Mungkin tak ramai yang mengenali Maria Huberdino Hertogh. Saya pun baru je tahu siapakah dia. Tapi kalau sebut Natrah, rasanya ramai yang tahu tentang tragedi yang pernah berlaku kepadanya. Kedua-duanya adalah orang yang sama. Nadra Maarof (nama sebenar dalam Islam) @ Natrah (orang Melayu panggil) @ Bertha Hertogh @ Maria Huberdian Hertogh.
Selama ni saya tak berapa faham tentang 'Tragedi Natrah' ni. Setakat tahu dia adalah anak orang bukan Islam yang telah dipelihara oleh orang Islam (sekaligus menjadikan dia seorang Islam) dan kemudiannya murtad. Beberapa bulan lalu pengarah filem Erma Fatima telah mengadakan sebuah pementasan teater bertajuk 'Natrah'. Teater mengisahkan perjalanan hidup Natrah. Tapi saya bukanlah 'kaki tengok teater' atau 'kaki wayang'. Tapi semalam saya berpeluang menonton pementasan 'Natrah' yang telah dirakamkan.
Setelah saya selelsai menonton rakaman pementasan tersebut, baru lah saya tahu jalan cerita sebenar kehidupan Natrah. Saya kemaskinikan info baru yang saya perolehi dari pementasan tu dengan meng'goggle' berkaitan Natrah. Saya cuba dapatkan juga video berkaitan Natrah di youtube. Dan akhirnya saya faham apa yang berlaku.
Cerita ringkas boleh rujuk di sini, Wikipedia Bahasa Melayu dan mana-mana rujukan yang boleh di percayai.
Bagi saya terlalu banyak yang saya pelajari dari jalan cerita kehidupannya berdasarkan pementasan ini. Serba sedikit yang saya boleh kongsikan apa yang terlintas di fikiran saya.
1) Kena ada hitam putih dalam proses pengambilan anak angkat supaya bila berlaku sesuatu di masa akan datang, ada bukti kukuh yang dapat digunakan untuk mempertahankan kebenaran.
2) Didik la anak angkat yang telah diamanahkan itu sebaik mungkin. Berikan ilmu secukupnya, lebih-lebih lagi ilmu agama supaya apabila berlaku sesuatu yang kurang enak, si anak dapat berfikir berdasarkan ilmu yang dia ada.
3) Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji palsu, lebih-lebih lagi dengan orang yang tidak dikenali. Dalam kes ni, Cik Aminah terlalu percaya kepada pegawai Belanda yang meminta Cik Aminah membawa Natrah ke Singapura dengan bermacam-macam janji manis.
4) Pertahankan hak kita selagi berkemampuan. Lebih-lebih lagi hak yang berkaitan dengan agama kita iaitu Islam
5) Jangan membuat keputusan melulu, bertanya la kepada yang lebih mengetahui. Dalam kes ni, Cik Aminah mengahwinkan Natrah dengan Cikgu Mansor Adabi tanpa mengetahui keadaan undang-undang di Singapura ketika itu.
6) Dalam Islam, setelah seorang perempuan mencapai umur akil baligh, dia sudah boleh berkahwin. Tiada tempoh umur tertentu seperti di dalam undang-undang negara dan sebagainya.
7) Tiada paksaan untuk menganut agama Islam. Natrah dengan hati terbuka dan rela untuk terus mengamalkan ajaran Islam dan menjalani hidup sebagai seorang Muslim tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak.
8) Betapa hebatnya umat Islam bersatu pada ketika itu. Mereka datang ke Singapura dari seluruh pelusuk Malaya demi mempertahankan akidah seorang perempuan Islam. Ada yang berjalan kaki, ada yang berbasikal dan sebagainya. Mereka berjuang bermati-matian memperthankan Natrah, sehingga meragut nyawa saudara Islam kita ketika itu. Bagaimana dengan umat Islam zaman sekarang? Adakah jauh lebih baik atau jauh lebih teruk? Jawapannya ada pada mereka yang mahu berfikir. Fikirlah sendiri.
9) Dan banyak lagi yang boleh kita fikirkan.
Saya sertakan beberapa video dari youtube (TVemedia), ulasan oleh Datin Fatini Yaacob yang mengkaji kisah Natrah. Mungkin ulasan ini dapat membantu untuk lebih memahami kisah Natrah ini
Walaupun Natrah telah diajar dan mengamalkan ajaran Islam sepanjang dia hidup bersama Cik Aminah, tetapi dia telah dipaksa untuk mengamalkan ajaran Kristian. Dia telah disekat untuk mengamalkan ajaran Islam. Maka hiduplah dia dalam agama Kristian hinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Julai 2009.
Natrah tahu ramai orang mengetahui tentang jalan cerita kehidupannya. Maknanya dia juga tahu tentang liku kehidupannya dan kekejaman yang telah berlaku. Jadi kenapa dia tidak kembali kepada agama Islam. Tiadakah Islam di hatinya? Tapi ya lah kan, Allah memberikan hidayahnya kepada hambanya yang dikehendakinya. Siapa lah kita untuk menilai. Penilaian Allah terlalu hebat, sedangkan manusia tiada kehebatan melainkan kehebatan yang Allah pinjamkan sedikit buat sementara waktu.
4 comments:
ain..daku begitu terharu dgn kisah natrah ni..sblm ni tau sket2 jek..rupa2nya sgt besar isu natrah ni..walopon dia tak mendapat hidayah pd akhirnya..tp daku sgt terharu dgn pengorbanan org2 Islam time tu..semoga kita tergolong dalam golongan yg berjuang fisabilillah jugak.aminnn~~
aku pun sama shibby, selama ni aku tak fikir pun yg kisah tu sgt besar...skrg baru aku tahu cerita sebenar dan aku mmg kagum dgn org2 Islam zaman tu...berjuang bermati2an.. demi kerana Islam...masih adakah orang Islam seperti mereka di zaman ini?
berbeza dgn umat Islam kini...
dulu polis pon tanggalkan baju berdemo mempertahankan agama sekali.
kini, polis halang ceramah2 agama, majlis agama tutup surau...
Nak islam kononnya, bila ada isu, nak jd hero, mcm kalimah Allah.. tp hampeh je semua, lakonan meraih undi saja
dunia dah nak kiamat hanafi...dah tak kenal mana yang benar mana yang batil..
Post a Comment