Assalamualaikum.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam.

Hari ni saya nak kongsikan satu artikel penting buat para doktor muslim. Mudah-mudahan apa jua kerja yang kita lakukan menjadi ibadah, insyaallah.

Tugas dan Tanggungjawab Sebagai Seorang Doktor Muslim
Dari Dr. Shabib Ibn Ali Al-Hathery

1- Membetulkan keimanan pesakit

Seorang doktor hendaklah sentiasa mengingatkan pesakit bahawa kesihatan adalah terletak dalam tangan Allah yang Maha Perkasa. Dialah penyembuh yang sebenar-benarnya. Seperti dalam Al-Quran, surah As-Syu'ara ayat 80 yang bermaksud "dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku"

2- Berurusan dengan pesakit secara fizikal dan spiritual

-Mendengar dengan cermat tentang segala aduan pesakit dan membuat pemeriksaan ke atas pesakit dengan teliti.
-Meminta kebenaran pesakit apabila hendak melakukan pemeriksaan ke atasnya.
hendaklah bersikap lemah-lembut semasa melakukan pemeriksaan.
-Mengingatkan pesakit apabila tiba waktu sembahyang untuk mengerjakan solat.
-Mengingatkan pesakit bahawa penyakit mereka merupakan penebusan (ibtila) bagi kesalahan (dhunub) dan dosa yang telah dilakukan olehnya.
-Mengadakan perundingan dengan pesakit dan mengambil persetujuan daripadanya atas sebarang perancangan atau perlaksanaan, terutamanya dalam keadaan yang berkaitan dengan pembedahan dan sebagainya.
-Membuatkan pesakit berasa gembira, menaikkan kegirangannya dan beliau hendaklah menegurangkan kesengsaraan pesakit dengan memberikan keseronokan dalam hatinya.
-Seorang doktor hendaklah berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan pesakit.
-Menghormati kemahuan pesakit dan tidak memaksa pesakit unutk menerima sesuatu yang beliau tolak. Sebagai contoh, pesakit wanita yang meminta diperiksa oleh doktor wanita.
-Hendaklah memberitahu pesakit atau keluarganya dengan bijak dan cermat tentang penyakit bahaya yang dihidapinya.

3- Seorang doktor hendaklah melakukan segala usaha untuk merawat pesakit

Beliau hendaklah menyembuhkan kesakitan sebaik mungkin yang beliau boleh dengan bergantung kepada pertolongan Allah.

4- Melindungi hal-hal peribadi pesakit

Seorang doktor tidak seharusnya mendedahkan hal-hal peribadi pesakit melainkan untuk keperluan perubatan sahaja.

5- Menyimpan rahsia pesakit

Seorang doktor hendaklah menyimpan rahsia pesakit kerana ini akan menyebabkan pesakit tersebut mempercayai doktor.

Seorang doktor tidak harus mendedahkan rahsia pesakit melainkan dalam keadaan tertentu :
a) Seorang doktor boleh mendedahkan rahsia pesakit sekiranya ia adalah unutk kepentingan pesakit itu sendiri.
b) Sekiranya ianya mendatangkan bahaya kepada orang lain.
c) Sekiranya mendatangkan bahaya pada orang awam.

6- Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pesakit

7- Tidak boleh mempreskripsi ubat larangan.

Seorang doktor tidak boleh mempriskripsi ubat-ubatan yang menjadi larangan di dalam Islam.

Oleh itu janganlah anda menjalankan rawatan kepada pesakit dan diri anda juga dengan ubat yang diharamkan melainkan dalam kes yang benar-benar kecemasan, anda mungkin dikecualikan.

8- Menasihati perkara yang baik dan mencegah perkara yang buruk.

9- Mengajar pesakit yang nazak mengucap dua kalimah syahadah

10- Kaedah merawat pesakit wanita.

Secara idealnya, pesakit wanita seharusnya diperiksa oleh doktor wanita. Tetapi sekiranya ada sebab-sebab tertentu, doktor lelaki mungkin boleh memeriksa pesakit wanita dan sebaliknya. Dalam kes ini beberapa perkara harus diingat :
a) Seorang doktor lelaki hendaklah memeriksa pesakit perempuan dengan kehadiran jururawat.
b) Seorang doktor hendaklah cuba untuk tidak melihat muka pesakit wanitanya kecuali dengan sebab tertentu.
c) Menasihati pesakit wanita berkenaan dengan bertudung cara Islam.
d) Memeriksa pesakit pada bahagian yang perlu sahaja.

0 comments: