Assalamualaikum w.b.t.

Rindu sangat sebenarnya nak masukkan entry tapi saya kekurangan masa. Lepas habis exam lagi busy pula dari sebelum exam, hmmm. Habis je exam kesana kemari menziarahi saudara-saudara seislam di bumi Ukraine ni. Maklum la kami tinggal beberapa hari saja lagi di sini. Bila balik dah kepenatan, dah tak larat nak masukkan entry. Insyaallah bila berkelapangan nanti saya kongsikan aktiviti ziarah ke rumah mereka tu.

Semalam adalah hari yang penting untuk kami pelajar CSMU Class 2010. Our Graduation Day. Alhamdulillah setelah 6 tahun bertungkus lumus di bumi Ukraine ni, akhirnya kami mengakhiri sessi pembelajaran kami di CSMU.

74th Convocation CSMU Class 2010

25 Jun 2010, majlis konvokesyen kami berlangsung di dewan yang terletak di Lenin Square, berhampiran Silpo (sebuah pasaraya). Acara bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 7:30 petang. Bermula dengan sessi fotografi di luar dewan dan seterusnya acara di dalam dewan.

 Sessi fotografi di Lenin Square

Acara dewan dimulakan dengan ucapan dari Professor Kubishkin menggantikan rector kami Professor Babanin dan diikuti ucapan pro-rector, Dr Hamid. Seterusnya penyampaian "red diplom"(pelajar cemerlang) yang disempurnakan oleh Dr Hamid. Selepas pada itu, kami dihiburkan dengan persembahan orkestra. Kemudian disambung penyampaian sijil kepada international student yang menuntut dalam bahasa Rusia. Seterusnya penyampaian sijil kepada student Malaysia class 2010 yang telah berjaya lulus pada tahun ini. Penyampaian sijil disempurnakan oleh dekan Dr. Savchuk.

 Pentas dewan yang menjadi saksi graduasi kami

 Antara ibu bapa yang hadir.

 Sebahagian student yang bakal menaiki pentas

 Pengacara majlis

 Persembahan orkestra

*terima kasih kepada Nadia Nafasha atas ihsan gambar-gambar di atas

Habis sessi penyampaian sijil, kami pun buat sessi fotografi sendiri la. Snap sana snap sini, buat kenang-kenangan sebelum meninggalkan bumi Ukraine ni.

Seorang tiada. Kemana dia?

Our vice-dean yang berjiwa rakyat, Mr Pavel Rezanov. Dia sangat memahami student, semua orang suka dan sayang kat dia. We will always remember you sir.

My graduation flower. Terima kasih kepada mereka yang memberi. Saya sangat sukakan bunga.

Seronok bila tengok parents and family kawan-kawan datang ke majlis graduasi mereka. Mak dan keluarga saya tak dapat datang. Dulu mak beriya nak datang, tapi masa saya balik ke Malaysia tahun lepas mak kata mak tak jadi la datang. Sebab mak sakit kaki, tak tahan nak duduk lama berjam-jam dalam kapal terbang katanya. Banyak kali juga tanya pada mak tapi mak kata tak payah, saya akur dengan keputusan mak. Mesti sangat seronok kalau mak dapat datang kan?
Assalamualaikum w.b.t.

Cerita yang bakal saya kongsikan ini adalah email yang saya terima dari seorang HOD (head of department) ENT (ear, nose, throat). Saya pernah buat elective posting kat department dia. Terima kasih Miss atas perkongsian ini. Cerita yang menarik untuk kita fikirkan.

Jangan kita lupa untuk membaca Al-Quran setiap hari. Sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari untuk membaca Al-Quran. Bolehkan?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word? This is a beautiful story.


 
An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur an.  His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. 

One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Qur an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?" 

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water." 

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. 

The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again. 

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when   he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!" 

"So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket." 
The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. 

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out.  That is the work of Allah in our lives."
Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini adalah hari yang bakal saya ingati sampai bila-bila. 18 Jun 2010. Hari kami menghadapi peperiksaan terakhir dalam medical degree saya. Pagi tadi exam untuk 3 subjek terakhir, therapy, surgery dan obstetrics&gynaecology. Exam kat Lugovaye hospital seawal jam 7 pagi. Walaupun sekarang dah musim panas, tapi alhamdulillah hari ni sejuk je.

Alhamdulillah semua exam berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah kepada Dia pemberi nikmat, semua exam saya lulus. Mudah-mudahan kejayaan ini akan mendekatkan lagi diri saya kepada Yang Maha Pemberi Nikmat, insyaallah.

Syukran jazilan kepada mak yang sentiasa dan tidak putus-putus mengirim doa buat saya di sini. Mak sentiasa memberi semangat kepada saya. Adik-beradik, ipar-duai, anak-anak saudara dan semua ahli keluarga yang lain juga terima kasih saya ucapkan atas doa dan dorongan dari kalian. Kepada seluruh tenaga pengajar CSMU, spasiba balshoi atas segala curahan ilmu dan kesabaran kalian terhadap kerenah kami. Rakan-rakan seperjuangan thank you so much sudi berkongsi ilmu dan kehidupan dengan saya. Kepada semua mereka yang sentiasa mendoakan saya, hanya terima kasih mampu saya lafazkan, semoga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan. Semoga segala usaha kita mendapat keredhaan Allah s.w.t insyaallah

Tapi hari ni perut saya meragam pula. Tak best betul la bila hari exam macam ni perut buat hal pula. Terpaksa minta kebenaran untuk keluar sebentar. Terima kasih kepada penjaga exam kerana memahami. Ingatkan habis di situ saja, rupanya bila balik asrama, masih meragam lagi. Entah apa yang tak kena.

Dengan ini berakhir perjuangan saya menuntut ilmu perubatan secara formal di bumi Ukraine ini. Dan berakhirlah jua kehidupan saya sebagai seorang pelajar.

Akan tetapi pengakhiran ini adalah suatu permulaan kepada sebuah kehidupan yang jauh lebih mencabar dari kehidupan saya selama ini. Saya perlu menapak menuju kepada berbagai jenis dan gaya kehidupan. Kehidupan bermasyarakat, kehidupan berkerjaya dan berbagai lagi kehidupan yang saya sendiri belum pasti. Entah kan panjang umur entahkan tidak untuk bertemu dengan kehidupan seterusnya, hanya Allah mengetahui. Saya perlu mempersiapkan diri mental dan fizikal untuk menghadapi hari-hari mendatang yang pastinya lebih mencabar.

Kehidupan sebagai seorang student perubatan sudah tentu takkan dapat saya lupakan. Pahit manis dalam liku kehidupan merantau di negara orang demi mencari sebuah kejayaan.

 Seusai exam. Mengemas apa yang patut.

 Apa saja la yang dibincangkan

 Depan dewan bersama Madam Mongilova (cardiologist)

 Semasa result diumumkan.
Arrows : some of our teachers.
Others are students

 Our vice-dean, Mr Rezanov (surgeon) and our teachers, therapeutists and biochemists

Habis exam, habis study tetapi kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini takkan pernah habis untuk sentiasa mengabdikan diri kepada Nya dan berbakti untuk agama Nya sehingga nafas yang terakhir. Mudah-mudahan saya dapat memperbaiki diri dari hari ke hari sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi ini.
Assalamualaikum w.b.t

Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera dan mudah-mudahan kita semua dalam peliharaan Allah. Lamanya tak ada entry. Apa nak buat, musim exam.

Tak habis-habis cerita pasal makanan. Sebab apa tau? Sebab tuan punya blog ni memang suka makan. Hehehe.Bukan apa, waktu exam macam ni takde aktiviti. Mengadap buku, makan, mandi, solat, tidur. Itu je la yang diulang-ulang. Membebel pulak dah.

Ok hari ni ain nak kongsikan sesuatu. Kira nak promote juga la ni. Mungkin ramai dah yang tahu. RFC. Pernah dengar? Radix Fried Chicken. Orang yang pernah makan di restoran RFC kata sedap. Saya tak pernah lagi pergi sebab kat kampung saya belum ada restoran RFC. Tapi saya bawa tepung goreng RFC tu ke Ukraine. Kira ini baru pertama kali goreng ayam guna tepung RFC. Sebelum ni guna tepung KFC biasa tu je.

 Bahan-bahan telah disiapkan.

Cara nak goreng pun sama je macam goreng ayam guna tepung lain. Ayam dibasuh bersih dan ditoskan. Celup dalam telur dan lepas tu gaul dalam tepung RFC, goreng. Senang kan?

Alhamdulillah rasanya tidak mengecewakan. Sebenarnya sebelum ni lupa letak kat mana tepung tu. Maka baru hari ni dapat cuba. Sama je rasanya macam guna tepung KFC biasa tu.

 Taraaaaaa dah siap. Radix Fried Chicken di bumi Ukraine. 
Nampaknya HPA dah sampai Ukraine, hehehe

Untuk mereka yang tak tahu, RFC ni adalah tepung goreng ayam yang dikeluarkan oleh HPA (Herba Penawar Al-Wahida). Syarikat ni milik penuh orang Islam. Insyaallah terjamin kehalalannya. Saya memang dah jadi ahli HPA, hampir setahun. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik gambar banner HPA disebelah kanan blog ni, anda akan terus ke laman rasmi HPA. Bukan makanan je, ada macam-macam barang keperluan harian lagi kat HPA ni. Kebanyakan barang-barang HPA berunsurkan herba. Sesiapa nak mendaftar sangat dialu-alukan. Mari sama-sama kita sokong produk orang Islam. Kalau bukan kita siapa lagi kan?
Assalamualaikum w.b.t.

Semalam konon taknak masak sebab roomates takde. Rasa nak beli je makanan siap. Tapi tiba-tiba terfikir kerabu ayam kat blog kak Hana. Kalau nama kerabu, dalam kepala saya 'campak semua bahan dan gaul'. Confirm jadi, hehehe.

Bahan pun memang ada. Apa lagi, terus rebus ayam, potong-potong segala jenis sayuran yang sepatutnya. Masukkan je semua dalam mangkuk, gaul. Untuk saya yang tak makan pedas sangat ni, resepi kerabu ni pedas. Tapi untuk orang lain biasa je rasanya. Siapa yang teringin nak cuba, boleh tengok resepi kat blog kak Hana.

 I love it

Memang resepi yang sangat sesuai di musim exam ni. Mudah dan cepat, yang penting sedap. Betul tak kak Hana? First time jumpa resepi ni dan first time cuba. Not bad. Sedap. Saya suka la. Sebenarnya saya ni memang peminat kerabu. Bagi la kerabu apa pun, mesti saya ngap dengan hati yang gembira. Satu je kerabu yang saya tak boleh terima, kerabu perut. Huhuhu
Assalamualaikum w.b.t.

Bila masuk je musim panas, maksudnya musim buah dan musim sayur juga. Ini satu perkara yang saya sangat suka tentang musim panas. Antara buah yang akan keluar dengan banyaknya adalah buah strawberi. Geram bila pergi pasar di mana-mana nampak strawberi. Ada macam-macam buah lagi, strawberi salah satunya.

Beberapa hari lepas saya beli strawberi, yang kecil ada yang besar ada. Kena pandai pilih, kalau tidak terbeli yang masam la jawabnya.

Strawberi besar saya celup dengan coklat, makan begitu saja la. Tapi selalunya yang besar ni masam sikit berbanding yang kecil.

 Strawberi celup coklat

Strawberi kecil pula saya buat jem. Dah lama sebenarnya teringin nak buat jem strawberi. Memandangkan ni tahun akhir dan musim panas terakhir saya kat sini, saya buat juga jem tu. Kejap je pun buatnya. Makan dengan roti. Sedap. Puas hati dapat makan jem buatan sendiri.

Jem strawberi.
Baru angkat dari dapur, masih panas lagi

Makan dengan baton(roti)
Saya cuma mahu kongsikan perkongsian beberapa orang sukarelawan Malaysia yang mengikuti konvoi kemanusiaan Gaza. Mereka yang selayaknya menceritakan segala-galanya. Mudah-mudahan ini titik permulaan kepada pembebasan Gazza, insyaallah.

DR SYED HALIM




TUAN HAJI JAMALUDDIN ELIAS



Saya tertarik dengan satu video ini. video seorang anak kecil yang mempunyai cita-cita yang tinggi ingin membantu mereka yang memerlukan. Rachel Corrie. Seorang pelajar, rakyat Amerika yang meninggal dunia pada usia 23 tahun akibat kekejaman zionis Israel. Dia meninggal akibat dilanggar caterpillar D9R bulldozer ketika dia bersama-sama rakyat Palestin menghalang peruntuhan/pemusnahan rumah-rumah rakyat Palestin. Jelas bahawa zionis Israel bukan sahaja memusuhi Islam malah agama-agama lain juga. HANCUR ISRAEL!



I'm here for other children
I'm here because I care
I'm here because children everywhere are suffering
Because fourthy thousand people died each day from hunger
I'm here because those people are mostly children
We have got to understand that the poor all around us and we are ignoring them
We have got to understand that these death are preventable
We have got to understand that people on third world countries think and care and smile and cry just like us
We have got to understand that they are us, we are them
My dream is to stop hunger by the year 2000
My dream is to get the poor a chance
My dream is to save the 40 thousand people who die each day
My dream can n will come true if we are looking to the future and see the light shine there
Assalamualaikum w.b.t

Hari khamis yang lepas exam. Balik exam macam biasa la, sakit kepala semua. Orang sakit kepala sebelum exam tapi saya memang lepas exam sakit kepala tu datang selalunya. Hebat penangan exam kali ni, siap sakit-sakit badan. Exam guna otak tapi tak tahu la kenapa dengan badan-badan sekali sakit. Tapi apa pun syukur alhamdulillah semuanya lulus dengan baik.

Semalam, Jumaat saya tak boleh tahan. Walaupun 18 Jun nanti ada lagi exam, saya terpaksa melepaskan geram. Saya teringin sangat nak makan kek, rasa dah lama tak makan kek. Elok pula beberapa hari lepas ternampak moist choc cake kat blog kak E-na. Saya tak boleh tahan. Walaupun kak Hana cakap kat saya "nanti lepas exam belasah la resepi-resepi ye". Sorry la kak Hana, terpaksa melawan cakap akak sebab teringin sangat. Jangan rotan saya ye cikgu, hehe.

 Satu adunan dapat 2 kek sebab acuan kecil.

Tengok la tu berlubang-lubang

Maka dengan tak semena-mena, terbuatlah steamed moist choc cake ni. Saya tengok resepi kek ni lebih kurang sama dengan steam choc cake yang saya selalu buat. Bezanya kuantiti bahan-bahan dan cara penyediaannya je. Siapa teringin nak cuba, boleh la bertandang ke blog kak E-na. Kek kak E-na sangat cantik. Terima kasih kak E-na kongsikan resepi kek tu.

Tak reti nak men'deco'. Letak sesuka hati je

Sedap, boleh tahan. Tapi pelik sikit. Saya tengok kak E-na buat, kek tu takde pula berlubang-lubang, smooth je. Tapi kek saya tu dalam dia berlubang-lubang pula, dah macam kek gula hangus. Kenapa ye?

Tak kisah la, janji sedap dan yang penting boleh dimakan. Time saya exam ni banyak pula resepi-resepi yang menarik perhatian saya kat blog masak-masak mereka. Geram je tengok.
Assalamualaikum w.b.t.

Seluruh dunia mengetahui tentang kapal konvoi kemanusiaan Gazza diserang oleh zionis Israel pada 31 Mei 2010 yang lalu. Ketika pertama kali saya mengetahui berpuluh negara akan bersama untuk menjayakan konvoi tersebut, saya bangga. Maksudnya sudah ramai yang membuka mata mengenai isu Palestin. Palestin tidak bersendirian.

Walaupun saya di minggu peperiksaan, tetapi berita demi berita berkaitan konvoi saya update sentiasa. Saya berbangga kerana ada rakyat Malaysia yang ikut serta dalam konvoi tersebut. Seramai 12 orang rakyat Malaysia tersenarai. Siaran Astro Awani dari kapal konvoi utama Mavi Marmara juga saya ikuti. Konvoi ini disertai oleh berbagai negara, agama dan bangsa. Misi ini adalah misi kemanusiaan. Mereka bersatu untuk pembebasan Palestin.

Antara sukarelawan Malaysia yang menyertai konvoi kemanusiaan Gazza (gambar dari facebook lifeline4gaza)

Sebelum saya tidur pada 30 Mei pukul 11:30 malam (waktu Ukraine), maklumat yang saya baca kapal Mavi Marmara dan Freedom Flotilla semakin menghampiri Gazza. Mereka dijangka tiba di Gazza pada pukul 7 pagi. Saya cuma mampu berdoa agar mereka selamat sampai di Gazza walaupun semua sedia maklum berbagai kemungkinan mungkin berlaku.

Usai solat Subuh pagi tu, saya tidur kembali kerana mengantuk yang teramat sangat. Subuh terlalu awal. Bila saya bangun, hari sudah terang. Roomate saya sedang mengadap internet. Dia segera mengkhabarkan bahawa kapal konvoi kemanusiaan Gazza diserang tentera zionis Israel di perairan antarabangsa. Ya Allah. Jantung saya berdegup laju ketika itu. Dalam hati cuma mampu berdoa agar mereka semua terselamat walaupun telah diberitakan beberapa orang telah meninggal dunia. Innalillah.

Tanpa saya sedari dan bukan dengan kemahuan saya, mengalir airmata saya dalam solat Dhuha saya pagi itu. Sedih dan pilu rasanya. Terbayang saya jika salah seorang aktivis tersebut adalah ahli keluarga saya, tentu hati saya tak keruan. Saya hanya mampu terus berdoa buat mereka agar selamat kembali kepangkuan keluarga. Bertuahnya mereka terpilih, kuatnya semangat mereka, hebatnya mereka.

Berpuluh jam tiada khabar berita dari mereka kerana hubungan komunikasi antara mereka terputus. Kerisauan tetap menyelubungi. Saya tak dapat tumpu pada buku yang hendak dibaca untuk menghadapi exam, asyik dengan internet mencari maklumat kalau2 ada berita terkini tentang keadaan mereka.

2 Jun dikhabarkan semua aktivis Malaysia selamat. Mereka di tempatkan di Haifa, di sebuah penjara disana. Alhamdulillah mereka semua selamat. Berbelas orang aktivis terkorban dan berpuluh orang aktivis tercedera. Semoga Allah tempatkan mereka yang terkorban itu dalam golongan orang yang mendapat keredhaan Allah. 3 Jun, semua aktivis Malaysia dikhabarkan telah dihantar ke Jordan, kedutaan Malaysia di sana. Hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka seluruh sukarelawan konvoi kemanusiaan Gaza.

Kata salah seorang aktivis "Walaupun misi bantuan kemanusiaan kali ini gagal, tetapi mereka berjaya membuka mata dunia". Benar sekali apa yang diperkatakan. Insyaallah selepas ini lebih mudah bantuan demi bantuan diberikan kepada rakyat Gaza. Sedikit demi sedikit bakal memecah tembok Gaza dengan izin Allah. 

Dalam dunia hebat menentang zionis Israel, kerajaan Malaysia pula membuat urusan rasmi perdagangan dengan negara rejim zionis Israel tu. Di mana pertimbangan mereka? Tidakkah mereka memikirkan keadaan rakyat Palestin yang ditindas zionis Israel? Kenapa perlu mereka bekerjasama dengan Israel sedangkan ada banyak lagi negara lain? Harapan agar kerajaan Malaysia melakukan sesuatu demi kebaikan bersama. Sekadar mengutuk kezaliman Israel tidak cukup. Putuskan segala urusan rasmi dengan mereka jika benar-benar menentang kezaliman Israel.

Rejim zionis Israel tidak pernah mengenal erti belas kasihan. Mereka terus-terusan menyerang dan mengepung Palestin. Rakyat Palestin terus terseksa dengan kezaliman zionis Israel. Sekatan demi sekatan yang dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin. Makanan, perubatan dan berbagai-bagai lagi. Kita hidup senang, tapi rakyat Palestin bertahun lamanya hidup dalam kesengsaraan.

Ketika ini di sana sini manusia melaungkan keganasan Israel dan menuntut pembebasan Palestin. Musuh Allah akan terus menerus menentang Islam. Di mana kita perlu mencari kekuatan untuk melawan musuh-musuh tersebut? Laungan dan kutukan itu tidak akan bermakna tanpa usaha. Usaha yang bagaimana? Berusaha untuk kembali kepada Allah secara keseluruhannya. Lakukan segala perintah Allah dan tinggalkan segala larangannya.

Palestin pasti akan terbebas bila semua ummat Islam bersatu dalam segala aspek. Bersatu menegakkan syiar Islam yang paling penting, bersatu menuntut keadilan. Palestin akan terbebas apabila Islam tertegak di muka bumi ini. Tapi realitinya manusia sekarang lebih mementingkan keduniaan berbanding akhirat. Diri sendiri pun kita tidak dapat menangkan, bagaimana mahu memenangkan Palestin? Fikirlah. Sama-sama kita perbaiki diri ke arah redha Allah, ingat mengingati antara satu sama lain agar sentiasa kembali kepada Allah.


Beberapa perkongsian menarik berkaitan, sila rujuk link berikut:




Assalamualaikum w.b.t

Lama sungguh rasanya meninggalkan blog sunyi sepi tanpa entry. Bila tiba musim exam, begini la jadinya. Keutamaan diberikan kepada exam yang bakal dihadapi. Alhamdulillah 3 Jun yang lepas, saya sudah lulus 3 peperiksaan; Paediatrics, Hygiene(Preventive Medicine) dan Social Medicine. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah dengan kejayaan ini. Exam kami secara lisan, jadi habis exam terus dapat tahu lulus atau tidak. Terima kasih kepada Mak, adik dan seluruh ahli keluarga yang mendoakan. Tak lupa sahabat handai yang mendoakan dan kepada teman di alam maya yang sudi mengirim doa untuk saya, terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah memberikan nikmat berkali ganda kepada anda semua.

Beberapa minggu yang lalu (mungkin dah berbulan juga rasanya, lupa dah), setiap kali berkunjung ke blog tentang makanan, pasti ada saja murtabak maggi di blog mereka. Satu pagi terfikir, nak sarapan apa pagi ni? Di musim-musim exam ni, tentu sekali mencari resepi yang mudah. Tiba-tiba terfikir murtabak maggi bloggers makanan tu. Saya terus capai maggi, meneruskan operasi.

 Sarapan yang mudah dan cepat. Kenyang juga la makan murtabak maggi.

Kalau ada sesiapa yang nak mencuba resepi murtabak maggi ni, sila la ke blog kak Hana. Di sana ada resepinya. Ada juga di blog lain, tapi blog kak Hana yang saya ingat ketika ini, resepinya lebih kurang sama saja di mana-mana blog.