Assalamualaikum w.b.t

Sudah seminggu lebih saya berada di Malaysia. Setiap hari berangan nak masak itu nak masak ini. Tapi sudahnya masak gitu-gitu je.

Hari ni saya sempat keluar pergi pasar. Jalan-jalan kat pasar, tak tahu nak beli apa untuk dimasak. Tiba-tiba nampak udang. Rasa teringin nak masak lemak cili api udang. Ye saya sangat suka makanan laut, tapi kadang-kadang allergic.

Jadi saya beli udang setengah kilo, ikan merah dan sayur anak sawi (tak tahu apa nama sebenar sayur ni =P). Hari ni saya isytiharkan saya berjaya buat lauk makan tengahari yang lengkap. Hari-hari sebelum ni, beli lauk siap. Tak pun separuh beli separuh masak sendiri.

Udang masak lemak cili api, ikan merah goreng dan anak sawi masak tumis dengan sos tiram.

 Udang masak lemak cili api

Cara orang masak lemak tak sama. Ada orang dia tumis dulu bahan-bahan, ada orang terus masukkan sekali dengan udang. Saya masak jenis masukkan terus tanpa ditumis. Mak kata lagi sedap kalau tak ditumis. Pada saya memang betul mak cakap sebab saya pernah bandingkan masak lemak yang ditumis dan yang tak ditumis. Tapi lain orang lain cara.

Elok je saya siap masak, anak saudara saya pun balik dari sekolah. Hidang dan makan sama-sama.

 Anak sawi masak sos tiram. Terlebih kuah la.

Ikan merah goreng kunyit. Kenapa la ikan yang seekor tu? Habis terkopak kulitnya.

Terasa sangat perbezaan masak kat rumah dengan kat Ukraine dulu. Bila kat rumah ni, nak masak semua bahan boleh dicari sekeliling rumah. Kelapa, serai, daun kunyit, cili api etc. Kalau dulu santan pun santan segera, bahan lain pula dibekukan untuk tahan lama. Kurang umphhh berbanding yang segar.

4 comments:

nurul huda said...

betul ain! msk lemak yg xditumis lagiii sedaap!

NORAIN said...

yer ada orang setuju dengan saya nampaknya...terima kasih =)

(ni huda nazaruddin ke?)

saffmukmin said...

waduh,mskn best2 sajo ni,hehehe

NORAIN said...

makanan versi kampung je...tp saya sgt suka