Assalamualaikum w.b.t.

Saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, akhirnya berakhir jua sebuah penantian bagi pasangan Mashkur dan Sakeenah, classmates saya selaku ketua dan penolong class. 

Semalam 3 Julai 2010 tepat jam 1135 malam waktu Ukraine (0430pagi waktu Malaysia - 4 Julai) Sakeenah telah selamat melahirkan seorang puteri yang cantik rupawan. Puteri mereka seberat 3.4kg dilahirkan secara SVD (spontaneous vaginal delivery - normal delivery) di 7th Hospital Simferopol, Crimea, Ukraine. Seorang lagi anak Malaysia yang lahir di Ukraine.


 Belum pun sampai 12 jam selepas dilahirkan

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah di atas rezeki cahayamata yang diberikan kepada mereka berdua. Lahirnya seorang mujahidah solehah yang akan menegakkan syiar Islam di muka bumi ini, insyaallah.

Rupanya yang saling tidak tumpah seperti mamanya, senang kata Sakeenah junior =). Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Sampaikan babanya terpaksa membelek-belek si kecil, kat mana ada persamaan dengan baba. Ada lesung pipit lagi.

 Jelas sekali rupa seorang puteri yang cantik manis.

RAYYAN bintu Mashkur nama diberi. Rayyan adalah pintu syurga bagi mereka yang berpuasa dan warak.

Tahniah buat pasangan Mashkur dan Sakeenah. Kamu sudah jadi mama dan baba. Mudah-mudahan dia menjadi penyeri keluarga kedua-dua belah pihak, pengerat silaturrahim antara ahli keluarga. Kami makcik-makcik di CSMU gembira dengan kehadiranmu sayang.

 Tiada suara kedengaran tika dalam dakapan.

Jadilah kau serikandi Islam yang akan menjulang Islam di mata dunia. Kau bakal mujahidah solehah, muslimah solehah, anak solehah. Semoga kau jadi pejuang agama Allah yang syumul, insyaallah. Ya Allah peliharalah kehidupan Rayyan sekeluarga, semoga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Mu Ya Allah.

0 comments: