Assalamualaikum w.b.t
Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera dan mudah-mudahan kita semua dalam peliharaan Allah. Lamanya tak ada entry. Apa nak buat, musim exam.
Tak habis-habis cerita pasal makanan. Sebab apa tau? Sebab tuan punya blog ni memang suka makan. Hehehe.Bukan apa, waktu exam macam ni takde aktiviti. Mengadap buku, makan, mandi, solat, tidur. Itu je la yang diulang-ulang. Membebel pulak dah.
Ok hari ni ain nak kongsikan sesuatu. Kira nak promote juga la ni. Mungkin ramai dah yang tahu. RFC. Pernah dengar? Radix Fried Chicken. Orang yang pernah makan di restoran RFC kata sedap. Saya tak pernah lagi pergi sebab kat kampung saya belum ada restoran RFC. Tapi saya bawa tepung goreng RFC tu ke Ukraine. Kira ini baru pertama kali goreng ayam guna tepung RFC. Sebelum ni guna tepung KFC biasa tu je.
Bahan-bahan telah disiapkan.
Cara nak goreng pun sama je macam goreng ayam guna tepung lain. Ayam dibasuh bersih dan ditoskan. Celup dalam telur dan lepas tu gaul dalam tepung RFC, goreng. Senang kan?
Alhamdulillah rasanya tidak mengecewakan. Sebenarnya sebelum ni lupa letak kat mana tepung tu. Maka baru hari ni dapat cuba. Sama je rasanya macam guna tepung KFC biasa tu.
Alhamdulillah rasanya tidak mengecewakan. Sebenarnya sebelum ni lupa letak kat mana tepung tu. Maka baru hari ni dapat cuba. Sama je rasanya macam guna tepung KFC biasa tu.
Taraaaaaa dah siap. Radix Fried Chicken di bumi Ukraine.
Nampaknya HPA dah sampai Ukraine, hehehe
6 comments:
di kota bharu sudah dibuka cwgn kedua RFC.RFC ni sedap bila kt tahu kt tlh menolong islam dlm memajukan ekonomi umat islam.insyaalah,sama2 terus menyokong.
p\s-saya pun kuat makan,hehee
kota bharu sampai 2 cwngn...tp sg besar xde pun lg...sian org sg besar..
lelaki kuat mkn sbb byk nk guna tenaga...ppuan kuat mkn bahaya tu..huhuh
salam..
kat mane ye nak beli tepung RFC tuh?
salam shira...
saya rasa sekarang dah banyak jual, dimana2 pn ada...kalau berminat boleh la rujuk kat website HPA tu...awak tinggal dimana?
xpa.2 ni je kot yg dibuka kt sini kot,hehe.sg.besar nnt pasti akan dibuka.tahniah dh jadi Dr.kena cepat2 balik menyumbang kepada bumi malaysia pula.
harap2 cepat la ada RFC kat sg besar...huhuh
tersangat la nak balik msia...tp bila pikir kerja, takut la plak...berakhir nya zaman belajar bermaksud akan bermula kehidupan yg mencabar...mudah2an Allah bantu...
Post a Comment