Assalamualaikum w.b.t.

Seluruh dunia mengetahui tentang kapal konvoi kemanusiaan Gazza diserang oleh zionis Israel pada 31 Mei 2010 yang lalu. Ketika pertama kali saya mengetahui berpuluh negara akan bersama untuk menjayakan konvoi tersebut, saya bangga. Maksudnya sudah ramai yang membuka mata mengenai isu Palestin. Palestin tidak bersendirian.

Walaupun saya di minggu peperiksaan, tetapi berita demi berita berkaitan konvoi saya update sentiasa. Saya berbangga kerana ada rakyat Malaysia yang ikut serta dalam konvoi tersebut. Seramai 12 orang rakyat Malaysia tersenarai. Siaran Astro Awani dari kapal konvoi utama Mavi Marmara juga saya ikuti. Konvoi ini disertai oleh berbagai negara, agama dan bangsa. Misi ini adalah misi kemanusiaan. Mereka bersatu untuk pembebasan Palestin.

Antara sukarelawan Malaysia yang menyertai konvoi kemanusiaan Gazza (gambar dari facebook lifeline4gaza)

Sebelum saya tidur pada 30 Mei pukul 11:30 malam (waktu Ukraine), maklumat yang saya baca kapal Mavi Marmara dan Freedom Flotilla semakin menghampiri Gazza. Mereka dijangka tiba di Gazza pada pukul 7 pagi. Saya cuma mampu berdoa agar mereka selamat sampai di Gazza walaupun semua sedia maklum berbagai kemungkinan mungkin berlaku.

Usai solat Subuh pagi tu, saya tidur kembali kerana mengantuk yang teramat sangat. Subuh terlalu awal. Bila saya bangun, hari sudah terang. Roomate saya sedang mengadap internet. Dia segera mengkhabarkan bahawa kapal konvoi kemanusiaan Gazza diserang tentera zionis Israel di perairan antarabangsa. Ya Allah. Jantung saya berdegup laju ketika itu. Dalam hati cuma mampu berdoa agar mereka semua terselamat walaupun telah diberitakan beberapa orang telah meninggal dunia. Innalillah.

Tanpa saya sedari dan bukan dengan kemahuan saya, mengalir airmata saya dalam solat Dhuha saya pagi itu. Sedih dan pilu rasanya. Terbayang saya jika salah seorang aktivis tersebut adalah ahli keluarga saya, tentu hati saya tak keruan. Saya hanya mampu terus berdoa buat mereka agar selamat kembali kepangkuan keluarga. Bertuahnya mereka terpilih, kuatnya semangat mereka, hebatnya mereka.

Berpuluh jam tiada khabar berita dari mereka kerana hubungan komunikasi antara mereka terputus. Kerisauan tetap menyelubungi. Saya tak dapat tumpu pada buku yang hendak dibaca untuk menghadapi exam, asyik dengan internet mencari maklumat kalau2 ada berita terkini tentang keadaan mereka.

2 Jun dikhabarkan semua aktivis Malaysia selamat. Mereka di tempatkan di Haifa, di sebuah penjara disana. Alhamdulillah mereka semua selamat. Berbelas orang aktivis terkorban dan berpuluh orang aktivis tercedera. Semoga Allah tempatkan mereka yang terkorban itu dalam golongan orang yang mendapat keredhaan Allah. 3 Jun, semua aktivis Malaysia dikhabarkan telah dihantar ke Jordan, kedutaan Malaysia di sana. Hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka seluruh sukarelawan konvoi kemanusiaan Gaza.

Kata salah seorang aktivis "Walaupun misi bantuan kemanusiaan kali ini gagal, tetapi mereka berjaya membuka mata dunia". Benar sekali apa yang diperkatakan. Insyaallah selepas ini lebih mudah bantuan demi bantuan diberikan kepada rakyat Gaza. Sedikit demi sedikit bakal memecah tembok Gaza dengan izin Allah. 

Dalam dunia hebat menentang zionis Israel, kerajaan Malaysia pula membuat urusan rasmi perdagangan dengan negara rejim zionis Israel tu. Di mana pertimbangan mereka? Tidakkah mereka memikirkan keadaan rakyat Palestin yang ditindas zionis Israel? Kenapa perlu mereka bekerjasama dengan Israel sedangkan ada banyak lagi negara lain? Harapan agar kerajaan Malaysia melakukan sesuatu demi kebaikan bersama. Sekadar mengutuk kezaliman Israel tidak cukup. Putuskan segala urusan rasmi dengan mereka jika benar-benar menentang kezaliman Israel.

Rejim zionis Israel tidak pernah mengenal erti belas kasihan. Mereka terus-terusan menyerang dan mengepung Palestin. Rakyat Palestin terus terseksa dengan kezaliman zionis Israel. Sekatan demi sekatan yang dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin. Makanan, perubatan dan berbagai-bagai lagi. Kita hidup senang, tapi rakyat Palestin bertahun lamanya hidup dalam kesengsaraan.

Ketika ini di sana sini manusia melaungkan keganasan Israel dan menuntut pembebasan Palestin. Musuh Allah akan terus menerus menentang Islam. Di mana kita perlu mencari kekuatan untuk melawan musuh-musuh tersebut? Laungan dan kutukan itu tidak akan bermakna tanpa usaha. Usaha yang bagaimana? Berusaha untuk kembali kepada Allah secara keseluruhannya. Lakukan segala perintah Allah dan tinggalkan segala larangannya.

Palestin pasti akan terbebas bila semua ummat Islam bersatu dalam segala aspek. Bersatu menegakkan syiar Islam yang paling penting, bersatu menuntut keadilan. Palestin akan terbebas apabila Islam tertegak di muka bumi ini. Tapi realitinya manusia sekarang lebih mementingkan keduniaan berbanding akhirat. Diri sendiri pun kita tidak dapat menangkan, bagaimana mahu memenangkan Palestin? Fikirlah. Sama-sama kita perbaiki diri ke arah redha Allah, ingat mengingati antara satu sama lain agar sentiasa kembali kepada Allah.


Beberapa perkongsian menarik berkaitan, sila rujuk link berikut:




0 comments: