Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah hari ni Allah masih pinjamkan nyawa untuk saya menghirup udara yang segar lagi nyaman. Yang paling penting untuk melaksanakan amal ibadah kepada-Nya. Semalam telah berakhir sessi persekolahan kami. Maka dengan rasminya saya telah mengakhiri zaman di mana saya perlu pergi ke class secara formal. Tapi bukan bermakna bila dah habis sekolah, belajar cuma setakat itu. Menuntut ilmu itu sampai ke liang lahad. Cuma menuntut ilmu formally dengan menghadiri ke class itu telah berakhir. Di hadapan ada banyak lagi benda baru yang perlu dihadapi. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan insyaallah.

Hari ni pula seharian kami menghabiskan masa di Priatnoi Svidaniye, ziarah ke rumah pasangan makcik Radziah dan Pakcik Ismail. Seawal jam 8 pagi kami bertolak. Lelaki pergi menaiki train, perempuan pula menaiki bas. Perjalanan lebih kurang 1 jam dari asrama kami.

Macam biasa la adat orang Tatar, tetamu akan dihidangkan dengan kopi terlebih dahulu. Kami bersarapan masakan Itali yang disediakan oleh Maryam. Sedap sekali Maryam, 'spasiba balshoi' (terima kasih). 

 Spagetti dengan kuah putih seafood

Selesai bersarapan, kami keluar menikmati pemandangan indah di Priatnoi Svidaniye. Ada tasik berhampiran rumah makcik Radziah tu. Bergambar sana, bergambar sini ditemani anak-anak makcik Radziah, Muziyen dan Meryem.

 Macam-macam gaya :)

Tasik dan gunung-ganang

Perkampungan tatar di Priatnoi Svidaniye

Jom balik, nak masak pula

Setelah puas menikmati pemandangan indah, kami pulang untuk menyediakan bahan-bahan untuk dimasak. Kami yang perempuan masak nasi kosong, ikan bakar, sayur masak lemak dan air asam. Lelaki pula masak plov. Dah macam kenduri rewang pula rumah makcik Radziah hari ni. Riuh rendah dengan kehadiran kami. 

 ikan bakar + sayur masak lemak + air asam

 Plov daging

 Salad + jeruk tomato paprika

Sementara menunggu lelaki siap masak plov, kami belajar sesuatu hari ni. Belajar buat 'midoviek'. Midoviek adalah sejenis kek yang berlapis-lapis. Hampir 6 tahun duduk di Ukraine, baru ni saya tahu cara nak buat midoviek tu. Selama ni tahu beli dari kedai saja. Alhamdulillah hari ni Allah beri peluang untuk mempelajarinya. Mana tau nanti kat Malaysia teringin nak makan, boleh la buat sendiri. Terima kasih Meryem yang sudi ajarkan kami cara-cara nak buat midoviek tu. Sedap.

 Ini la dia hasilnya, midoviek

Yang pastinya kami pulang dengan ke'toidem'an. Tentu makcik penat melayan kerenah kami yang macam-macam ni. Maafkan kami ye makcik. Tapi mereka sangat suka bila kita menziarahi mereka.

Makan-makan, ada banyak lagi plov tu

Hampir pukul 5 petang baru kami bertolak balik. Kami kena balik awal sebab sebelah malam ada program solat hajat dan AGM KUU di asrama. Kalau tidak mungkin lagi lambat kami balik.

 Semestinya bergambar kenangan bersama tuan rumah

Masa untuk balik. Pakcik Ismail nak pergi mana tu?


Jalan pandang depan, nanti terpijak tahi lembu

Entah bila lagi la kita nak berkumpul macam ni kan makcik Radziah? Nanti bila kami dah balik Malaysia, mesti kami rindu saat-saat seperti ni. Banyak kenangan dengan orang-orang tatar Islam si Ukraine ni.

Sebelah malam pula, majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, diiringi solat hajat. Kemudian AGM dimulakan dengan bacaan doa, bacaan Al-Quran, ucapan presiden KUU 2009/10, pembentangan belanjawan dan penyerahan pimpinan daripada saudara Mohd Arifullah Ariffin kepada saudara Adam Othman.

 Muslimin. Presiden tengah beri ucapan

Muslimat. Dengar presiden cakap tu, jangan bersembang

Acara akhir tentu sekali makan. Sekali lagi dihidangkan dengan plov. Wah hari ni memang hari plov sedunia. Kat rumah makcik Radziah tadi dah makan plov, majlis malam ni pun makan plov lagi. Rezeki Allah nak beri, maka ucapkan alhamdulillah.

Plov lagi (ayam + daging)

Kek AGM

0 comments: