Itu antara soalan yang biasa doktor di Malaysia tanya pada pesakit mereka.
Minggu ni setiap hari kami kena jumpa patient (pesakit). Bila jumpa patient, biasa la, macam-macam perangai la. Ada yang suka dengan kehadiran kita dan ada pula yang tak suka. Maklum la kami ni student, jadi patient tak pandang pun, lain la doktor.
Bercakap pasal patient ni, saya selalu kagum dengan patient di Ukraine ni berbanding patient di Malaysia. Apa yang lebihnya patient Ukraine ni berbanding patient Malaysia. Bagi saya patient di sini lebih tinggi general knowledge mereka berbanding di Malaysia. Lebih-lebih lagi general knowledge berkaitan perubatan.
sumber: google
Pengalaman saya buat 'elective posting' (praktikal) di Malaysia, bagi saya di Malaysia sangat susah nak explain kat patient pasal penyakit dia, apatah lagi untuk treatment. Ini disebabkan Bahasa Melayu tak banyak persamaan dengan Medical Term (bahasa perubatan). Sebab tu la mereka susah nak faham dan doktor pun susah nak fahamkan mereka.
Kalau pasal ubat pula, kebanyakan patient tak tahu ubat apa yang mereka ambil. Nama ubat mereka tak tahu, apatah lagi dos ubat (doktor pun lupa dos ubat, normal la tu). Mereka hanya ambil ubat ikut arahan doktor. Jadi bila doktor nak tanya balik history of medication (ubat yang pernah patient ambil sebelum ini), terpaksa doktor tanya bentuk ubat, warna ubat, saiz ubat. Tapi cuma doktor yang berpengalaman je boleh tanya begini, sebab mereka dah biasa mengadap ubat-ubat tu. Tak mustahil juga tersilap ubat sebab ada banyak ubat yang sama saiz, warna dan bentuk. Tapi kalau patient tu dah lama ambil ubat tu, selalunya dia tahu nama ubat tu dan untuk apa ubat tu dia ambil.
sumber: google
Berbeza dengan di Ukraine ni. Bahasa yang mereka gunakan banyak persamaan dengan Medical term. Contoh nama penyakit, kebanyakannya lebih kurang. Tapi masih ada yang tak sama, itu normal. Jadi doktor kat sini kalau doktor sebut pasal nama penyakit, patient dah boleh pick-up penyakit tu berkaitan dengan apa.
90% patient di sini tahu nama ubat yang mereka ambil, termasuklah nenek-nenek yang umur dah menjangkau 70-an dan 80-an. Apa yang lebih penting mereka tahu ubat itu digunakan untuk apa. Jadi dengan cuma 1 soalan, doktor boleh tahu ubat apa yang patient ambil. Dan banyak patient yang saya jumpa dia tahu ubat tu tergolong dalam group ubat yang mana satu dan tahu berapa dos ubat tu. Kadang-kadang (selalu sebenarnya, huhuhu) kami medical student ni pun lupa benda-benda tu, lagi-lagi dos ubat. Pernah saya jumpa seorang patient, dia siap boleh terangkan macam mana 'mechanism of action' untuk ubat tu. Adus, malu saya masa tu, terasa seperti patient tu jauh berilmu dari saya.
Kenapa berlaku perbezaan begini?
1- Di Malaysia, hospital / klinik yang sediakan ubat. Patient jumpa doktor dan doktor akan beri ubat sebelum balik. Tapi di Ukraine, ubat kena beli sendiri. Patient datang jumpa doktor, doktor tulis ubat apa yang perlu dia ambil dan patient kena beli sendiri ubat tu di farmasi. Dengan cara itu, mereka lebih tahu tentang ubat yang mereka ambil.
2- Budaya membaca. Masyarakat Malaysia kurang budaya membaca berbanding masyarakat di Ukraine. Tapi saya rasa sekarang budaya itu semakin menunjukkan peningkatan yang baik. Mudah-mudahan berterusan. Tapi bukannya membaca bahan-bahan hiburan. Kalau setakat meningkatkan bacaan bahan hiburan, ia tidak akan menambahkan ilmu pengetahuan masyarakat.
3- Saya rasa di Ukraine ni mudah nak dapat majalah-majalah yang berkaitan dengan bidang perubatan. Jadi masyarakat umum boleh mengetahui banyak mengenai ilmu perubatan. Kalau di Malaysia, saya rasa susah sungguh nak jumpa majalah berkaitan perubatan, mungkin ada tapi susah nak jumpa. Apa yang saya perasan, selalunya cuma diadakan segmen khas perubatan di suratkhabar atau majalah. Tentu saja berbeza dengan majalah yang memang membicarakan khas tentang ilmu perubatan. (Kalau majalah hiburan, astaghfirullah, berlambak-lambak di sana sini).
4- Kurang keinginan untuk tahu. Orang Malaysia selalunya mengikut saja apa yang disuruh tanpa banyak soal. Jadi apa sahaja yang doktor arahkan, mereka buat. Di Ukraine ni, patient akan bertanya dengan doktor bermacam-macam soalan. Selagi mereka tak berpuas hati, mereka akan terus bertanya. Sampai kadang-kadang doktor cakap pada patient, tak perlu tahu semua tu.
0 comments:
Post a Comment