Assalamualaikum w.b.t

Hari khamis yang lepas exam. Balik exam macam biasa la, sakit kepala semua. Orang sakit kepala sebelum exam tapi saya memang lepas exam sakit kepala tu datang selalunya. Hebat penangan exam kali ni, siap sakit-sakit badan. Exam guna otak tapi tak tahu la kenapa dengan badan-badan sekali sakit. Tapi apa pun syukur alhamdulillah semuanya lulus dengan baik.

Semalam, Jumaat saya tak boleh tahan. Walaupun 18 Jun nanti ada lagi exam, saya terpaksa melepaskan geram. Saya teringin sangat nak makan kek, rasa dah lama tak makan kek. Elok pula beberapa hari lepas ternampak moist choc cake kat blog kak E-na. Saya tak boleh tahan. Walaupun kak Hana cakap kat saya "nanti lepas exam belasah la resepi-resepi ye". Sorry la kak Hana, terpaksa melawan cakap akak sebab teringin sangat. Jangan rotan saya ye cikgu, hehe.

 Satu adunan dapat 2 kek sebab acuan kecil.

Tengok la tu berlubang-lubang

Maka dengan tak semena-mena, terbuatlah steamed moist choc cake ni. Saya tengok resepi kek ni lebih kurang sama dengan steam choc cake yang saya selalu buat. Bezanya kuantiti bahan-bahan dan cara penyediaannya je. Siapa teringin nak cuba, boleh la bertandang ke blog kak E-na. Kek kak E-na sangat cantik. Terima kasih kak E-na kongsikan resepi kek tu.

Tak reti nak men'deco'. Letak sesuka hati je

Sedap, boleh tahan. Tapi pelik sikit. Saya tengok kak E-na buat, kek tu takde pula berlubang-lubang, smooth je. Tapi kek saya tu dalam dia berlubang-lubang pula, dah macam kek gula hangus. Kenapa ye?

Tak kisah la, janji sedap dan yang penting boleh dimakan. Time saya exam ni banyak pula resepi-resepi yang menarik perhatian saya kat blog masak-masak mereka. Geram je tengok.

2 comments:

Lovely Kitchen said...

Salam ain..
kek yang k.e-na buat tu tak masukkan soda bikarbonat sbb dah habis masa tu dan tak kacau bhn2 choc di atas dapur sbb terlepas pandang pd resepi...mungkin sebab2 tu bila dah masak tekstur kek tu padat, smooth, lembut dan moist, tak berlubang2 gebu mcm biasa buat...

Bila dah dpt rasa yg mcm tu so rasanya nak try buat lagi lepas ni guna cara yg sama sebab anak2 pun suka sgt dgn rasa dan tekstur kek tu...

pssst : sorry ain coz k.e-na x tulis dlm resepi tu...nnt kena update...

NORAIN said...

salam kak Ena...
wah ini sudah bagus, tersilap ikut resepi tp hasilnya tetap hebat...
ha nanti nak try jugak la mcm kak Ena....saje2 nak buat silap...heheh