Assalamualaikum w.b.t.

Semalam saya ada sebut dalam entry saya pasal 'tempirai'. Jadi hari ni saya nak kongsikan benda yang bernama 'tempirai' tu.

 Tempirai berisi ikan

'Tempirai' adalah sejenis alat yang digunakan untuk menangkap ikan di parit-parit kecil. Ia diperbuat dari jaring besi. Di tengahnya terdapat lubang yang membolehkan ikan masuk lalu terperangkap di dalam 'tempirai'. Bahagian atas jaring tu pula ada tali yang akan diikat pada buluh. Buluh tersebut sebagai pemegang untuk memudahkan mengangkat jaring besi tersebut. Jadi tak perlu la terjun dalam air untuk mengangkat 'tempirai'.

 Tempirai dalam parit tepi sawah

 Yeayyy dapat ikan.

 Mari kita kira berapa ekor ikan dalam tempirai tu :P

Ahhaaaa ikan sepat dan ikan puyu

'Tempirai' boleh dibiarkan lama di dalam air, sehari semalam pun takpe. Tadi petang saya angkat 'tempirai' yang mak pasang kat parit kecil tepi sawah. Wah! ada ikan sepat dan ikan puyu. Teruja rasanya. Dah lama tak buat aktiviti macam ni.

Memandangkan saya dah bertahun-tahun tak siang ikan sepat dan puyu, saya teringin nak tengok 'skill' saya masih ok ke tak. Hehehe. Akhirnya saya berjaya menyiang ikan-ikan tersebut hingga akhir. Yes! skill masih tajam =)

 Selamat 'disembelih'. Goreng pun sedap ni.

Petang tadi juga jalan-jalan depan rumah. Saja mengekor mak. Tiba-tiba mak minta tolong sekali kutip cili api sebab mak nak jual. Saya pun tolong la mak kutip. Rasanya tak sampai 10 biji cili api yang saya dapat. Sebabnya lepas tu saya berpaling arah. Nampak rambutan atas pokok, nampak belimbing, mangga pun ada juga. Oh! Tak boleh jadi ni. Terus tanya mak mana galah. Dapat je galah terus la jalankan projek. Alhamdulillah ada hasilnya.

 Mak bagi bakul suruh kutip cili. Tapi lain pula yang saya kutip hehehe
 
Bila tengok balik bakul saya, alamak bukan cili api, tapi buah-buahan. Bakul mak juga yang berisi dengan cili api. Sorry mak =)

Banyaknya mak dapat cili. Kenapa saya tak jumpa?

2 comments:

saffmukmin said...

makan mmg best,hehe

NORAIN said...

betul2..sgt setuju heheh