Assalamualaikum w.b.t.
24 Jun 2010, Centre of Simferopol
Minggu selepas exam tu kami memang tak duduk diam, ziarah kesan kemari. Maklum la waktu-waktu terakhir kat Ukraine ni. Lagi-lagi ada ramai sahabat kami yang pulang lebih awal ke Malaysia atas urusan tertentu, jadi memang kena rushing la ke rumah-rumah mereka.
Salah sebuah rumah yang kami ziarahi adalah rumah Professor Gafarova Muniver Teifukovna. Madam ni professor kat Infectious and Epidemiology Department, orang melayu kata penyakit berjangkit. Madam ni pun orang tatar Islam juga. Kalau dengar cerita dia, betapa susahnya dia nak jadi professor tu disebabkan dia orang Islam. Kesian orang Islam tatar kat Ukraine ni, mereka ditindas.
Ziarah kali ni ibu Munawwarah ikut serta. Ibu dia baru sampai Ukraine pagi 24 Jun tu. Macam-macam la yang kami sembangkan. Ibu Muna la yang paling banyak bersembang dengan madam sebab ibu dia bleh berbahasa inggeris. Bila parents atau sesiapa orang Malaysia datang ziarah ke rumah orang Islam tatar ni mereka mesti tanya macam mana mereka masa zaman perang dulu. Orang Islam tatar ni pula sangat suka ceritakan sejarah mereka, memang menjadi-jadi la sembangnya.
Apa yang seronok sangat tu?
Makan memang wajib ada bagi tetamu yang datang. Even kalau kami students je pun yang datang, madam mesti masak punya. Orang-orang Islam tatar ni memang macam tu, kena juga makan kat rumah mereka. Pendek kata balik kenyang la.
Kabachok
Jeruk timun, beetroot dan telur rebus dengan isi ikan
Fruit. Pisang dan ceri
Madam tengah menggaul makanan utama. Pilmeni. Lupa nak snap gambar dekat.
Macam-macam ada. Madam masak sendiri.
Tengok apa tu? Sabar-sabar makanan sampai dah tu =)
Baca doa dulu ye anak-anak sebelum makan.
Mungkin ini ziarah terakhir kami ke rumah madam. Tak sangka madam yang menitiskan airmata terlebih dulu dari students. Lepas ni tinggal 1 batch je lagi students Malaysia. Madam selalu cakap, students Malaysia ni mendengar kata, ikut cakap cikgu. Jadi senang berurusan dengan students Malaysia. Betul ke tidak tu Allahua'lam.
Tengah tu mak madam Gafarova, bitaka.
Kiri: Ibu Muna, bitaka dan madam Gafarova
0 comments:
Post a Comment