Assalamualaikum w.b.t.

Sudah lama terbaca pasal Ramadhan giveaway kat blog kakchik tapi masa tu ada perkara lain yang perlu diselesaikan. Kemudian saya ke rumah abang dan kakak untuk menguruskan borang daftar di Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi saya terlupa terus pasal giveaway tu.

Hari ni buka blog kakchik, terbaca lagi pasal giveaway tu. Jadi sementara ada masa terluang ni, saya nak buat la satu entry untuk menyertai ramdhan giveaway ni. Mana tahu rezeki menyebelahi saya kan kakchik =).



Kakchik ajak ramai-ramai kepada sesiapa yang mahu menyertai Ramadhan giveaway ni. Tapi ada syarat-syaratnya. Jangan risau, syarat-syaratnya terlalu mudah. Mari kita tengok apa syarat-syaratnya.

Syarat-syaratnya ialah:
  1. Meletakkan LOGO RASMI di atas di sidebar blog anda dengan dipautkan ke blog ini.
  2. Meninggalkan KOMEN MEMBINA di bawah post ini untuk TOPIK 'Apakah perkara paling menarik tentang Ramadhan bagi anda?' (WAJIB)
  3. Peserta yang sudi membuat post khas mengenai 'Ramadhan Giveaway' ini di blog masing-masing insyaallah akan mendapat bonus istimewa dengan syarat anda meninggalkan URL di KOTAK KOMEN di bawah.(OPTIONAL)
  4. 5 Pemenang akan dipilih secara rawak kerana semua jawapan adalah betul. Kakchik akan cetak setiap jawapan dan buat cabutan (divideokan nanti, insyaallah). Hanya KOMEN MEMBINA diambil kira.
  5. Tarikh tamat 'Ramadhan Giveaway' ini ialah pada 31hb. Julai 2010 jam 7.00 petang waktu Malaysia.
  6. Tulis email anda di bawah jawapan supaya senang dihubungi jika anda MENANG.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya, boleh klik sini ye.

Topik "Apakah perkara paling menarik tentang Ramadhan bagi anda?". Walaupun topik ni sepatutnya dimasukkan ke dalam kotak komen di keluargakusayang, saya kongsikan juga la di sini. Buat ingatan diri saya sendiri. Takpe kan kakchik?

Bagi saya bila tiba Ramadhan, perkara yang menarik adalah solat terawih di malam harinya. Solat terawih yang Allah sediakan istimewa hanya di bulan Ramadhan. Masa ni kita akan berkumpul bersama-sama menunaikan ibadah kepada Allah. Bukan la waktu lain kita tak berkumpul untuk beribadah, tapi berbeza suasananya dengan solat terawih di bulan Ramadhan ni. Bila dah berkumpul tu, tentu sekali akan terjumpa kawan-kawan yang lama tak jumpa, tak kira la kawan yang muda atau yang tua. Macam saya kat kampung ni, time macam ni la dapat jumpa makcik-makcik sekampung yang jarang jumpa. Kalau nak ziarah rumah ke rumah tu, entah bila la agaknya.

Ramadhan juga menarik bagi saya sebab bulan Ramadhan ni la adik beradik dapat berkumpul kat kampung. Abang-abang dan kakak-kakak saya semuanya sudah berumahtangga dan tinggal berasingan dari mak. Jadi bila tiba bulan Ramadhan, mereka akan cuba juga pulang ke kampung walaupun sekali sebab nak ambil peluang berbuka dengan keluarga terutamanya mak. Saya suka sangat suasana tu, sangat-sangat suka. Duduk berbuka ramai-ramai, ditambah dengan riuh rendah anak-anak saudara. Ah! Saya rindukan saat tu. Saya dah lama tak berpuasa di Malaysia. Tahun lepas cuma dapat beberapa hari je berpuasa di Malaysia. Saya tunggu sangat saat begitu Ramdhan tahun ni. Mudah-mudahan Allah beri saya peluang untuk merasainya lagi.

Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang dituntut untuk kita khatam satu Al-Quran. Jadi saya akan ambil peluang tu untuk saya khatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan. Bukan la maksudnya bulan lain saya tak boleh nak khatamkan, cuma bila tiba Ramadhan, semangatnya berbeza. Ditambah dengan tadarrus Al-Quran di surau, masjid dan sekolah juga (ketika saya di zaman sekolah). Sebaiknya Al-Quran haruslah kita baca pada setiap hari. Al-Quran adalah salah satu pendinding untuk diri kita dari perkara yang tidak baik, jadi tak perlu la nak pakai tangkal dan sebagainya, cukuplah Al-Quran yang Allah turunkan.

Lagi satu yang menarik adalah bazar Ramadhan. Oh! Tak tahu kenapa saya sangat suka pergi bazar Ramadhan. Kat bazar Ramadhan ni juga tempat mengeratkan hubungan kita sesama manusia terutamanya mualim. Percaya tak? Sebab setiap kali saya pergi bazar Ramadhan, ada saja saya jumpa orang yang dah lama saya tak jumpa. Tak kira sanak saudara yang jauh mahu pun dekat, guru-guru saya, kawan-kawan saya, orang kampung dan ramai lagi la. Tu sebab kadang-kadang saya pergi bazar Ramadhan tak beli apa pun, cuma seronok jumpa orang yang dah lama kita tak bersua.

Cukup la setakat itu, kalau nak cerita semua, alamat esok lusa pun tak habis hehehe.

Terima kasih kakchik yang sudi buat Ramadhan giveaway ni. Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Tinggal beberapa hari je lagi, mudah-mudahan Allah panjangkan umur supaya dapat merasai ramadhan pada tahun ini dan yang akan datang.  Ramadhan kedatangan mu ku sambut dengan hati terbuka dan gembira.
24  & 25 Julai 2010

Assalamualaikum w.b.t.

Hujung minggu yang lepas sangat busy. Terus menerus ada saje perkara nak perlu diselesaikan. Blog pun tak sempat nak update.

Hari Sabtu tu menghadiri majlis pertunangan sahabat. Actually ada kenduri kahwin kawan juga, Ismail dan Sarah Shazwani, tapi jauh dan takde orang nak bawa. Jadi pergi mana yang mampu la. Kalau diikutkan, memenuhi jemputan kahwin tu lebih perlu dari majlis pertunangan. Tapi kalau dah tak berkemampuan tu, penuhi mana yang mampu je la.

25 Julai birthday mak. Jadi sabtu malam ahad tu dah siap-siap beli kek birthday untuk mak sebab Ahad tu nak pergi Melaka. Masa tu tak beli lagi hadiah untuk mak. Tapi di Melaka jumpa set cadar dengan comforter, jadi terus beli untuk mak.

 Nenenk bersama cucu-cucu, 'Izzah dan Nureen

 Kek sponge black forest untuk mak

 
Mak, kami sentiasa doakan mak sihat sentiasa dan dapat melaksanakan amal ibadah dengan sebaik mungkin. Semoga mak berbahagia di dunia dan akhirat kelak, insyaallah. Terima kasih mak atas segala yang telah mak berikan pada kami. Kami takkan mampu lakukan sama seperti apa yang mak lakukan pada kami sejak kami kecil hingga la kami dewasa. Pengorbanan ibu tiada tandingan. Mak doakan kami jadi anak-anak yang soleh dan solehah, yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mak dunia akhirat.

Memang dah merancang lama nak pergi Melaka. Bukan pergi jalan-jalan suka-suka tapi memenuhi jemputan kahwin juga. Alhamdulillah Fadhiah, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mohd Irwan. Fadhiah adalah classmate saya di CSMU selama 6 tahun. Dia juga la antara kawan saya makan dan masak bersama selain Awin dan Naimah.

 Pengantin tengah makan masa kami sampai

 Cantiknya

 Makanan kenduri

 Mesti la ambil peluang merakam gambar kenangan

 Bagai pinang dibelah dua


Terima kasih kepada adik saya yang sudi tolong pandu kereta bawa kami ke Melaka. Kami pergi berempat dengan Awin dan Hayati. Masa ni juga la pengalaman pertama saya bawa kereta kat highway. Tapi bila masuk jalan biasa, tukar balik pemandu hehehe. Sekarang saya masih belajar dan memberanikan diri untuk memandu kereta. Padahal lesen saya dah berusia masuk tahun ke-8, tapi memandu macam orang baru dapat lesen. Takpe saya akan terus berusaha.

 Berhati-hati memandu =P

Balik dari Melaka singgah kat UPM jumpa anak saudara, Nadzirah. Semenjak balik Malaysia ni belum sempat jumpa dia lagi. Sampai di UPM terus cuba memandu kereta anak saudara saya tu.

Perjalanan diteruskan dan berhenti pula di rumah kakak di Kuala Selangor. Rumah kakak ni memang selalu jadi tempat persinggahan sebab berada di tengah-tengah perjalanan dari kampung.

Hampir pukul 11 malam baru sampai rumah.
Assalamualaikum w.b.t

Sudah seminggu lebih saya berada di Malaysia. Setiap hari berangan nak masak itu nak masak ini. Tapi sudahnya masak gitu-gitu je.

Hari ni saya sempat keluar pergi pasar. Jalan-jalan kat pasar, tak tahu nak beli apa untuk dimasak. Tiba-tiba nampak udang. Rasa teringin nak masak lemak cili api udang. Ye saya sangat suka makanan laut, tapi kadang-kadang allergic.

Jadi saya beli udang setengah kilo, ikan merah dan sayur anak sawi (tak tahu apa nama sebenar sayur ni =P). Hari ni saya isytiharkan saya berjaya buat lauk makan tengahari yang lengkap. Hari-hari sebelum ni, beli lauk siap. Tak pun separuh beli separuh masak sendiri.

Udang masak lemak cili api, ikan merah goreng dan anak sawi masak tumis dengan sos tiram.

 Udang masak lemak cili api

Cara orang masak lemak tak sama. Ada orang dia tumis dulu bahan-bahan, ada orang terus masukkan sekali dengan udang. Saya masak jenis masukkan terus tanpa ditumis. Mak kata lagi sedap kalau tak ditumis. Pada saya memang betul mak cakap sebab saya pernah bandingkan masak lemak yang ditumis dan yang tak ditumis. Tapi lain orang lain cara.

Elok je saya siap masak, anak saudara saya pun balik dari sekolah. Hidang dan makan sama-sama.

 Anak sawi masak sos tiram. Terlebih kuah la.

Ikan merah goreng kunyit. Kenapa la ikan yang seekor tu? Habis terkopak kulitnya.

Terasa sangat perbezaan masak kat rumah dengan kat Ukraine dulu. Bila kat rumah ni, nak masak semua bahan boleh dicari sekeliling rumah. Kelapa, serai, daun kunyit, cili api etc. Kalau dulu santan pun santan segera, bahan lain pula dibekukan untuk tahan lama. Kurang umphhh berbanding yang segar.
Assalamualaikum w.b.t.

Semalam saya ada sebut dalam entry saya pasal 'tempirai'. Jadi hari ni saya nak kongsikan benda yang bernama 'tempirai' tu.

 Tempirai berisi ikan

'Tempirai' adalah sejenis alat yang digunakan untuk menangkap ikan di parit-parit kecil. Ia diperbuat dari jaring besi. Di tengahnya terdapat lubang yang membolehkan ikan masuk lalu terperangkap di dalam 'tempirai'. Bahagian atas jaring tu pula ada tali yang akan diikat pada buluh. Buluh tersebut sebagai pemegang untuk memudahkan mengangkat jaring besi tersebut. Jadi tak perlu la terjun dalam air untuk mengangkat 'tempirai'.

 Tempirai dalam parit tepi sawah

 Yeayyy dapat ikan.

 Mari kita kira berapa ekor ikan dalam tempirai tu :P

Ahhaaaa ikan sepat dan ikan puyu

'Tempirai' boleh dibiarkan lama di dalam air, sehari semalam pun takpe. Tadi petang saya angkat 'tempirai' yang mak pasang kat parit kecil tepi sawah. Wah! ada ikan sepat dan ikan puyu. Teruja rasanya. Dah lama tak buat aktiviti macam ni.

Memandangkan saya dah bertahun-tahun tak siang ikan sepat dan puyu, saya teringin nak tengok 'skill' saya masih ok ke tak. Hehehe. Akhirnya saya berjaya menyiang ikan-ikan tersebut hingga akhir. Yes! skill masih tajam =)

 Selamat 'disembelih'. Goreng pun sedap ni.

Petang tadi juga jalan-jalan depan rumah. Saja mengekor mak. Tiba-tiba mak minta tolong sekali kutip cili api sebab mak nak jual. Saya pun tolong la mak kutip. Rasanya tak sampai 10 biji cili api yang saya dapat. Sebabnya lepas tu saya berpaling arah. Nampak rambutan atas pokok, nampak belimbing, mangga pun ada juga. Oh! Tak boleh jadi ni. Terus tanya mak mana galah. Dapat je galah terus la jalankan projek. Alhamdulillah ada hasilnya.

 Mak bagi bakul suruh kutip cili. Tapi lain pula yang saya kutip hehehe
 
Bila tengok balik bakul saya, alamak bukan cili api, tapi buah-buahan. Bakul mak juga yang berisi dengan cili api. Sorry mak =)

Banyaknya mak dapat cili. Kenapa saya tak jumpa?
Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama tak masukkan entry pasal makanan. Sebelum balik Malaysia (hari-hari terakhir di Ukraine) memang jarang masak sebab tiap hari ada je orang jemput datang ke rumah mereka. Bila dah sampai Malaysia, jadi malas nak masak. Tambahan pula sepanjang seminggu saya di Malaysia ni, saya tak pergi pun lagi pasar. Masak apa yang ada dalam peti sejuk. Kalau tidak pun masak ikan darat. Mak pasang 'tempirai', jadi ada la hasil ikan yang terperangkap dalam tempirai tu.

Tempirai tu sejenis alat yang digunakan untuk menangkap ikan. Lebih kurang macam bubu tapi diperbuat dari dawai dan ada pemegang khas yang diperbuat dari buluh. Jadi tak perlu la terjun dalam air untuk letak dan angkat tempirai tu.

Dah keluar tajuk pula. Hari ni nak cerita pasal sejenis makanan orang banjar yang dipanggil 'wadai kiping'. Kalau orang banjar, tanya saja pasal wadai kiping, pasti maisng-masing mengangguk tahu (tahu tak semestinya pandai buat sendiri).

 Wadai kiping yang sudah siap dimasak. Terima kasih mak tolong sendukkan sementara saya nak ambil gambar ni.

Beberapa hari yang lalu ada ceramah agama depan rumah saya, jadi orang kampung bergotong-royong buat wadai kiping tu untuk juadah tetamu yang hadir. Saya sempat la snap beberapa gamabr wadai kiping untuk dikongsikan bersama

 Seperiuk besar. Hasil gotong-royong orang kampung.

Saya kongsikan resepi di sini (kalau ada yang mahu mencuba).

Bahan A:
-tepung pulut
-sedikit air kapur
-air
-garam

Bahan B:
-santan kelapa (kalau pekat, cairkan sikit)
-gula merah
-gula pasir
-garam
-daun pandan
-durian (optional)

(tiada sukatan yang tepat, ikut suka je)

Cara-cara:
-Campurkan semua bahan A dalam bekas dan gaul sebati. Kalau lembik tambah tepung, kalau keras sangat tambah air. Asalkan boleh digentel. Gentelkan menjadi bulat dan penyekkan sedikit. Lebih kurang 1-1.5cm. Ketepikan.
-Masak santan. Masukkan gula merah, gula pasir, garam. Kacau sebati hingga mendidih. Masukkan bahan A yang telah siap digentel tadi. Masak hingga lembut. Akhir sekali masukkan daun pandan dan durian.

Begini la rupa wadai kiping yang telah digentel, macam hemoglobin hehehe
Assalamualaikum w.b.t.

Sudah seminggu saya pulang ke Malaysia. Walaupun masa di Ukraine bukan tiap hari jumpa dengan Umar dan Rayyan, tapi ada kalanya memang teringat pada budak kecil 2 orang tu.

Umar dan Rayyan adalah 2 orang anak sahabat kami yang dilahirkan di bumi Ukraine. Bukan seibu sebapa. Umar tua 5 bulan dari Rayyan. Cuma sempat jumpa Rayyan seminggu sebelum pulang ke Malaysia.

Hari ni saja nak kongsikan koleksi mereka berdua yang ada dalam simpanan saya.

MUHAMMAD UMAR ALFATEH

 
 Baru beberapa hari selepas dilahirkan

 Kepenatan di majlis 'Sisterhood Gathering'

 Umar with makcik Radziah, his nanny

 With Aisyah, anak orang Islam Ukraine

 Di rumah Maryam tatah

 Dalam dukungan pulang ke hostel

 Kat rumah Fatma bitaka

Graduation abah & umi. Cantik baju Umar

Aduhai comelnya kamu

 Entah apa la yang dia mainkan tu


 Suka tengok upin ipin. Kalau meragam, boleh redakan ragam dia buat sementara waktu

Di kanan botol susu, di kiri tasbih. Hehehe
 
 Nursery room Tashkent Airport. Jauh perjalanan, perlu rehat yang secukupnya untuk meneruskan perjalanan

 Suka sangat keluarkan lidah macam tu

 Gembiranya dia pertama kali sampai ke Malaysia


RAYYAN

 Tak sampai 12 jam selepas dilahirkan

 Apa yang kamu fikirkan Rayyan?

 Tukar baju cantik. Baju hospital tak cantik.
Manisnya anak dara seorang ni.

 Tidur dengan tenang

Alahai geramnya tengok dia

 Alamak Rayyan telah berjaya melepaskan tangannya dari bedungan

 Aik, sama je macam Umar, suka keluarkan lidah macam tu


BOTH OF THEM

 Memerhati dari jauh saja

 Rasa-rasa berapa kali ganda besar Umar berbanding Rayyan =P

 Seperti mahu mengajak Rayyan bermain bersama

 Barangkali Umar berkata "bila si cantik manis ni nak bangun main dengan saya?"

 Umar kejutkan Rayyan ke?
Atau Umar nak angkat Rayyan?


Acik Ain rindukan kamu berdua. Nasib baik la ada pengganti bila balik Malaysia ni. Setiap kali acik jumpa Imdad dan Haziq, mesti acik teringatkan Umar dan Rayyan. Membesarlah kamu semua dengan sihat dan bahagia. Jadi anak yang soleh dan solehah ye.