Banyak betul entry pasal baby baru kan? Dah itu lumrah hidup, sentiasa ada kelahiran dan kematian.
Alhamdulillah hari ni berakhir juga general assessment test tu. Lega rasanya. Tapi buat sementara waktu je la. Sebab lepas ni ada banyak lagi test yang menanti di hadapan.

Petang tadi buat kerja santai. Dah lama teringin nak cuba buat. Hari ni selepas habis test, terasa nak memanjakan diri. Bahan dah ada. Apa lagi mulakan la projek. Projek apa?

Projek membuat bunga ros menggunakan buttercream icing. Saya suka tengok kek yang dihias cantik. Teringin nak mencuba sendiri dengan tangan yang Allah pinjamkan ni. Sebenarnya takut nak cuba sebab takut tak jadi. Tapi kalau tak dicuba, macam mana nak tahu jadi ke tidak. Ok! Saya cuba juga akhirnya.

 Percubaan demi percubaan. Acuan demi acuan.

Hasilnya, walaupun banyak kekurangan tapi kira ok la untuk kali pertama percubaan. Lepas ni kena cuba lagi. Perbaiki yang kurang. Chayok Ain! Hehehe

 Taraaaaaaa. Ni hasilnya. Bengkang-bengkok, senget-benget. Tapi alhamdulillah ada rupa ros dan dedaunan. Hehehe. Kusam je warnanya. Sebab cuma nak mencuba, so buat satu warna je la. Belajar mengacu dulu.

Jangan tertipu. Takde kek pun kat bawah tu. itu cuma mangkuk yang dilapikkan dengan aluminium. Kira ok la daripada tak nak mencuba.

Puas hati dapat hasilkan sesuatu yang dah lama diidamkan. Tau makan kek je. Tapi tak tau macam mana orang buat. Hari ni saya menjawab soalan tu dengan tangan saya sendiri. Alhamdulillah Allah berikan peluang untuk saya belajar sesuatu yang baru.
Alhamdulillah, akhirnya HOW berakhir jua. Apa itu HOW? Houseman Officer Workshop, itu yang dimaksudkan dengan HOW. Workshop ini adalah untuk pelajar Malaysia yang sedang menuntut di CSMU (Crimea State Medical University). Oleh kerana kami tinggal beberapa batch sahaja lagi, jadi HOW ini dibuka kepada semua Malaysian yang sedang study di CSMU ni.

 Logo HOW

Boleh dikatakan setahun juga la proses workshop ni. Dari proses mencari orang, meng'group'kan hingga la ke presentation terakhir. HOW ni adalah workshop untuk 6 department yang bakal kami posting bila jadi HO (houseman officer) nanti. Obstetric & Gynaecology(O&G), Medical, Surgery, Paediatrics, Accident & Emergency(A&E) dan Orthopedics. Theme WORK & SHARE, TOGETHER WE LEARN


Terima kasih banyak kepada mereka yang memberi buah fikiran untuk mengadakan workshop ni. Ramai orang kuat disebalik workshop ni. 'Boss besar' untuk workshop ni; Cristopher Han Jiang Sheng, Ng Kean Seng dan Goh Kiam Seong. Ramai lagi yang terlibat. Thank you so much to all of you.

Banyak faktor menyebabkan workshop ni terpaksa dijalankan. Salah satunya adalah disebabkan sistem pembelajaran dan pekerjaan dalam bidang perubatan di Malaysia dan di Ukraine ada kelainan. Disebabkan kami akan bekerja di Malaysia, jadi kami kena tahu bagaimana cara di Malaysia. Tentu sekali banyak yang kami kena pelajari. Faktor lain mungkin kerana student CSMU selalu dipandang serong oleh sesetengah pihak. Tak semua orang tahu tentang cerita di sebalik CSMU ni.

Bagaimana proses workshop ni? Student yang berminat join workshop ni akan dibahagikan mengikut department yang mereka cenderung. Bila tiba summer (musim panas), kami akan bercuti selama 2 bulan. Sepanjang cuti summer tu kami kena buat 'elective posting' (practical) di hospital. Kebanyakan student memilih untuk melakukan di Malaysia. Jadi masa elective posting tu la kami akan cari maklumat. Semua berkaitan HO. Apa yang HO perlu lakukan, bagaimana melakukannya dan sebagainya. Maklumat diambil dari mana-mana panduan di Malaysia dan kakitangan hospital. Pulang semula ke Ukraine, segala maklumat dikumpulkan dan disusun. Dan akhir sekali pembentangan.

 First meeting, O&G group

Saya menyertai group O&G. Lim See Choo leader untuk O&G. Thank you very much See Choo, banyak saya belajar dari proses discussion O&G untuk presentations. Thank you juga pada rakan-rakan seangkatan dalam group O&G atas kerjasama. 

Thank you juga pada semua committe HOW dan semua department yang lain. Dan juga thank you kepada semua presenters sebab berjaya menyampaikan info yang diperlukan. Info-info yang dikongsikan sangat berguna dan sangat membantu. Mudah-mudahan info-info tu akan membantu dan memudahkan kita semua menjalani kehidupan sebagai seorang HO.

***Sedih dengan students yang tak mahu menyertai workshop ni, lebih-lebih lagi student malay (sebab saya rasa ramai juga malays yang tak turun). Tak kisah la kalau kamu semua memang arif selok belok sistem di Malaysia. Tapi ramai yang cuma berlagak pandai. Kalau tak nak menyertai discussion sekalipun, at least datang la mendengar presentations. Entah la, tak tau nak cakap apa untuk golongan-golongan ni. Macam mana la orang Melayu nak maju dan yang penting orang Islam.
Saya belum berumahtangga. Tapi saya nak kongsikan satu cerita. Cerita ini sesuai untuk orang yang sudah berumahtangga. Tetapi ia lebih sesuai untuk orang yang belum berumahtangga. Kenapa? Supaya mereka dapat mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam rumahtangga. Bukankah itu lebih baik?

Artikel ini saya copy dari Dr. Nur Izah's Weblog. Terima kasih doktor atas perkongsian ini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


A long time ago in China , a girl named Li-Li got married & went to live with her husband and mother-in-law. In a very short time, Li-Li found that she couldn’t get along with her mother-in-law at all.

Their personalities were very different, and Li-Li was angered by many of her mother-in-law’s habits. In addition, she criticized Li-Li constantly.

Days passed, and weeks passed. Li-Li and her mother-in-law never stopped arguing and fighting.

But what made the situation even worse was that, according to ancient Chinese tradition, Li-Li had to bow to her mother-in-law and obey her every wish. All the anger and unhappiness in the house was causing Li-Li’s poor husband! d great distress.

Finally, Li-Li could not stand her mother-in-! law’s bad temper and dictatorship any longer, and she decided to do something about it! Li-Li went to see her father’s good friend, Mr. Huang, who sold herbs.

She told him the situation and asked if he would give her some poison so that she could solve the problem once and for all.

Mr. Huang thought for awhile, and finally said, “Li-Li, I will help you solve your problem, but you must listen to me and obey what I tell you.”

Li-Li said, “Yes, Mr. Huang, I will do whatever you tell me to do.”Mr. Huang went into the back room, and returned in a few minutes with a package of herbs. He told Li-Li, “You can’t use a quick-acting poison to get rid of your mother-in-law, because that would cause people to become suspicious Therefore, I have given you a number of herbs that will slowly build up poison in her body. Every other day prepare some delicious meal and put a little of these herbs in her serving.

Now, in order to make sure that nobody suspect you, when she dies, you must be very careful to act very friendly towards her. “Don’t argue with her, obey her every wish, and treat her like a queen.” Li-Li was so happy.

She thanked Mr. Huang and hurried home to start her plot of murdering her mother-in-law.

Weeks went by, and months went by, and every other day, Li-Li served the specially treated food to her mother-in-law. She remembered what Mr. Huang had said about avoiding suspicion, so she controlled her temper!r, obeyed her mother-in-law, and treated her like her own mother.

After six months had passed, the whole household had changed. Li-Li had practiced controlling her temper so much that she found that she almost never got mad or upset. She hadn’t had an argument with her mother-in-law in six months because she now seemed much kinder and easier to get along with.

The mother-in-law’s attitude toward Li-Li changed, and she began to love Li-Li like her own daughter. She kept telling friends and relatives that Li-Li was the best daughter-in-law one could ever find. Li-Li and her mother-in-law were now treating each other like a real mother and daughter.

Li-Li’s husband was very happy to see what was happening. One day, Li-Li came to see Mr. Huang and asked for his help again She said, “Dear Mr. Huang, please help me to keep the poison from killing my mother-in-law. She’s changed into such a nice woman, and I love her like my own mother. I do not want her to die because of the poison I gave her.”

Mr. Huang smiled and nodded his head. “Li-Li, there’s nothing to worry about. I never gave you any poison. The herbs I gave you were vitamins to improve her health. The only poison was in your mind and your attitude toward her, but that has been all washed away by the love which you gave to her.”
 
HAVE YOU REALIZED that how you treat others is exactly how they will treat you? There is a wise Chinese saying: “The person who loves others will also be loved in return.” God might be trying to work in another person’s life through you.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Benarlah seperti apa yang diungkapkan oleh Ustaz Hasrizal, ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Bila kita memberi 'sesuatu' kepada orang lain, insyaallah kita akan menerima kembali apa yang kita berikan. Jadi mulakan dengan pemberian sebelum kita mengharap orang memberi kepada kita.
Hari ni hari yang agak rileks untuk saya. Sebab mula-mula ingatkan ada class, tapi disebabkan ada masalah, class burn.

Hari ni saya nak kongsi 2 gambar berkaitan tubuh badan kita. Rasanya semua orang tahu yang salah satu sistem dalam tubuh badan kita adalah sistem saraf. Pusat utama sistem saraf kita adalah otak. Sistem saraf ni juga bercabang-cabang. Jadi tak pelik la kalau ada tempat-tempat pada badan kita yang berkait rapat dengan organ-organ dalam badan kita walaupun kedudukan jauh.

Contohnya tapak kaki. Pada tapak kaki sahaja ada banyak point yang berkaitan dengan organ dalam badan kita. Menurut buku teks acupressure, urutan di tapak kaki dapat melegakan rasa kurang selesa dan rasa sakit pada bahagian tertentu badan. Refleksologi pun selalu guna bahagian kaki.

                                                                 Tapak kaki kanan              Tapak kaki kiri

Begitu juga dengan tapak tangan.

 Tapak tangan kanan. Kalau tapak tangan kiri, tukarkan liver & gallbladder dengan jantung (heart)

Jadi kalau terasa sakit-sakit badan tu, boleh la urut-urut tapak kaki dan tapak tangan ikut kawasan yang ditetapkan. Insyaallah dengan kuasa Allah dapat mengurangkan ketidakselesaan itu. Kalau tak hilang terus pun, mungkin dapat kurangkan sikit-sikit.

Kalau tak faham, boleh tengok sini:

*brain - otak
*colon - usus besar
*ear - telinga
*eye - mata
*gallbladder - pundi hempedu
*intestine - usus kecil
*kidney - buah pinggang
*liver - hati
*lung - paru-paru
*ovary - kilang telur perempuan
*pancreas - pankreas
*penis - kemaluan lelaki
*pituitary gland - 
*prostate - kelenjar prostate
*shoulder - bahu
*sinus - bahagian dalam hidung
*stomach - perut
*testis - buah zakar
*thyroid & parathyroid -  kelenjar tiroid (pada leher)
*urinary bladder - pundi kencing
*uterus - rahim
Selama ni kalau nak makan sri kaya, beli je kat kedai. Kat Malaysia berlambak-lambak kedai jual sri kaya. Bermacam-macam perasa. Tapi bila di tempat orang, mana jumpa sri kaya tu. Bila teringin nak makan, kena la buat sendiri.

Senang je rupanya buat sri kaya ni. Ini resepi yang kakak saya bagi. Tak tahu la kalau ada resepi yang lain yang lebih susah. Tapi satu je yang malas bila buat sri kaya ni, bila time masak atas api tu. Kena kacau sentiasa supaya tak hangit, lama pula tu. Tapi nak buat macam mana, teringin nak makan punya pasal.

 Sri kaya pandan siap untuk dimakan.

Kalau ada sesiapa nak tahu cara buat sri kaya ni, saya kongsikan. Kalau tak nak tahu, buat-buat tak nampak je la ye. Hehehe

Bahan-bahan:

-2 biji telur ayam
-1/2 kg gula (saya kurangkan sebab manis sangat)
-santan
-2 sudu besar tepung gandum
-secubit garam
-perasa pandan & daun pandan (kalau sri kaya biasa, tak payah letak 2 benda ni)

Cara-cara:

-telur dan gula pukul rata.*
-masukkan santan, kacau lagi*
-masukkan tepung dan garam, kacau lagi*
-masukkan perasa pandan*
(* saya guna mixer je)
-masak atas api, masukkan daun pandan (kena sentiasa dikacau, takut hangit)
-masak sampai pekat

Selalu makan sri kaya dengan roti. Tapi hari ni merajinkan diri buat lempeng kosong. Memang kosong sungguh, letak tepung gandum, telur dan air je. Tapi lagi sedap lempeng kosong ni kalau makan dengan sambal ikan bilis. Tapi kemalasan menyebabkan tak wujud sambal ikan bilis tu. Hehehe.

Lempeng kosong. Merekah-rekah tepi lempeng ni sebab nipis sangat.
Rasanya ramai je yang tahu bila sebut usrah. Tapi tak dinafikan, ramai juga yang tak tahu apa itu usrah. Saya baru je balik dari usrah muslimat. Kami di sini tak ramai orang melayu. Jadi usrah ni la salah satu jalan untuk kami saling ingat memperingati terutama dalam hal-hal agama. Ye la tinggal di negara orang, jauh dari mak ayah, jauh dari guru-guru agama yang mengingatkan kita, jadi kena la ingat memperingatkan satu sama lain.

Malam usrah muslimat di hadiri oleh seorang muslimin. Aik! Macam mana boleh ad amuslimin dalam usrah muslimat? Hehehe. Muslimin yang dimaksudkan adalah Umar, anak Farhana & Hakimi yang baru berusia sebulan lebih.

Umar selalu je ada di majlis-majlis agama kami. Selalunya kalau ada kuliah meghrib setiap hari jumaat, Umar pasti ada sekali. Tapi ini kali pertama Umar ikut bersama dalam usrah muslimat. Bagus Umar.

 Umar yang comel lagi hensem :) 
(sumber: facebook ummi dan abah Umar)

Saya puji usaha ummi dan abah Umar. Kecil-kecil lagi dah dibawa ke majlis agama, mendengar perkara-perkara baik. Jadi ummi dan abah Umar tidaklah ketinggalan dari orang lain, masih boleh mengikuti kelas-kelas agama. Umar pula tak banyak ragam, senyap je dia kalau dibawa ke majlis. Umar cuma berbunyi bila dia lapar. Hehehe. Sesekali Umar menyampuk orang yang sedang bercakap. Barangkali dia nak menyuarakan pandangannya juga. Cuma kami yang tak faham.

Orang sekarang banyak alasan nak ke majlis ilmu. Katanya ada anak kecil, susah nak dibawa. Zaman sekarang bukan lagi seperti zaman dahulu. Masing-masing ada kenderaan sendiri especially kereta. Saya rasa tukang sapu pun sekarang boleh ada kereta sendiri. Jadi itu bukan alasan yang logik.

Ada pula alasan yang diberi, susah nanti nak susukan anak depan orang ramai. Saya rasa kat mana-mana tempat pun, pasti akan ada tempat yang tertutup yang sesuai untuk menyusukan anak. Itu juga bukan lagi alasan yang logik.

Kata yang lain pula, nanti si anak meragam, maka akan mengganggu perjalanan majlis. Selalunya anak meragam kalau ada yang tak kena, contohnya lapar, tak sihat dan sebagainya. Kalau tidak, tak mungkin dia meragam. Belum cuba dibawa ke majlis ilmu sudah dikatakan takut anak meragam. Cuba dulu baru tahu. Mana tahu di rumah memang dia meragam tetapi bila di majlis agama kurang dia meragam. Ye la kan, majlis yang dipenuhi malaikat, mungkin lebih selesa buat si anak.

Jadi wahai ibu ayah di luar sana, kehadiran orang baru bukanlah alasan untuk tidak lagi menghadirkan diri ke majlis ilmu. Itu cuma alasan semata-mata. Bayangkan ummi dan abah Umar, sudah la mereka masih belajar, nak menguruskan anak tanpa bantuan orang tua pula, tapi mereka masih sempat meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke majlis ilmu. Lebih-lebih lagi yang masih bujang. Banyak sangat alasan untuk ke majlis ilmu. Macam mana anak-anak nanti nak jadi orang yang baik kalau diri sendiri tak didedahkan kepada perkara-perkara baik. Menuntut ilmu Allah tu kan memang suruhan Allah.

Kata mereka, biarlah Umar berada di majlis ilmu, mudah-mudahan Umar dengar apa yang diperkatakan. Itu juga satu proses pembelajaran untuk anak kecil walaupun hanya dengan mendengar. Dengan kuasa Allah insyaallah mereka faham apa yang diperkatakan. Dan mudah-mudahan ilmu-ilmu itu meresap ke dalam diri Umar. Insyaallah Umar akan jadi seorang hamba Allah yang soleh.

Ya Allah semoga Kau berkati keluarga Umar dan mereka yang masih mahu mencari ilmu Mu Ya Allah. Ya Allah jadikan kami hamba Mu yang sentiasa akan mencari ilmu Mu sehingga ke akhir hayat kami.

***Saya kadang-kadang bertanya pada diri sendiri. Boleh kah saya lakukan sepertimana ummi dan abah Umar lakukan sekarang? Ya Allah Kau berikan aku kekuatan.
Rasanya ramai je orang pernah pergi sauna, swimming pool lagi la. Tapi untuk saya, jarang sekali. Ada la 3 4 kali je selama saya hidup ni rasanya. Kalau swimming pool tu saya tahu la, sebab di Malaysia pun berlambak-lambak (di bandar-bandar especially). Tapi sauna, saya tak pernah tahu apa bendanya. Sampai la saya belajar di Ukraine ni baru saya tahu apa itu sauna. Kesian sungguh. Saya orang kampung, mana la terdedah dengan benda-benda macam ni.

First time pergi sauna dengan kawan-kawan seusrah beberapa bulan lepas. Setelah 6 tahun kat sini, baru tu la nak mencuba. Kat situ yang 'main' adalah sauna dan jakuzzi.

Semalam kami pergi sauna kat tempat lain pula, Aquamarin nama tempat tu. Kat Simferopol ni ada banyak tempat sauna. So ada banyak pilihan. Jangan tanya saya, sebab saya tak tahu. Saya follow je kawan-kawan. Hehehe. Semalam pergi sauna bersama classmates. Kami pergi berenam. 

Tempat sauna kali ni berbeza dari yang pertama kali saya pergi. Kali ni 'main' adalah sauna dan swimming pool. Saya tak pandai berenang, jadi saya tak heran pun tengok swimming pool tu. Setakat main-main air ditepi kali je la. Hehehe. Swimming pool tu pun kecil je. Riang ria tengok kawan-kawan saya terjun dalam pool tu, cuma saya seorang je tak terjun, setakat cecah-cecah air je. Saya cuma ber'sauna' je la. Terasa ringan je badan lepas ber'sauna'. Best!

 Sampai-sampai je terus ambil gambar dulu sebelum tempat ini menjadi huru hara. Hehehe

Kecil je pool nya. 2 3 kali kuak je kalo nak berenang. Kawan saya kata dalam juga. Saya tak tahu sebab saya tak terjun pun.

Pintu kaca berwarna coklat tu la bilik sauna. 2 pintu kelabu tu bilik mandi dan tandas.

Ni dalam bilik sauna. Tak dapat nak ambil gambar penuh.

2 jam kami di sana. Memandangkan Aquamarin tu dekat dengan central rinak(pasar), habis je ber'sauna' dan ber'pool' kami ke rinak la. Jalan-jalan sekejap di hujung minggu. Sambil mencari barang-barang dapur. Perut pun lapar. Jadi kami singgah makan di Al-Laziz. Dulu dah pernah pergi makan di Al-Laziz ni (lihat sini), jadi ini kali kedua. Kali ni nak cuba makanan lain pula. Semalam saya makan 'zharkoi'.

 Zharkoi
(kentang, lobak dan daging)

Lakman
(spagetti, kentang, lobak dan daging)

Menu di Al-Laziz. Kedai makan ni kecil je. Jadi menu pun tidak la banyak sangat. Tapi yang penting HALAL.

 Menunggu makanan sampai.

Kepenatan juga balik tu, tapi puas. Sesekali berseronok dengan kawan-kawan, memanjakan badan. Janji menjaga apa yang perlu dijaga.