Pernah tak dengar 'malam maksiat'. Agak-agaknya apa yang dimaksudkan dengan malam maksiat? Apa yang berlaku pada malam tersebut? Siapa yang buat maksiat? Bagaimana yang dikatakan maksiat? Banyaknya soalan...

Masing-masing ada jawapan masing-masing.

Satu majlis yang dilakukan pada satu malam. Majlis yang bercampur lelaki dan perempuan, berpasangan dengan orang yang ajnabi. Berpakaian mengikut tema yang ditetapkan oleh manusia, bukan mengikut aturan Allah. Aurat terdedah disana sini. Tari menari. Apa pendapat anda? Adakah keadaan sebegitu boleh dipanggil malam maksiat?

Walaupun diri sendiri tak pernah menghadiri majlis sebegitu tapi rasa sedih sangat sebab ada ramai kawan-kawan disekeliling yang menghadiri majlis sedemikian.

Apa yang disedihkan? Mana tidaknya, ada yang bertudung, tercabut terus tudung gara-gara 'malam penuh makna' tu. Ada juga yang bertudung tapi sama seperti tidak bertudung. Berbaju sama seperti tidak berbaju. Sana sini bahagian badan nak ditunjukkan. Lelaki dan perempuan tiada batasan, sesuka hati nak berpegangan tangan, malah berpelukan, di khalayak ramai pula tu.

Lebih menyedihkan lagi, bila perempuan yang bertudung litup juga ikut sama memeriahkan majlis. Dan berganda-ganda sedih bila ada diantara mereka itu adalah ahli usrah. Ada yang dari sekolah rendah bersekolah disekolah agama, begitu juga sekolah menengah di sekolah agama. Astaghfirullahal'azim.

Mana perginya semua ilmu agama yang dipelajari selama lebih 10 tahun itu? Takkan tiada satu pun ilmu itu yang tinggal dalam diri. Berpenat lelah ustaz dan ustazah mengajar, tapi tidak diguna dengan sebaiknya.

Ditegur salah, tak ditegur lagi la salah. Tak ditegur, kita bakal dipersoalkan di akhirat kelak.

Kalau ditegur, salah satu jawapan mereka beri, "engkau belum tahu apa bakal jadi pada engkau di hari depan, entah-entah engkau lagi teruk dari aku". Di doakan kita jadi lagi teruk pula. 
Jawapan lain "mak ayah aku pun tak kisah, kenapa engkau nak sibuk?". Agaknya cuma mak ayah dia yang boleh tegur dia, selain dari tu, takde maknanya. 
Kalau jawapan yang 'baik sikit', "kami bukan buat apa-apa pun, cuma datang memeriahkan majlis je".
Macam-macam jawapan 'bernas' yang mereka beri.
Siapa mencipta kamu wahai kawan-kawan?
Siapa pula mencipta bumi yang terbentang luas ini?
Siapa yang menilai kelakuan mu?
Siapa pula yang bakal menimbang kelakuan mu?
Siapa pula yang akan memberi balasan atas perbuatan kamu?

Jawapannya hanya satu, ALLAH YANG ESA.

Kerana itu, Allah juga telah sediakan peraturan yang perlu kita patuhi. Sudahlah Allah yang ciptakan kita, diberi pinjam pula bumi ini. Dia yang mencipatakan segalanya, jadi hanya peraturannya yang berhak dipatuhi, bukan peraturan manusia yang terbatas akal fikirannya.

Perkara yang Allah larang itu terlalu sedikit. Jadi kenapa yang sedikit itu juga la yang nak dilakukan? Gunakanlah akal fikiran yang Allah beri itu dengan sewajarnya. Bersuka ria itu tidak salah tapi dalam Islam ada caranya. Adakah Islam mu hanya pada nama?

Kawan-kawan ku, hidup cuma sementara. Allah pinjamkan kita di bumi ini supaya kita beramal untuk bekalan hari akhirat. Ya Allah sesungguhnya aku terlalu lemah sebagai pendukung agama Mu. Perkara sekecil ini pun aku tidak dapat lakukan. Aku tidak dapat mengajak mereka ke jalan Mu Ya Allah. Aku hanya mampu Berdoa agar suatu hari nanti mereka berubah menuju redha Mu Ya Allah.

"Ya Allah bukakan hati kawan-kawan ku ini, semoga mereka kembali ke jalan mu yang benar lagi Kau redhai. Jauhkan mereka dari perkara maksiat. Mudah-mudahan mereka menjadi penghuni Syurga Mu yang kekal abadi".

Aku insan yang lemah, Aku bermohon pada Mu Ya Allah, jangan Kau bolak balikkan hati ku setelah Kau beri hidayah pada hati ini. Tetapkan Iman ku Ya Allah.

0 comments: