Assalamualaikum w.b.t

*tatah = kakak
*jeti = anak

Semalam makcik Radziah (orang Islam tatar Ukraine) mengajak kami menziarahi saudaranya yang tinggal berdekatan dengan hostel kami. Kami berjalan kaki saja. Makcik Radziah datang bersama anaknya Meriem dan kami berenam (Aishah, Madihah, Awin, Farhana, baby Umar dan saya). Walaupun kami di musim exam tapi gap antara exam lama, kalau setakat menziarah sesama Islam bukanlah masalah besar rasanya.

 Umar yang sangat baik. Hensem, comel, bulat semuanya ada pada Umar. Hehehe. Sayang Umar!

Sesampai kami disambut oleh anak sulong tuan rumah, Aisyah. Tuan rumah, Maryam tatah pergi ke pasar berdekatan rumahnya. Maryam tatah seorang muallaf. Maryam tatah mempunyai 5 orang anak, 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Aisyah (7 tahun), Isa (5 tahun), Fatima (3 tahun setengah), Hassan (3 tahun setengah) dan Hamzah (setahun lebih). Fatima dan Hassan adalah adik beradik kembar.

 Isa. Pemalu, susah sangat nak pandang kamera.

Hassan. Air mukanya seperti seorang pejuang Islam.

Fatima. Dia tak mahu bertemu dengan orang lain selain ahli keluarganya. Nasib je ni dapat snap gambar dia.

Hamzah. setiap kali namanya dipanggil, menjerit la dia.

Sementara Maryam tatah menyediakan minuman untuk tetamu, kami bersembang dengan anak sulongnya Aisyah. Banyak cerita yang diceritakan. Terkedu saya mendengar cerita Aisyah. Kami ajukan soalan, dia menjawab saja apa yang kami tanyakan. Apa yang diceritakannya?

Aisyah tidak bersekolah seperti kanak-kanak lain. Dia cuma belajar ilmu agama di sebuah masjid lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki bas dari rumahnya. Solatnya cukup 5 waktu. Setiap hari dia akan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 10 muka surat, sendirian. Malam dia menunaikan solat tahajjud bersama ibu, ayah dan adik-adiknya. Bila ditanya siapa yang suruh dia lakukan tahajjud, dia sendiri yang mahu melakukannya. Mungkin pada mulanya atas suruhan ibu dan ayahnya tetapi lama kelamaan menjadi kebiasaan.

 Aisyah. Cantik orangnya, juga kelakuannya.

Aisyah keluarkan satu fail yang berisi kertas-kertas bertulisan arab sepenuhnya tanpa terjemahan. Dia boleh membaca arab dengan baik. Bukan setakat boleh membacanya, dia boleh menterjemahkan apa yang tertulis di dalam buku itu, juga dengan baik sekali. tulisan jawi arabnya tidak seperti kanak-kanak berumur 7 tahun, tetapi seperti kanak-kanak yang lebih tua dari itu. Cantik!

 Hasil tulisan Aisyah. Silibusnya dari Madinah, bukan calang-calang.

Buku arab milik Aisyah. Tiada terjemahan tetapi Aisyah boleh menterjemahkan perkataan demi perkataan.

Rupa-rupanya dia bukan saja boleh membaca Al-Quran dengan baik, tapi Aisyah juga hafal juzuk 'Amma (juzuk ke-30) dan surah Al-Mulk. Kami minta Aisyah bacakan surah Al-Mulk yang dia telah hafal. Aisyah berjaya membacakan surah Al-Mulk dari ayat pertama hingga akhir tanpa Al-Quran. Suaranya sedap, tiada pelat seperti orang Islam Ukraine yang lain, sangat fasih.

Walaupun umur Aisyah baru 7 tahun tapi sudah pandai membantu ibunya melakukan kerj-kerja rumah. Bukan setakat kerja rumah, tapi Aisyah juga pandai jaga adik-adiknya.Bila ibunya penat melayan kerenah adik-adiknya yang masih kecil tu, dia akan cuba menarik perhatian adik-adik untuk bermain dengannya supaya ibu boleh berehat.

Cuba kita tanya pada diri kita semua sebagai seorang yang mengaku Islam. Cukup tak solat 5 waktu? Setiap hari ada tak kita baca Al-Quran? Berapa banyak kita hafal Al-Quran? Pernah tak kita qiamullail bertahajjud? Tak malu kah kita pada kanak-kanak seusia Aisyah?
Aisyah hidup dikelilingi orang kafir, tapi dia mampu lakukan ajaran Islam dengan baik atas bimbingan ibu bapa dan guru-gurunya. Bagaimana dengan kita dan anak-anak kita yang hidup dikelilingi orang Islam? Adakah lebih baik atau lebih teruk dari itu?

Subhanallah. Aisyah, Allah kurniakan kelebihan padamu. Macam mana saya tidak terkedu, Aisyah masih kecil tapi dia punya kebolehan yang besar. Bila saya terkenangkan keadaan saya ketika berumur 7 tahun, saya baru nak mula belajar mengaji Al-Quran ketika itu. Tapi Aisyah sudah hafal juzuk 'Amma dan surah Al-Mulk. Cara dia bercakap sangat sopan dna lemah lembut. Sejuk perut ibu yang mengandungkan. Mudah-mudahan Aisyah jadi seorang anak yang solehah, insyaallah.

Setiap kali ziarah ke rumah mereka, pasti akan ada hidangan makanan berat yang disediakan. Saya tak tahu apa nama makanan tu. Nasi dimasak bersama spageti halus dan ayam sebagai lauk. Sayurnya salad kobis hijau dengan timun.

Nasi + spagetti halus + ayam

Salad

2 comments:

Unknown said...

kakchik hanya mampu berkata mashaallah... hebatnya aisyah dan bertuahnya ain dan kawan2 dpt mengenali mereka. makanan pun nmpk sedap.

NORAIN said...

mungkin aisyah kurang ilmu keduniaan tapi ilmu akhirat cukup tinggi...mudah2an Allah berkati keluarga aisyah dan juga kita semua...