30 Jun 2010
Koktebel, Fedosia, Crimea

Assalamualaikum w.b.t

Walaupun saya dah sampai ke Malaysia, saya tetap juga nak masukkan entry perjalanan saya masa kat Ukraine. Seperti saya katakan sebelum ni, blog saya adalah diari hidup saya. Jadi saya mesti abadikannya.

Pagi 30 Jun tu kami bertolak dari asrama dalam pukul 10 pagi. Ambil bas kat station berhampiran station keretapi. Lebih kurang pukul 12 tengahari baru sampai kat pantai Koktebel.

Sampai terus cari bilik menginap sebab kami bercadang mahu menginap 1 malam disana. Oleh kerana kami ada 13 orang, maka kami terpaksa berpecah sebab takde bilik yang dapat memuatkan kami semua sekali. Tapi bilik kami tidakla jauh sangat pun. Elok je kami masuk bilik menginap, hujan turun dengan lebatnya. Oh tidak, macam mana nak turun ke pantai dengan hujan yang sangat lebat ni?

Rupanya hujan sekejap je, jadi lepas hujan reda kami pun terus keluar dari bilik untuk pergi kepantai. Dekat je bilik penginapan kami dengan pantai tu. Mula-mula tak tahu nak kemana dulu. Tiba-tiba ada orang offer untuk naik bot mengelilingi pantai. Discuss punya discuss, akhirnya kami ambil keputusan untuk menaiki bot menikmati pemandangan indah disekeliling pantai Koktebel.

Kami dalam bot. Seorang perempuan tak bertudung adalah tourist guide.

Orang kata bukit ni ada rupa muka orang.


Pemandangan ketika menaiki bot

Suka tengok air tu turun antara batu-batu bukit tu. Cantik!
Tourist guide tu kata, jarang sekali dapat jumpa. Disebabkan kami datang selepas hujan, maka dapat la tengok scene ni. Bertuah juga.


Lagi pemandangan.

Memang sangat tidak mengecewakan, sangat cantik pemandangan kat situ. Lebih kurang sejam lebih kami dibawa bersiar-siar dengan bot. Sampai satu ketika, ditengah laut (tapi bukan la tengah sangat) tourist guide tu offer kalau ada sesiapa nak berenang dalam laut. Untuk saya dah tentu saya tolak mentah-mentah sebab saya tak pandai berenang. Tapi ada beberapa orang kawan saya yang sangat berani untuk berenang kat laut tu. Tourist guide tu bagi masa lebih kurang 10 minit untuk mereka merasa kesejukan air laut tu. Seronok tengok mereka berenang, untuk orang yang tak pandai ni, tengok aje la.

Habis mengelilingi pantai Koktebel, kami berjalan-jalan sekitar pantai. Beberapa rakan-rakan nak naik 'banana bot'. Saya? Oh saya memang tak berani. Kalau dah pengecut tu memang pengecut la. Kami bercadang nak mandi laut. Sikit-sikit masuk ke air laut, lama-lama basah juga satu badan. Hehehe. Orang Ukraine mandi dengan 'bikini', tapi kami mandi siap dengan tshirt labuh dan tudung, memang orang pelik. Habis tu takkan nak pakai 'bikini' macam mereka kot?

 Turun je dari bot, terus layan aiskrim

 Mereka sangat gembira dapat naik banana bot. Saya takut

 Hari-hari terakhir di Ukraine dapat juga kami mandi di laut hitam

 Sepanjang pantai. Banyak orang buka gerai, jual souvenir terutamanya

Banrang-barang kayu macam ni memang familiar kat negara soviet

Macam-macam jenis kek. Tapi takde la sedap sangat. Biasa-biasa je

Lewat petang kami pulang ke bilik penginapan.

Sebelah malam pula kami bersiar-siar dikawasan sekitar, tengok sourvenir, jalan-jalan kat funfair. Jumpa pula dengan sebuah restoran milik orang Islam tatar. Wah! Ini sudah bagus, nampaknya esok kami dah ada tempat untuk mengisi perut.

Keesokan paginya, kami keluar sekali lagi untuk mencari barang-barang yang ingin dibeli. Bershopping la senang cerita. Tapi kat Koktebel ni nak shopping sourvenir je la. Selesai berjalan-jalan, kami singgah di restoran orang Islam yang kami jumpa malam tadi. Masing-masing order makanan. Service kurang bagus la restoran ni. Sangat lambat. Bayangkan kami 13 orang ni dekat 3 jam kat restoran tu. Tapi memandangkan itu je satu-satunya kedai orang Islam, maka terpaksa la bersabar sikit.

 Nasi (risk)

 Salmon (siomga)

 Ayam bersalut (kotleta)

Daam pukul 3 petang kami bertolak balik ke Simferopol. Penat tapi seronok. Koktebel memang cantik. Cuma ada beberapa pengalaman yang kurang menarik untuk diceritakan. Biarlah kenangan pahit tu menjadi kenangan buat kami yang melaluinya. Orang yang menganiaya orang lain pasti akan ada balasannya. Kes ni antara kami dan pemilik bilik tempat kami menginap tu.

0 comments: