23 Jun 2010, Chufut Kale

Assalamualaikum w.b.t.

Sebelum saya membebel, cuma nak bagi tahu, Seitumerov tu adalah family  name (nama keluarga). Kalau dalam bahasa melayu kita 'Said Umar'. 'ov' itu hanyalah penambahan. Kalau nak cerita pasal 'ov' tu panjang sangat pula nanti. Mungkin di entry yang lain insyaallah.

Terasa banyak sangat benda nak cerita, tak tahu nak mula dari mana. Sorry la kalau cerita saya ni nanti caca marba, bercampur-campur. Lebih kurang 3 tahun yang lepas kami mula berkenalan dengan keluarga ini. Perkenalan ini disebabkan keinginan mereka untuk belajar mengaji Al-Quran. Seawal alif ba ta dan kini mereka sudah boleh membaca Al-Quran dengan baik, alhamdulillah.

Ahli keluarga yang paling tua dalam keluarga ini adalah Fatma bitaka (bitaka = nenek) Umurnya melebihi 80 tahun. Bitaka ada 3 orang anak lelaki, Mustafa, Anwar dan Shukri, semua telah berkahwin. Bitaka kini tinggal bersama anak bongsunya Shukri. Shukri agha (agha = abang) telah berkahwin dengan Lela tatah (tatah = kakak). Mereka dikurniakan 3 orang anak lelaki, Seitumer, Usman dan Abdulmajid. Memang nama anak sulong mereka sama dengan nama keluarga. Itu biasa.

 Keluarga Seitumerov.
2 anak muda di depan tu adalah anak kepada Lela tah dan Shukri agha. Abdulmajid (berbaju merah) dan Usman. 
Shukri agha yang di belakang sekali.
Kiri sekali Mustafa agha, abang kepada Shukri agha. 
Bertudung hijau tu la Lela tah. 
Kanan sekali tu je yang bukan family Seitumerov, orang kampung mereka.

Keluarga ini tinggal di sebuah tempat bernama Stariy Gorad (old city), Chufut Kale di Bakhchisarai. Cantik tempat ni. Tempat ni juga jadi salah satu tempat beriadah bagi mereka yang suka memanjat tempat-tempat tinggi, hiking pun ada. Tourist pun suka datang ke tempat mereka ni.

 Pernah jumpa benda ni?
Perigi orang zaman dulu kala, tapi mereka masih menggunkannya. Kena guna timba.

Mereka bela lembu sebagai sumber pendapatan. Susu dan anak lembu dijual sebagai sumber rezeki.
 Abdulmajid tengah bagi lembu makan.

Ayam pun banyak juga. Untuk dapatkan hasil telurnya.

Saya banyak belajar memasak masakan orang sini dari keluarga ini, lebih-lebih lagi dari Lela tatah dan Fatma bitaka. Mereka selalu masak di depan mata kami, jadi lebih mudah untuk mempelajarinya.

 Ibu mertua dan menantu.
Fatma bitaka dan Lela tah yang kami sayang

Ziarah kami kali ini adalah ziarah kali terakhir bagi beberapa orang sahabat kami sebab mereka telah pun terbang pulang ke Malayisa. Kali ni ada 2 family students datang ziarah ke rumah bitaka. Bitaka masak 'plov'. 'Plov' bitaka memang sedap, takkan dapat rasa macam tu kat kedai makan yang lain.

 Kali ni bitaka masak guna dapur kayu. Lebih sedap kata bitaka. Siap ada tempat special kalau nak masak guna kayu api

Chef terhandal tengah masak 'plov'. Sudah sangat tua tapi masih kuat. Kalau bitaka masak, semua orang tak boleh kacau, dia tak suka. Kalau dia minta tolong baru la tolong.

Kami pula buat pulut kuning, rendang daging, daging masak tomato dan bunga telur, ala-ala khatam Quran gitu. Mereka tak sempat khatam pun tapi sekadar meraikan mereka. Banyak kemajuan yang berjaya mereka lakukan, alhamdulillah.

 Memang kenyang kami makan. Plov (kanan sekali) air tangan bitaka, bila lagi la akan merasa agaknya.

 Bunga telur.

Kami makan selepas 2 family students pulang. Rumah keluarga Seitumerov ni tak besar, jadi tak dapat nak memuatkan semua sekali untuk makan bersama. Kami beri peluang tetamu makan dulu. Sesudah mereka pulang baru kami makan bersama dengan Lela tah dan bitaka. Masa tengah makan tu saya terfikir, "bila lagi kita akan makan bersama begini?". Sedih pula rasanya.

 Sedang menikmati makanan.

Paling terharu bila kami dapat hadiah dari bitaka dan Lela tah. Mereka ni bukanlah orang berduit tapi mereka berusaha untuk memberi sesuatu kepada kami. Ya Allah engkau saja yang dapat membalasnya. Kalau ditolak pasti mereka sedih, nak taknak kena terima juga la. Balaban saghol bitaka i Lela tah (terima kasih banyak pada nenek dan makcik Lela).

Towel tu bitaka yang bagi.
Pinggan dan senduk tu Lela tah yang bagi.

Bila tiba waktu untuk pulang, memang tak dapat dinafikan drama airmata bermula. Bukan disengajakan tapi airmata gugur dengan sendirinya. Manakan tidak, pulangnya kami ke Malaysia kali ini bermakna September nanti kami takkan kembali lagi ke Ukraine seperti tahun-tahun lalu. Entah bila lagi kita akan bertemu. Entah bila lagi dapat peluk bitaka dan Lela tah. bila lagi nak rasa makanan-makanan sedap yang bitaka dan Lela tah masak. Mudah-mudahan Allah beri kami masa dan rezeki untuk datang menziarahi kalian di Ukraine, insyaallah.

 Bilakah kita akan bertemu lagi?

Kata yang tak terungkap.

Pelukan penuh kasih sayang.

Airmata jadi saksi.

Menahan sebak.

Pasti akan merinduimu.

0 comments: