Assalamualaikum w.b.t.

Pernah dengar tak PLOV? Bukan binatang dan bukan juga tumbuhan. Hehehe. Plov adalah sejenis makanan yang berasal dari Uzbekistan. Saya kenal makanan ni pun selepas menjejakkan kaki ke Ukraine ni.

Semalam terfikir-fikir nak masak apa untuk hari ni. Teringat ada daging dalam peti beku. Memandangkan memang dah lama tak buat plov, maka teringin nak buat. Selalu tu asyik beli je. Jadi menu hari ni adalah plov. Exam-exam pun sempat masak itu ini? Habis kalau tak masak, nak makan apa?


Resepi ni saya dah olah ikut kehendak saya sendiri. Resepi asal ada tapi lupa letak mana. Nanti kalau ada masa saya cari balik resepi asal tu.

Bahan-bahan:
-1 kg beras plov / basmati
-1 kg daging kambing / lembu
-4 ulas bawang besar (nak letak lebih pun boleh) - potong slice
-4 batang lobak (nak letak lebih pun boleh) - potong panjang-panjang
-rempah plov (kalau takde rempah plov, letak jintan manis & jintan putih je)
-200ml minyak (saya kurangkan)
-air (sukatan ikut jenis beras)
-garam

-2 labu bawang putih
-3 tangkai cili besar

(optional)
-kismis
-kacang kuda (telah direbus)

Cara-cara:

-panaskan minyak
-masukkan daging, masak daging hingga empuk
-masukkan bawang besar (dipotong slice), masak hingga layu
-masukkan lobak, masak separuh empuk
-masukkan beras, air, rempah plov dan garam secukup rasa
-tutup periuk. Sesekali kacau nasi tapi jangan sampai ke bawah, kacau bahagian nasi sahaja, biarkan daging berada di bawah.
-bentukkan nasi yang telah 3/4 masak menjadi seperti gunung. Cucuk dengan hujung sudu (atau yang seumpamanya) untuk menghasilkan lubang-lubang ke dasar periuk. Tutup periuk. Kecilkan api.
-bila nasi hampir masak (lebih kurang 5 minit sebelum matikan api), letakkan 2 labu bawang putih, cili besar, kismis dan kacang kuda. Tutup periuk.

 Bentukkan nasi seperti gunung. Dagingnya mana? Dibawah sekali tertimbus dek nasi

Sayur selalunya hanyalah salad. Salad ikut kehendak masing-masing. Boleh buat salad kobis, timun, capsicum dan lain-lain.

Boleh dikatakan ini makanan yang glamour kat Ukraine ni. Kebanyakan kedai makan selalunya akan ada menyediakan plov. Tinggal lagi halal dengan tidak la. Puas hati bila dapat masak sendiri. Cuma kadang-kadang masa tka mengizinkan.

2 comments:

Ummi said...

Salam Norain,
Terima kasih singgah ke blog akak..uiihh orang jauh rupanya..dah lama ke duk Ukraine tu...bila nak balik Malaysia..hehee, seronok tengok u all makan makanan2 sebelah sana..namapun susah nk sebut..hehe

NORAIN said...

salam kak ummi...
saya suka la cuci mata kat blog akak..
nak minta dah tentu tak dapat, jadi cuci2 mata je la...hehe..
terima kasih juga kak sudi bertandang ke blog saya yg takde apa2 ni..

dah 6 tahun kat ukraine ni...insyaallah jun ni habis n julai pulang ke msia..

belajar masak makanan sini kak,nanti kalau di malaysia rindu nak makan, boleh masak sendiri...