Assalamualaikum w.b.t.
Semua orang punya ibu kecuali nabi Adam dan Hawa. Tanpa ibu tiada lah kita di muka bumi ini. Saya juga punyai ibu yang telah melahirkan dan membesarkan saya. Terlalu banyak pengorbanan mak pada saya dan adik beradik saya yang lain. Di usia mak yang masih muda, mak ditinggalkan bersendirian membesarkan beberapa orang anak yang masih kecil. Ayah pergi meninggalkan mak buat selama-lamanya. Dia mak dan dia juga ayah.
Alhamdulillah berkat kesabaran mak membesarkan kami, kini kami berada ditahap yang memuaskan walaupun kami tidaklah sehebat orang lain. Sekurang-kurangnya kami tidak mengecewakan mak dengan perbuatan yang memburukkan maruah mak dan keluarga.
Sesungguhnya tiada perkataan yang mampu diucapkan untuk berterimakasih kepada mak membesarkan kami. Pasti tidak akan terbalas dengan apa jua sekalipun. Hanya Allah yang dapat membalas pengorbanan suci mak. Terima kasih yang tidak terhingga buat mak yang saya sayang buat selama-lamanya. Kau penawar duka, kau penghibur hati, kau pembimbing, kau pendidik, KAU SEGALA-GALANYA buat diri ini.
Setiap hari adalah hari untuk mak. Kerana kau istimewa di antara yang teristimewa.
SELAMAT HARI IBU buat mak yang Ain sayang lillahita'ala, Hajjah Masitak.
Sesungguhnya kau lah mak yang ku cinta.
Selamat Hari Ibu juga buat semua mereka yang bergelar ibu. Especially buat my sisters, my sisters in-law dan seluruh ahli keluarga yang bergelar ibu. Juga buat semua mereka yang bergelar ibu di mana jua anda berada. Semoga anda semua menjadi ibu mithali.
0 comments:
Post a Comment