22 Jun 2010, Priyatnoi Svidaniya

Tatah / tah = kakak
Agha = abang

Assalamualaikum w.b.t.

Saya sangat teringin nak mengemaskini blog setiap hari kerana setiap hari memang ada aktiviti. Tapi apakan daya, masa tidak mengizinkan. Insyaallah saya cuba kongsikan aktiviti-aktiviti terakhir kami di bumi Ukraine ni.

Kalau diikutkan umur mereka berdua, bagi orang kita selayaknya dipanggil makcik dan pakcik. Tapi di sini, umur mencecah 60an baru dipanggil makcik pakcik. Dan umur yang terlebih emas baru dipanggil nenek dan atuk. Tapi kalau dalam keluarga, mereka tetap dipanggil mengikut pangkat.

Mereka tinggal di sebuah kampung bernama Priyatnoi Svidaniya, lebih kurang sejam perjalanan dari asarama kami menaiki bas. Pasangan Radziah dan Ismail ini dikurniakan 3 orang cahaya mata, 2 orang perempuan (Muzyen dan Meryem) dan seorang lelaki (lupa nama dia). Ketiga-tiga anak mereka dihantar belajar di sebuah madrasah di Simferopol. Kini anak lelaki mereka menyambung pelajaran di Turki. Kehidupan mereka sangat sederhana. Tetapi alhamdulillah anak-anak mereka dididik dengan ilmu agama yang sebaiknya.

 Ismail agha, Radziah tah dan satu-satunya cucu mereka, Abdurrahman

Meryem (kiri) dan Muzyen

Muzyen telah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki, Abdurrahman. Kini sudah berusia 3 tahun.

Ziarah ke rumah Radziah tatah dan Ismail agha kali ni atas jemputan tuan rumah. Asalnya mereka nak buat kenduri kahwin anak bongsu mereka Meryem. Tapi disebabkan pernikahan mereka ditangguhkan dan pernikahan itu berlangsung setelah kami pulang ke Malaysia, maka mereka buat majlis khas untuk students Malaysia. Terharu rasanya.

 Mereka yang hadir

Tetamu. Antaranya parents student

Radziah tatah ni adalah nanny (baby sitter) kepada beberapa orang anak-anak kawan kami di sini. Tu yang dia kenal rapat dengan students Malaysia. Seorang kawan kami pula membawa parents mereka ke rumah Radziah tatah dan Ismail agha.

Bermacam-macam makanan disediakan demi meraikan tetamu yang hadir. Kami sekadar membantu mereka sekadar termampu. Memang lazat makanan yang mereka sediakan. Nanti bila dah balik Malaysia mesti rindu makanan-makanan tu.
 
 Sarma / galupsi.
[Daging cincang + beras + bawang besar + tomato paste + minyak] dibalut dengan kelopak kobis dan daun anggur

 Baton (roti) dengan butter, tuna dan sayuran

 Kabachok.
Kabachki yang dicelup telur dan tepung lalu digoreng. Sapukan dengan mayonis

 Salad berayam

 Salad berkentang goreng

 Salad dengan telur rebus

Disebabkan sekarang tengah musim panas, jadi banyak la buah-buahan dan sayur-sayuran sedang mengeluarkan hasil. Orang Islam Tatar Ukraine ni mereka sangat suka berbudi pada tanah. Kata mereka, daripada membeli, lebih baik mereka tanam sendiri, sudah tentu hasilnya asli. Kali ni kami berpeluang makan buah ceri segar dari pokok. Petik terus masuk dalam mulut, hmmm sedapnya. Banyak sangat pokok ceri kat rumah Ismail agha ni. Sayur-sayuran untuk makan-makan pun dipetik dari kebun mereka sendiri. Jimat kan?

 Kebun kecil mereka.
Kobis, daun salad hijau, ukrup, beetroot etc

 Buah aprikot, tapi belum masak lagi

 Wow merahnya ceri.

 Bergayut menghabiskan ceri pakcik Mael. Hehe

 Anak siapa la ni. Cukup la tu, balik, balik. Habis nanti ceri tu.

Lewat petang juga la baru kami pulang. Bila lagi kita dapat berkumpul begini ye? Insyaallah ada rezeki dan masa kita jumpa lagi.

 
Hingga bertemu lagi.

0 comments: