Seharian semalam menunggu adik online kat yahoo messenger tapi dia tak muncul-muncul. Pagi tadi baru dia online. Rupanya semalam dia pergi Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan mengambil anak saudara yang telah menamatkan pelajarannya di sana dan akan menyambung di UM Kuala Lumpur.
Tengah-tengah chatting, dia bagi cakap "adik 'Izzah lelaki". Hah? Wah dah dapat anak saudara baru. Setiap hari ternanti-nanti berita dari Malaysia. Walaupun ini bukan anak saudara yang pertama, tapi masih excited bila dapat anak saudara baru. Ini adalah anak saudara yang ke-**. Hehehe. Ramai kan anak saudara saya? Yang pastinya, lelaki jauh lebih ramai dari perempuan. Geng tukang sepah rumah lagi ramai dari geng kemas rumah. Hehehe.
Baby lelaki seberat 2.99kg telah selamat lahir ke dunia pada 13 Mac 2010 pada sebelah malam di Hospital Sabak Bernam. Kehamilan baby ni G6P4+1 (ini bahasa perubatannya). Alhamdulillah wa syukur lillah atas rezeki yang diberikan Ya Allah. Tahniah pada Abang Lan dan Kak Ita. Tahniah juga pada Safwan, Sufyan, Syahmi dan 'Izzah, dapat adik baru.
Masa Kak Ita tengah mengandung 'Izzah cakap " 'Izzah nak adik perempuan sebab 'Izzah nak kawan". Mungkin dia rasa sunyi sebab dia seorang je perempuan. Tapi ada hari-harinya dia kata "Tak kisah la lelaki ke perempuan, adik 'Izzah juga". Takpe la 'Izzah, 'Izzah doa lepas ni dapat adik perempuan pula ye. Acik kan ada, Acik boleh kawankan 'Izzah (tapi mesti la tak sama macam adik sendiri kan?)
'Izzah dengan sepupunya, kakak Sabrina
Sayangku yang baru melihat dunia, kehadiran mu telah lama kami nantikan. Semoga kehadiranmu menjadi penyeri keluarga. Penyejuk mata penawar hati mak dan ayahmu. Acik doakan semoga kau jadi anak yang soleh, insyaallah. Jadilah kau pejuang dan pendukung agama Allah di atas muka bumi ini. Kerana kau telah berjanji pada Rabb-mu untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Semoga hidupmu sentiasa di dalam peliharaan dan kasih sayang Allah.
12 comments:
tahniah ain atas kelahiran anak saudara baru. tahun ni kakchik pun akan dapat anak saudara baru lagi, insyaallah.
lawanya dua anak dara pingitan tu...
terima kasih kakchik...
mudah-mudahan anak sedara kakchik tu selamat dilahirkan insyaallah...
tak sabar rasanya nak balik Malaysia nak tengok anak sedara baru..
anak dara yg besar tu mmg suka melawa kakchik...sampai mak dia tak larat nak layan kerenah dia...yang sorang lagi tu pemalu sangat...
acik,ank buah yg ke 26 ye kalo x silap...hehehhehe
8 gurls n 18 boys....
by :-
kak epy...
yes you are kakak...kamu la tu pembuka tirai...heheh...
itu la...tukang sepah rumah ada 18, tp tukang kemas nya ada 8 je...makanya jgn la sepahkan rumah ye boys, sian akt girls...heheh
mudah-mudahan anak-anak acik jadi anak-anak yang soleh/ah...ameen insyaallah
salam..oit, kan da hantar gambar, masukkan la..hukhuk
nnt la masukkan gambar...nnt bila dh bg nama nak buat entry lg satu...masa tu baru masukan gambar...sabar yer bapak
hahahahhahahahahahha.....
xtahannn...ayt acik x leh bla....'pembuka tirai' ye....
wakakakakakka =>
betul la kan kakak? heheh
lawanye anak saudara akk yg 2 org tu..
xpe kak..org ckp kecik2 klau pandai melawa esok besar malu nak bergaya sakan..sbb t'ingat mse kecik2 dlu..die suke melawa..haha..
tahniah dpt anak saudara baru..
harap2 mcm tu la hafizah...kalo sampai ke besar nak melawa mcm tu, parahhhhh...
tq hafizah...semoga dia jadi anak yg soleh...ameen
aik..kan sy ltk nma
ana aliya tu..
mne akk tau hafizah nme sy..hehehe..
'afwan kak..
ameeen...
hafizah, firasat mu'min.... :)
Post a Comment