Assalamualaikum w.b.t.
Pagi tadi sebenarnya nak keluar ke rinak, nak ambil baju yang ditempah tapi tak jadi sebab tukang jahit tu kata belum siap. Bila duduk dalam bilik je, pasti perut pun lapar. Ada ikan skumbriya (makerel) dalam peti beku, terus kuarkan ikan untuk defros. Teringat masih ada budu dalam peti. Apa lagi? Oh ya udang pun ada sikit dan sayurnya ada 'kabachki'.
Teringat pada satu masakan sayur yang kami baru kenal. Bayangkan 6 tahun duduk di Ukraine ni, setelah tinggal 3 minggu nak berangkat ke Malaysia baru kami kenal makanan ni, sabar je la. Tak tahu apa nama makanan ni. Tapi kalau tanya dengan orang di sini, mereka hanya sebut 'kabachok' sempena nama sayur tu 'kabachki'.
Sayur ni pula saya tak pernah jumpa di Malaysia tapi kawan saya kata ada. Ada sesiapa tahu kalau di Malaysia orang panggil apa sayur ni?
Kabachki.
Resepi ni boleh tahan sedap juga la rasanya. Siap ada orang Ukraine yang kata rasa macam ikan. Wah, ini sudah bagus. Kabachki boleh gantikan ikan. Ikan berganda-ganda mahal dari kabachki. Tapi yang tak berapa berkenan makanan ni agak berminyak.
Kabachok
Kalau ada sesiapa nak cuba buat boleh la tengok resepi kat bawah ni. Kat mana nak dapat kabachki ni kat Malaysia ye? Saya duduk kat kampung, so saya tak pernah jumpa la. Mungkin kat pasaraya agaknya wujud sayur ni.
Bahan-bahan:
-1 biji kabachki
-1 biji tomato
-1 biji telur
-1 sudu besar tepung gandum
-secubit garam
-minyak
-mayonis
-bawang putih
-daun ukrup (optional)
Daun ukrup.
Kat Malaysia ada ke daun ni? Kalau ada apa nama dia?
Cara-cara:
-potong kabachki slice bulat, potong nipis 2mm tebal (kalau nak gulung, potong panjang-panjang)
-pukul telur + tepung gandum + garam dengan garfu
-panaskan minyak
-celup kabachki yang telah dipotong ke dalam telur
-goreng sehingga kekuningan
-masukkan mayonis ke dalam mangkuk
-masukkan bawang putih yang telah di tumbuk lumat (cincang pun boleh, ikut suka)
-masukkan hirisan daun ukrup
-kacau semua sekali
-letakkan hirisan tomato atas kabaachki tadi
-sapukan sedikit mayonis tadi
-hiaskan
Kalau sesiapa perasan, entry perjalanan saya akhir-akhir ni ke rumah saudara seislam kami di sini, kebanyakannya menyediakan makanan ni. Sebab sekarang tengah musim panas, kabachki tengah banyak dan murah. Rata-rata mereka akan jamu tetamu dengan hidangan ni.
Fikir punya fikir, saya buat menu simple je hari ni. Ye la duduk seorang je, takde kawan nak makan. Ikan saya goreng kunyit. Udang pula saya goreng celup tepung RFC. Cicah budu untuk melengkapkan menu hari ni.
Menu tengahari tadi.
Ikan goreng, udang tepung, budu dan kabachok.
0 comments:
Post a Comment