Assalamualaikum w.b.t
Harapan saya agar semua dalam keadaan sihat sejahtera. Ada saja urusan nak dibuat, jadi blog sunyi sebentar tanpa entry baru.
Alhamdulillah 13 Julai 2010 jam 8:25pagi flight HY551 Uzbekistan Airlines yang membawa kami telah selamat mendarat di KLIA. Penerbangan daru Tashkent, Uzbekistan mengambil masa lebih kurang 8jam untuk sampai ke Kuala Lumpur, Malaysia.
Barang-barang yang bakal diterbangkan bersama. Menunggu kaunter check-in buka
Simferopol airport, departure side
Arrival side
Sebelumnya kami menaiki flight HY748 dari Simferopol, Ukraine menuju ke Tashkent, Uzbekistan selama lebih kurang 3jam setengah. Kami transit di airport Tashkent lebih kurang 5 jam.
Uzbekistan Airlines, Tashkent airport, Uzbekistan
Pulang kali ni kami ditemani seorang anak sahabat kami yang sangat bulat lagi comel, Umar AlFateh (anak Hakimi dan Farhana). Umar sangat baik sepanjang penerbangan dari Simferopol hingga ke Kuala Lumpur, tak banyak ragam. Mungkin dia tahu kepenatan ummi dan abahnya, jadi dia tak mahu menambahkan lagi penat mereka. Paling seronok dan bakal saya ingati, bila Umar tertidur nyenyak atas badan saya dalam nursery room kat airport Tashkent. Comel sungguh la si bulat(panggilan saya pada Umar) yang seorang ni. Acik Ain pasti akan rindukan Umar.
Sedapnya tengok Umar tidur. Nursery room Tashkent airport. Geramnya tengok si bulat ni.
Ada yang lebih lagi saya ingati. Apa dia? Selama ni kalau saya naik kapal terbang, saya mesti mabuk. Pendek kata saya dalam flight seperti 'mayat bernyawa', hanya mampu duduk diam, tak mampu bangun kemana-mana, makan pun tak boleh. Kalau saya makan saya akan muntah. Pernah sekali saya tak mabuk, jadi saya pun makan la makanan yang diberi. Setengah jam lepas tu, habis semua makanan tadi keluar balik. Lepas pada tu, saya memang tak berani makan dalam flight. Jangan kata nak pandang keluar tingkap, nak pusing-pusingkan kepala pun boleh membuatkan saya rasa semakin loya. Apa nak buat, dah nasib saya begitu.
Saya terpaksa ambil ubat pil tahan mabuk / muntah. Sampai satu ketika ubat pil juga tidak berkesan. Saya terpaksa ambil injection setiap kali sebelum flight. Saya pernah juga bawa lemon. Lemon tu la saya cium baunya untuk hilangkan mabuk dan loya saya, sampai lembik lemon tu saya kerjakan. Minyak sapu tak payah cerita, semua saya ada dalam beg, minyak cap kapak, balm, vicks etc.
Tapi nak dijadikan cerita, perjalanan terakhir saya pulang ke Malaysia kali ni Allah izinkan saya sihat walafiat tanpa sedikit pun rasa mabuk atau loya. Mula-mula je ada pening sikit, tapi kejap je. Saya boleh katakan flight kali ini adalah flight yang paling menyeronokkan bagi saya dan pasti saya tak akan lupakan. Saya boleh bersembang dengan kawan-kawan, saya boleh menjamah sedikit makanan (jamah roti je, nak makan yang lain tetap tak berani juga). Paling seronok saya dapat menikmati keindahan alam dari kapal terbang sebab saya dapat duduk tepi tingkap. Allahuakbar memang sangat cantik ciptaan Allah. Saya berpeluang melihat keindahan alam dari atas awan biru sehingga la kapal terbang mendarat di KLIA, syukur Ya Allah atas pinjaman nikmat Mu itu. Dapat saya snap beberapa gambar dari dalam flight.
Laut - sungai dan seterusnya.
Dari awan biru
Persisiran pantai
Merenung jauh dari awan biru
Bayang-bayang kapal terbang sudah kelihatan
Ladang kelapa sawit. Kapal terbang semakin rendah.
Beberapa saat sebelum tayar kapal terbang mencecah bumi. Saya suka gambar ni
Akhirnya sampai juga kami di KLIA
Bersiap-siap untuk keluar dari kapal terbang.
Sampai sahaja kami di KLIA, masing-masing menuju ke toilet untuk membersihkan diri. Bukan la mandi tapi setakat membersihkan muka, gosok gigi dan sebagainya. Maklum saja la sampai di awal pagi kan. Selesai urusan kat toilet, terus menuju ke tempat tuntutan bagasi. Oleh kerana 90% daripada kami yang pulang pada hari itu adalah pelajar yang sudah menamatkan pengajian, maka faham-faham saja la berapa banyak bagasi yang diterbangkan bersama. Bila banyak bagasi, semakin lama la proses menunggunya.
Masing-masing sedang menunggu bagasi masing-masing
Seronoknya Umar pertama kali sampai ke Malaysia.
5 minit sebelum pukul 20 pagi baru kami dapat keluar ke pintu utama bersama bagasi yang bertimbun-timbun. Alhamdulillah semuanya selamat sampai.
Sebelum keluar ke pintu utama
Keluar sahaja ke pintu, mak dan abang sulong saya sudah menunggu dengan senyuman. Sementara adik saya menunggu di dalam kereta sebab dia tak parking kereta di tempat kereta, dia tunggu betul-betul di pintu keluar. Memudahkan urusan. Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya yang sudi meluangkan masa untuk menyambut kepulangan saya ke tanahair tercinta.
Kami tidak pulang terus ke kampung, tapi singgah sebentar di rumah abang ke-5 saya di Salak Tinggi, Sepang. Berehat sebentar dan makan-makan di rumah abang saya. Petang baru kami berangkat pulang ke kampung. Menjelang maghrib baru tiba di kampung halaman. Alangkah indanya.
Eusuf si bulat acik sibuk bercerita pasal aeroplane dia
Sempat bagi Cica dan Giga makan. Arnab peliharaan keluarga abang saya
Setelah penat bercerita dan setelah kepenatan mengambil gambar, minta susu. Pantang jumpa kamera, suka sangat snap gambar. Nak tengok gambar dia snap?
Ni salah satu gambar yang dia snap. Boleh tahan kan? Baru 3 tahun tapi macam dah pro je guna kamera.
Ukraine akan tetap saya ingati. Kenangan pahit, kenangan manis semuanya ada hikmah disebaliknya. Pasti saya sangat merindui saudara-saudara seislam saya di sana, juga guru-guru saya yang sudi mencurahkan ilmu mereka. Paling penting sahabat handai, rakan taulan saya. Sungguh pun kita akan bertemu di Malaysia, tapi kenangan bersama tika di Ukraine pasti takkan sama.
Tiket flight terakhir
Boarding pass
3 comments:
alhamdulilah....... tahniah ain
ya rabbiii...dah sampai mesia dah ko yer! akak igt masih tertimbus ngan kotak2! kikiki.... alhamdulillah dah slamat sampai! uikkk budak tembam tuh comeynyer! tulun cubit!! hihi... pssttt...apa projek pertama kat mesia tu?? dah apply kije ker?
ibu guru: alhamdulillah ibu. terima kasih banyak...
kakhana: mmg dah sampai msia, tp masih juga tertimbus dek kotak2 tu...hahah...skang tgh tunggu interview kak...kalo bleh nak kerja lepas raya la...huhu
Post a Comment