Assalamualaikum w.b.t.

Sunyi sekejap blog saya beberapa hari ni. Ikutkan hati nak cerita macam-macam tapi ada perkara yang lebih penting, EXAM! Selasa lepas kami telah menghadapi exam 'krok' (MCQ - multiple choice questions) bagi tahun terakhir kami.

Usaha sudah, berdoa pun sudah. Selebihnya kami bertawakkal kepada Allah menentukannya. Pagi selasa 18 Mei 2010 kami melangkah menuju ke dewan peperiksaan.

Kami perlu menjawab sebanyak 200 soalan objektif merangkumi semua subjek clinical yang kami telah pelajari. 4 jam kami berada dalam dewan peperiksaan. Bermula jam 10.30 pagi hingga jam 2.30 petang. Mungkin ada yang merasakan 4 jam tu terlalu lama. Tapi bagi kami yang berada di dalam dewan tersebut, 4 jam terasa seperti hanya sejam je.

Keluar saja dari dewan, bermacam-macam suara kedengaran. Masing-masing kecewa dengan soalan yang keluar tahun ni, agak sukar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pastinya sedih memikirkannya termasuk saya. Tapi apa lagi yang boleh saya lakukan selain terus berdoa kepada Allah.

Hari berlalu. Semalam 21 Mei 2010 dijangkakan result akan diumumkan. Kami dimaklumkan result keluar pada jam 2 petang. Setiap kali handset berbunyi, setiap kali itu la tachycardia (jantung berdegup laju). Sehingga la pada jam 4.30 petang telah tersebar mengatakan result akan diumumkan tidak berapa lama lagi. Tetapi rumours rupanya. Menunggu dan terus menunggu.

Ketika menunggu masuk waktu maghrib, Fadhiah buzz saya kat YM. Dia memberi khabar bahawa kami telah lulus exam. Tetapi berita hanya diketahui dari ketua batch kami, Duraai. Result penuh akan diketahui Selasa depan sebab Isnin cuti.

Alhamdulillah wa syukur lillah. Syukur, syukur, syukur Ya Allah. Hanya itu yang mampu dilafazkan setelah berhari-hari menanti debaran.

Ya Allah sesungguhnya nikmat yang Kau berikan tiada tandingannya. Engkaulah Tuhan yang Maha Memberi Ya Allah. Semoga dengan nikmat yang Kau berikan ini, aku akan lebih mendekatkan diri kepada Mu Ya Allah. Aku bermohon agar Kau tambahkan lagi nikmat Mu kepada ku Ya Allah.

Memandangkan waktu maghrib dah masuk, terus menunaikan solat maghrib. Seusai solat maghrib, solat sunat syukur 2 rakaat tanda syukur kepada Allah yang telah memberi nikmat. Solat syukur tidak cukup pun sebagai tanda syukur terhadap Allah. Tanda syukur kepada Allah yang sebenar adalah dengan melaksanakan segala perintah Nya dan meniggalkan segala larangan Nya. Insyaallah mudah-mudahan hamba Mu ini terus di jalan Mu yang benar.

Tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan lain yang telah lulus exam krok ini. Terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dari segala segi samada secara langsung atau tidak. Terima kasih kepada mak tersayang yang sentiasa mendoakan saya. Juga terima kasih kepada adik lelaki saya yang banyak memberi nasihat dan semangat di saat saya memerlukan, juga doa darinya. Tidak lupa pada seluruh ahli keluarga saya. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan, guru-guru, sahabat handai, kenalan blog dan sesiapa yang telah mendoakan.

Lepas ni ada 2 hari lagi exam, orally. Jadi kena bersedia untuk exam seterusnya. Doakan kejayaan kami ye.

0 comments: